Do you love me?

2.1K 116 32
                                    

-TEASER SAHAJA-

Sekali lagi aku tersentak tatkala kepala Abang Adli mencecah peha. Selamba dia berbaring. Tak semena-mena kulit pipi membahang menyedari renungan tajamnya melekat di mukaku. Faham, dia sedang mencungkil sebab musabab aku tak seceria biasa.

Sebagai helah, aku tertawa perlahan lalu menarik senyuman menggoda. Bibir kurapatkan ke telinganya. Menghembuskan nafas hangat yang menggetarkan sukma kerana tidak lama kemudian Abang Adli membalas dengan lirikan penuh makna. Namun keinginannya terpaksa kutangguh dulu. Masih ada perkara yang hendak kusuarakan ke pendengarannya.

Bola mata Abang Adli memanah tepat ke mukaku ketika jemari menari-nari di hujung tulang selangkanya.

“Abang terima Nur seadanya?”

Melompat soalan itu pada saat fikiranku berkecamuk menyusun patah kata.

Kening Abang Adli terangkat.

“Kenapa tanya macam tu? Nur tak percaya dengan abang?”

“No, just to make sure that…”

Belum sempat menyudahkan bicara, Abang Adli bangkit dari pembaringan lalu membetulkan duduk betul-betul menghadapku. Mulutnya berdecit kecil. Gentar sedikit perasaanku menerima tujahan anak matanya yang bersinar tajam.

“How many times do I have to show you that I love you so much? You mean so much to me, sayang. You’re the last thing I want to lose. You’re the thought I wake up to, and the thought I fall asleep to. You make me so happy and cared for. If you thought differently, well you’re wrong. I want to keep you in my life for as long as possible.”

Tegas nadanya meragut pergi ragu-ragu dan was-was yang bersarang di fikiran. Sekeping hati bagai diselimuti perasaan hangat yang mendamaikan tika pendengaran dituang ungkapan cintanya.

Hujung jarinya membelai ulas bibirku sebelum daguku dipagut lembut. Sepasang mata terpejam ketika wajahnya mendekat. Merapatkan bibirnya ke milikku.

“I love you, and make sure you don’t forget that.” Abang Adli merenggangkan dakapan.

Dia Dambaan Hati [TERBIT]Where stories live. Discover now