cincuenta cinco 🌠

1K 119 2
                                    

berbulan-bulan telahpun berlalu dan akhirnya hari graduasi woojin dan jihoon. tiba masa untuk mereka berdua menempuhi dunia sebenar setelah tiga tahun bersekolah di sekolah menengah.

" tak adil! korang dah habis sekolah. " kata jinyoung kepada mereka yang akan menamatkan sekolah. sekeluarga mereka datang ke konvokesyen woojin dan jihoon.

" tapi jangan lupa pasal universiti atau kolej lak lepas nie. " kata minhyun sambil membelai rambut woojin dan jihoon.

" jihoon ja yang apply. woojin tak. " kata jaeni tiba-tiba yang mengejutkan jihoon dan woojin membuat muka suruh jaeni diam kerana dia tidak mahu jihoon tahu. jaeni kemudian teringat semula dan menutup mulutnya.

" kau tipu aku? nanti aku kena accept, sapa nak teman aku? " kata jihoon, memukul lengan jihoon dengan kuat, menyebabkan woojin merengus kesakitan.

" lek lah. nanti ko cuti semester, kau datang lah sini. aish, buat macam kau nak tidur sana selama-lamanya. " kata woojin, tepuk belakang jihoon perlahan untuk buat jihoon bertenang.

" yeah! oppa nie buat macam oppa tak boleh balik ja. " kata jaeni dan jihoon tertawa sedikit.

" tapi kenapa kau tak nak pi? kau nak teruskan perjalanan kau sebagai penari kah? " tanya jihoon dan woojin angguk dengan gembira.

" kelas tiga, sila beratur! " jerit seorang guru dari jauh. itu kelas woojin dan jihoon. mereka berdua berlalu beratur seperti yang disuruh. manakala mereka yang lain pergi ambil tempat untuk duduk.

sementara mereka semua menunggu giliran 99liner mengambil sijil mereka, 3J (jaeni, jisung, jaehwan) sedang seronok bermain scissors, paper, stone. siapa kalah, dikehendaki kena jentik di dahi.

mereka bertiga bermain dengan gelagat sekali. hingga jaehwan hampir gelak saiko dia dah tapi dia tahan untuk tidak mahu menarik perhatian ramai. jaeni kalah dan mereka berdua jentik dahi dia. jaehwan jentik kuat sangat hingga jaeni tumbuk paha jaehwan dengan kuat dan mengakibatkan jaehwan jerit.

orang yang berada dalam dewan itu pandang jaehwan dan jaehwan betul-betul malu manakala jisung dan jaeni gelak sahaja pada dia. padan muka, siapa suruh jerit kuat sangat.

selepas 99liner sudah mengambil sijil mereka, mereka berdua terus ke keluarga mereka dan peluk mereka dengan erat. sudah masuk ke alam dunia dewasa dah si woojin dan si jihoon.

" bangganya aku kat korang dua nie! macam baru semalam aku tengok korang dua gaduh pasal patung beruang. " kata jisung, buat seperti dia menitis air mata tetapi dia cuma memalsukan sahaja.

" tu macam...13 tahun lalu? " kata minhyun.

" wah! kuatnya memori hyung. aku sendiri tak leh ingat mana aku letak baju PJ aku, lagi lah kalau memori 13 tahun lalu. " kata jinyoung, membuat yang lain tertawa.

" nanti lepas nie, jihoon oppa akan masuk kolej atau universiti manakala woojin akan sentiasa di rumah untuk tunggu kejayaan dia. maknanya, woojin lah boleh bantu kami yang lagi empat nie belajar. " kata jaeni dan tiga maknae membulat mata mereka dengan besar kerana apa jaeni katakan betul.

" korang nak harapkan aku? mimpi ja lah. maths pon aku pass ja, nak aku ajar korang. " kata woojin dan yang lain tertawa. fakta itu benar tetapi tidak tahu mengapa mereka gelak.

" so, mentang cuti masih panjang lagi, apa kata kita buat lagi benda tu macam tahun lepas? " kata daniel dan yang lain setuju dengan apa yang daniel katakan manakala jaeni keliru, benda apa mereka lakukan tahun lepas.

" kami setiap tahun akan adakan annual family game. akan dibahagikan dua kumpulan dalam kalangan kita semua. selalunya eomma join setiap tahun tapi menyebabkan eomma dah busy dengan appa jaeni, kita buat dalam kalangan kita saja lah. " terang seongwoo dan jaeni sudah faham. begitu rupanya.

" adakah kali nie kita akan pilih group sendiri macam tahun lepas? nak dengan jaeni~ " soal daehwi dan membuat gamitan kepada jaeni kerana dia mahu berkumpulan dengan jaeni dan jaeni turut membuat sama.

" nope. cabut nombor kali nie. " kata jisung dan semua merungut kerana mereka tidak mahukan berkumpulan dengan seseorang yang mereka tidak rapat.

" hyung buat nie sebab tak nak jihoon dengan woojin satu kumpulan. nanti seongwoo trauma lagi. " kata jisung.

" aku rasa seperti kena buli ja haritu. diorang hampir pukul aku, nasib tu bukan betul-betul. " kata seongwoo dan 99liner tertawa dan Hi-5 kerana mengingat tentang kenangan lama itu.

" so minggu depan kita akan mulakan. nanti hyung bagitau apa yang kita akan lakukan kali nie. group korang semua akan hyung bagitau sebelum kita mulakan event kita. " kata jisung.

" let the party begin! " sorak mereka dengan seronok. tidak sabar jaeni untuk acara mereka yang akan datang ini.

💫

okay nie sepatutnya post esok but aq gatai tngan sngat nk post awal so awal lah aq post 😂 anyways enjoy and abaikan jika ada bhgian² yg membosankan anda

VOTE & COMMENT

6.4.2018 > 10.56PM

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now