jaeni
Akhirnya, hari yang aku tunggu telahpun tiba. Hari yang akan aku berjumpa dengan keluarga baru aku. Woah, tak sabarnya. Tak lama lagi, aku akan ada sebelas adik-beradik. Tak sabarnya!
Aku menaiki bas awam untuk ke alamat yang ayah beri pada aku. Hmm, jauh juga dari mana rumah lama aku berada. Apa-apa ja lah, asalkan aku selamat sampai dah cukup untuk aku.
Bas berhenti di perhentian aku. Nak dekat dah, jalan sikit dah boleh sampai ke alamat ni. Selepas beberapa minit berjalan dan mencari, akhirnya jumpa juga. Rumah nombor 807. Aku jenguk kepala aku ke atas dan tergamam akan rumah didepan aku.
Ia merupakan rumah banglo besar yang ada kebun dan kolam sendiri. Woah! Patutlah ayah kahwin dengan makcik tu. Sebab dia kaya! Hahaha, melawak ja! Sebab ayah memang sayang dan cintai makcik tu.
"Oi, budak." Kepala aku terus pandang ke arah suara yang memanggil itu. Terlihat ia seorang pakcik yang menjaga pagar depan rumah ini.
"Kalau nak jumpa dengan budak-budak dalam rumah tu, diorang tak ada. Berambus sebelum aku panggil polis. " Kata pakcik itu dengan kasar. Aku terkejut dengan kebiadapan pakcik itu terhadap aku. Hmph, nasib kau tua. Kalau tak, aku dah karate kau.
"Eh, tak lah. Saya datang ni sebab saya diarahkan untuk datang ke sini. " Kata aku dengan penuh kesopanan tetapi dalam hati, mahu saja aku tumbuk dia.
"Eh? Ada kad akses?" Tanya pakcik itu, masih tidak percaya pada aku. Aku keluarkan kad yang ayah beri pada aku sebelum aku datang ke sini dan serahkan kepada pakcik itu. Pakcik itu mencapai kad aku dan terkejut apabila melihat kad itu.
"Oh! Kau anak Moon Sanghyuk yang akan kahwin dengan Puan Kang lah. Alamak! Aku patut sedar tadi. Maafkan saya sebab kelakuan saya tadi." Kata pakcik yang tiba-tiba menjadi baik dengan aku dan membenarkan aku masuk ke dalam kawasan rumah banglo itu.
Aku pelik lah dengan pakcik ni. Dia baru sedar aku kah atau saja-saja melawak tadi? Apa-apa saja lah. Aku masuk dulu lah dan tidak lupa untuk ambil kad akses aku.
Aku terpegun saja sepanjang aku masuk dan lihat sekeliling kawasan rumah itu. Kebun diorang cantik, penuh dengan bunga-bunga yang segar. aku pandang garaj diorang dan aku nampak ada dua buah kereta mewah. Woah! BMW dan Ferrari kot. Itu baru luar garaj. Kalau dalam, mesti kereta lagi mahal.
Aku akhirnya menjejak kaki ke anjung rumah banglo itu. Aku rasa takut pulak tiba-tiba. Kalau diorang tak suka aku macam mana? Kau boleh Moon Jaeni! Suka tak suka, diorang kena terima juga kenyataan. Aku ketuk pintu rumah dengan gementar. Kemudian, dijawab oleh seorang wanita dalam 30-an. Pakaian seperti uniform maid.
"Oh, akhirnya. Moon Jaeni telah sampai." Ujar makcik itu. Aku terkejut bagaimana dia tahu nama aku. Apabila aku masuk dalam rumah banglo itu, aku terlanggar dengan seseorang dan membuat aku terjatuh. Makcik yang tadi itu tolong aku bangun manakala orang yang langgar aku itu dibantu oleh kawannya.
"Aigoo, kamu okay, Jaeni?" Soal makcik itu dan aku angguk kepala aku, menyata aku okay, tidak tercedera.
"Ish, Daehwi dan Jinyoung, tolong berhati-hati okay? Nasib Jaeni tak cedera." Kata makcik itu kepada dua laki yang bernama Daehwi dan Jinyoung itu. Mereka berdua menunduk maaf kepada Jaeni dan berlalu pergi.
"Adakah mereka berdua sebahagian daripada keluarga Kang?" Soal aku kepada makcik itu dan dia angguk kepala dia. Kejap, maknanya, diorang adalah adik-beradik aku, Daehwi dan Jinyoung. Hmm, nasib comel. Kalau tak, aku belasah sorang-sorang.
"Mari ikut saya. Saya akan tunjukkan di mana bilik Jaeni." Kata makcik itu dan dia tunjuk aku ke mana bilik aku. Sewaktu itu, kami sempat untuk singgah ke bilik lain. Ada perpustakaan, bilik arkad, bilik latihan menari, bilik sukan, bilik muzik dan banyak lagi. Woah! Rumah ni ada semua!
YOU ARE READING
Brothers ↻ Wanna One √
Fanfiction❝ ada 11 adik-beradik boleh buat kau gila. ❞ © jungwoned 2017