P.A

4.6K 492 185
                                    

"Awak.. Ppalli aa ireona!"

"Urmm"

"Eishh. Semalam kata harini start kerja kan? "

"5 minit"

"Takde takda. Cepat bangun. Saya dah siapkan sarapan tu"

"5 saat"

"Baik awak bangun sebelum saya jadi gorila kat sini"

"Eii. Iyela iyela"

"Taehy-"

Bumb

Taehyung terlanggar pintu masuk kedalam tandas. 

"Eii. Apesal ada pintu kat sini. Tak nampak ke orang nak lalu. Sebok jelah. Aku lempang juga pintu ni kang! "

Pintu tandas itu disepak taehyung. Nura hanya menggelengkan kepala.  Childish!

"Ermm sedapnya Bau"

Kata taehyung sambil menuruni anak tangga.

"Huh. Saya tau. Tu baru Bau.. Belum rasa lagi"

"Selalunya, kalau Bau makanan tu sedap, tapi, makanan tu tak sedap... Dia harapkan Bau je sedap"

Nura mencebik. Senduk yang dipegangya diangkat

"Ada manusia mati telan senduk ni kang"

Taehyung gelak. Tadi bukan main marah dengan pintu tandas!.

"Awak. Nanti lunch tak payah masak. Awak masak makan malam ye"

"Alaa. Awak tak balik ke? "

"Banyak kerja lah sayang"

"Habistu, saya nak makan apa petang ni kalau saya tak masak"

"Awak masak lah untuk awak seorang je sayang oii"

"Takpelah. Saya diet"

"Ha. Memang patut pun, awak pun makin gemuk dah saya tengok "

"Yah!!! "

"Hahaha. Takda lah.. "

Pipi nura dicubit lalu ditarik perlahan. Kemudian, dahi nura dicium sebelum pergi ke tempat kerja. 

"Bye!! "

Jerit taehyung sambil membuka cermin keretanya. Nura hanya menjelirkan lidah. Padan muka kau. Kutuk aku gemuk lagi.

........

"Welcome back bro. Macam mana honeymoon?. Boleh bawakan aku anak buah? "

Soal kim mingyu sebaik sahaja taehyung tiba. Rindu dia dengan sepupunya ini. Dah 10 hari tak jumpa, selalunya berkepit aja.

"Kim taehyung kan. Mestilah boleh. Berapa anak buah kau nak?  Aku boleh kasi"

Taehyung dan mingyu ketawa. Alahh office sendiri, boleh la citer.  Kau nak gelak sampai mati pun takda siapa kesah.

"Baeb, lisa mana? "

"Lisa mana? "

"Alaa.. P.A aku tu lah"

"Ooo.  Masa kau honeymoon tu, arnab dia mati kena langgar basikal. Sebabkan tu arnab kesayangan dia, dia punya menangis tu macam suami dia yang mati. So.. Dia berhenti"

"What?!!. Pasal arnab mati pun nak berhenti?? "

"Ermm. Kau patut tengok keadaan dia masa tu. Aku kesian wey"

[DIBUKUKAN] MR.FLINT - KTHWhere stories live. Discover now