curious

1.8K 106 31
                                    

-TEASER SAHAJA-

"Abang tak penat ke?"

Abang Adli yang leka, memanggung kepala. Menentang pandanganku yang bersahaja.

"Tak adalah penat mana. Bukan kena buat kerja berat pun."

"Maksud Nur abang tak penat ke hidup macam ni?"

Kening Abang Adli terjongket.

"Kenapa nak penat? Abang okey aje."

"Walaupun abang tak bahagia?"

Aku dipandang dengan ekor mata sahaja.

"Mana Nur tahu abang tak bahagia? Sejak bila pandai nak baca hati abang ni?"

Aku mengetap bibir. Berasa tersindir dengan pertanyaan Abang Adli.

"Kalau suatu hari nanti Nur tak bahagia hidup dengan abang, abang akan lepaskan Nur?"

Tingkah Abang Adli terhenti. Sepasang matanya bersinar tajam. Menujah ke dalam pandanganku.

Keberanianku mencicit lari. Degup jantung berubah laju. Menghitung detik menanti ledakan emosi sang suami.

"Kenapa tanya soalan macam tu? Nur tak bahagia hidup dengan abang?" Soalan yang melompat dari mulut Abang Adli masih dalam nada terkawal.

"Nur tanya aje." Perasaan bersalah aku tolak ke tepi. Berlagak polos saat perubahan air mukaku dalam perhatian Abang Adli.

"Kenapa dua tiga hari ni abang rasa Nur lain macam aje?"

Bingo! Sudah kutebak, tajamnya deria lelaki ini tidak berdaya kutepis.

"Mana ada! Nur tanya aje. Abang jawablah soalan Nur."

Keluhan berat melewati bibirnya.

"Kalau betul Nur dah tak bahagia hidup dengan abang, abang akan lepaskan Nur. Abang takkan sekat Nur untuk cari kebahagiaan sendiri. Abang tak nak jadi manusia yang pentingkan diri."

Bundar mataku menelan sepatah demi sepatah bicara Abang Adli mengirim terharu selari dengan sayu dan pilu. Terharu kerana ternyata lelaki di hadapanku bukanlah orang yang mengutamakan kehendak dirinya sahaja.

"Puas hati?"

Sinis nada Abang Adli menyedarkanku dari terus berkelana.

"Tapi abang tak naklah benda tu jadi. Abang sayangkan rumah tangga kita. Janganlah baru sekejap dilanda badai, Nur dah nak mengalah."

"Tak adalah. Nur tak mengalah lagi."

Kiranya jawapanku menyenangkan hatiAbang Adli. Senyuman kembali membugar di rautnya. 

*****

Maaf kalau rasa pendek sangat. Ada yang terpaksa dicut-cut. 

Terus bersabar menanti Dia Dambaan Hati

Terima kasih :-)

~FD~



Dia Dambaan Hati [TERBIT]Where stories live. Discover now