Bab 2

2.7K 133 10
                                    

BEGINILAH rutinku setiap hari. Sebelum subuh, aku dan Kak Ima sudah bangun untuk membantu Su Liya membuat beberapa jenis kuih-muih untuk di jual di warung kopi. Mahu tak mahu, Su Liya terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu masa demi memastikan kelangsungan hidup kami sekeluarga.

Inilah faktor utama mengapa aku memilih untuk mengambus keinginan menyambung pengajian. Tidak sanggup rasanya aku melihat keperitan Su Liya mencari wang seorang demi menanggung keluarga tanpa menghiraukan keperluan diri sendiri. Sekurang-kurangnya, keputusanku akan meringankan beban Su Liya. Biarlah Kak Ima sahaja yang menggalas cita-cita sementara aku akan membantu mana yang patut.

Hampir aku terlanggar ibu yang baru muncul di ruang dapur. Seperti selalu senyumanku dibalas jelingan tajam. Bibir kuketap kuat menahan getar pilu yang menjerut tangkai hati.

'Sabarlah Nur.'

Kata-kata berupa pujukan kusogok pada jiwa yang terluka. Entah sampai bila ibu akan terus bersikap begitu. Pintu kasihnya sentiasa tertutup untuk Nur Zahra.

"Nur..."

Suara lembut Su Liya memanggil kembali fikiranku yang jauh melayang. Senyuman hambar menjadi santapan matanya yang sayu. Dia menghampiri tika aku melipat telekung dan sejadah.

"Jauh betul Nur termenung. Fikir apa?"

Anak mataku berpusat ke laman wajah Su Liya yang bersih. Mampir segulung simpati. 

 "Kalau Nur fikir pasal ibu, tak payahlah sedih. Insha ALLAH suatu hari nanti ibu dapat terima Nur." Su Liya mengusap pipiku sebelum kepalaku ditarik rapat ke dadanya.

Tak dapat kukawal bahu yang terhenjut-henjut menahan sendu yang menguasai. Daguku dipagut lembut memaksaku menentang bola mata Su Liya. Tulus kasihnya terpancar dari sepasang mata yang berkaca, mendamaikan lubuk rasaku yang merusuh. 

 "Jangan menangis sayang. Ingat, ketika Nur sedang bersedih dan merasakan dunia ni tak adil, percayalah bahawa sebenarnya dunia ni sangat adil sebab ALLAH Maha Adil, cuma waktu aje yang akan menentukan. Setiap perbuatan ada balasannya." Su Liya berjeda menghadiahkan kucupan hangat di dahiku.

"Drama Tamil apa pagi-pagi ni?"

Terlerai pelukanku tatkala Kak Ima menghampiri. Dia tersenyum-senyum buat aku tersipu. Malu menerajangku ditangkap dalam keadaan sedang mengadu nasib pada Su Liya.

"Dah, jangan diusik budak nakal tu. Kejap lagi banjir bilik ni." Su Liya berlalu ke biliknya selepas aku digesa agar cepat bersiap untuk ke ladang.

"Selagi kakak ada, Nur tak boleh sedih-sedih. Kakak janji akan buat Nur bahagia. Jangan ambil hati dengan ibu ya?" Kak Ima mengambil tempat Su Liya. Pandangan jatuh pada tanganku yang berada dalam genggaman eratnya.

"Kakak sayang Nur." Sejurus itu bahuku dirangkul mesra mengalirkan hangatnya kasih Kak Ima sampai meresap ke laman rasa.

Bibirku membunga senyum. Dalam bisu kupanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur kerana dikurniakan dua insan yang tulus menyayangi.



ANEH! Hampir tiga bulan aku mengerah kudrat di ladang tetapi tidak pernah berpeluang bertemu dengan pemiliknya walau sekali. Setiap kali pekerja ladang menyebut tentang kehadiran Tauke Wan dan membuat aku ternanti-nanti pasti dia tidak dapat hadir atas urusan yang mendadak lalu disuakan Abang Adli sebagai ganti.

Dia Dambaan Hati [TERBIT]Where stories live. Discover now