be strong

1.9K 106 43
                                    

-TEASER SAHAJA-

"Nur, kenapa?"

Denyut kepala seakan-akan menyurut beradu pandang dengan Abang Adli yang muncul tiba-tiba. Sesaat kami saling bertatapan sebelum aku tertunduk dicengkam kesakitan di bahagian ari-ari.

Abang Adli pantas menyambar lenganku, memaksa Zahidah memberi ruang.

Baju Abang Adli kugenggam kuat menahan kesakitan yang mula menjalar ke seluruh urat saraf. Dapat kurasakan tubuh menggigil.

"Boleh jalan tak? Kalau tak boleh, abang angkat." Cemas jelas terpamer di raut wajah Abang Adli.

Sekeping hati disimbah terharu. Dalam hendak merajuk dan menunjuk perasaan, sikap prihatinnya terlepas jua. Berganda kasihku terhadap lelaki itu.

Alisa dan Zahidah masing-masing kebingungan. Lebih-lebih lagi melihat Abang Adli bebas menyentuh tubuhku. Entah apa reaksi mereka jika Abang Adli benar-benar menggendongku. Maka laju aku menggeleng, menolak pelawaan Abang Adli.

"Biar Nur jalan."

Ragu-ragu dan bimbang, Abang Adli memimpinku. Tanpa menghiraukan pakaian yang basah, aku didudukkan di atas hamparan tikar.

Dia menyibukkan diri mengesat titisan air bercampur peluh yang bertaburan di laman wajahku.

"Sejak bila mogok makan ni? Cengkung pipi."

Berulang kali pipiku ditepuk lembut.

"Minum. Seronok sangat main air laut sampai pucat muka."

Bibir kuketap perlahan. Menahan hati diperli Abang Adli. Tetapi tetap menurut ketika tubir cawan didekatkan ke bibirku.

"Kenapa dengan Nur?"

Abang Zarif menghampiri. Tingkah mesra Abang Adli pasti membuahkan tanda tanya di benak teman-teman yang memandang termasuk Abang Zarif.

"Wife aku ni takut air tapi hari ni selamba aje naik banana boat. Nilah padahnya."

Pantas Abang Adli menjawab. Sengaja dia menekankan perkataan 'wife' seolah-olah hendak memaklumkan kepada semua kewujudanku sebagai isterinya.

"Nur ni wife kau?" Tinggi sedikit nada Abang Zarif menagih kepastian. Dia terdiam apabila tak bertangguh Abang Adli mengangguk.

Beberapa pasang mata terarah padaku. Malu hatiku merasakan diri seperti sedang diperhati dan dianalisis sejauh mana padannya aku dengan lelaki di sebelah. Tidak sanggup berterusan dipandang, susah payah aku berdiri. Hendak menapak ke arah Alisa dan Zahidah yang masih berbisik-bisik sesama sendiri.

Tetapi baru dua langkah, pergerakan terkaku ketika lenganku ditangkap Abang Adli yang entah bila ikut berdiri. Serius raut wajahnya menyapa mata. Lama dia memandangku seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu.

Anak mata jatuh ke bahagian kaki. Tidak berkedip aku merenung cecair pekat berwarna merah kehitaman mengalir ke pasir yang memutih.

Belum sempat aku berbuat apa-apa, bahagian ari-ari dirasakan seperti dicucuk dan dikoyak. Ngilu dan perit usah dikata. Kesakitan yang amat memaksaku menampan beban tubuh pada Abang Adli yang setia di sisi.

"Abang, sakit..."

Terkulai dalam dakapan Abang Adli, nafasku tercungap-cungap menahan nyeri yang bermain-main di bahagian sulit.

Dia Dambaan Hati [TERBIT]Where stories live. Discover now