"Malam ni, dinner dekat rumah appa"
Kata taehyung sebaik sahaja tiba dirumah selesai makan tengah hari tadi.
Asyik makan kat tempat lain je. Asal? Apa yang aku masak tak sedap ke?
"Kau kenapa geleng geleng kepala? Sawan?"
"Er.. Hehehe "
"Dah keluar la. Takkan kau nak duduk dalam kereta ni sampai besok. Kee kau nak aku yang buka pintu tu untuk kau?"
Taehyung aku pandang sekilas dan membuka pintu kereta milik kim taehyung. Malas nak cakap banyak banyak.
Skip
"So? Kenapa appa ajak nura dengan tae dinner dekat sini? "
Soal taehyung apabila keadaan masih senyap sejak mereka mula makan tadi.
Puan jung memandang tuan kim. Begitu juga tuan kim memandang puan jung. Tak tahu hendak mulakan dari mana.
"Appa sengaja je. Lagipun appa nak juga dinner dengan menantu appa ni. Iyelah, korang sejak kawin tak datang jenguk appa pun kan? "
Soal tuan kim. Nura pula hanya tersenyum. Masih belum dapat suaikan diri dengan keluarga suaminya itu.
"Oo"
Balas taehyung pendek dan meneruskan makan. Puan jung mula menyiku lengan suaminya. Menyuruh agar suaminya itu memberitahu tuan sebenar mereka mengajak anak dan menantunya datang pada malam itu.
"Ehem tae"
Taehyung mengangkat kepala memandang appanya semula.
"Appa ada benda nak bagitahu ni "
"Apa?. Cakap jelah"
"Ini rancangan omma kamu sebenarnya"
Nura turut memandang puan jung. Rancangan?
"Esok petang, omma dan appa dah book tiket untuk kamu berdua pergi honeymoon "
"Honeymood?!"
Jerit taehyung sedikit kuat.
"Ya taehyung. Lagipun kamu berdua baru kahwin. Sebab tu omma rasa kamu berdua patut pergi."
Puan jung mula bersuara.
"Huh, pandai pandai buat keputusan sendiri "
Jeling taehyung kepada puan jung.
Sedih juga dia, pada hari perkahwinannya, omma kandungnya tiada. Omma tirinya pula yang menguruskan majlis tersebut.
"Tae, omma kamu buat ni untuk kamu berdua juga. Macam pasangan suami isteri yang baru kahwin, mereka pun pergi honeymoon juga"
Pujuk tuan kim. Keras benar hati anaknya itu untuk menerima isteri barunya itu.
"Hmm.. Pukul berapa flight? "
Soal taehyung. Kesian pula dia dengan appanya yang dah siapkan tiket untuk mereka berdua.
"2.00 petang. Pergi jeju"
Terbeliak mata nura mendengar kata kata tuan kim.
Jeju. Ya. Dah lama dia mengimpikan untuk pergi kesana dengan suaminya suatu hari nanti. Tak sangka pula yang impiannya itu bakal tercapai.
"Kenapa nura? "
"Ani"
Nura tertunduk malu. Kalau boleh, mahu sahaja dia melompat lompat diasitu. Tak sabar rasanya untuk pergi ke pulau yang cantik itu.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] MR.FLINT - KTH
Fanfic"kau sedar la diri kau tuh aku kutip kat mana!. kau takda hak nak halang aku nak kahwin lagi satu ke apa!. kau tu pelacur. kau tu tempat aku lepaskan nafsu je!" "tapi kenapa awak layan saya macam saya penting dalam hidup awak? " "penting dalam hi...