sejak jaeni mengetahui bahawa laki itu bekerja di arkad tersebut, dia sering datang ke arkad itu semata-mata untuk melihat laki itu.
tidak kira dia cuma lalu sepintas lalu di depan kedai itu, adalah saja alasan dia mahu masuk ke dalam kedai itu.
" oh, aku nak main game. "
" game kat sana syok-syok. jom masuk. "
" kedai dia berwarna-warni hingga ia menarik perhatian aku. " dan banyak-banyak lagi alasan dia. orang yang jaeni sering bawa ke arkad tersebut ialah woojin kerana woojin suka bermain dengan permainan video dan sesuai untuk jaeni bawa dia.
hari demi hari, jaeni telah mengetahui nama laki tersebut ; kim donghan nama dia dan dia cuma pekerja part-time di sana. donghan bekerja di sana untuk sementara dia sedang bercuti semester dari kolej dia. dia tahu ini semua kerana ketika jaeni berada di sana dengan woojin, dia ambil masa terluang di untuk berkenalan dengan donghan.
" guys, jom pi kedai arkad tu lagi. " kata jaeni kepada rakan-rakannya apabila loceng sekolah terakhir berbunyi dan mereka mengemas barang mereka untuk pulang ke rumah masing-masing.
" tapi, kita dah pi semalam. kenapa kita nak pergi lagi... " kata jiwon yang sedang menyimpan barang ke dalam beg sekolahnya.
" ya, lagipun aku dah kekurangan duit untuk bulan nie punya simpanan. so tak leh nak guna duit dah. " tambah pula suyeon yang sudah menggalas begnya.
" kenapa kau suka sangat pi kedai tu? nie mesti sebab laki yang kerja kat sana tu. " kata miso sambil tersengih dan jaeni menafikannya dengan cepat.
" ehh! mana ada! aku cuma...suka main game sejak oppa aku ajak main. " kata jaeni, pipinya sudahpun menunjukkan kemerahan bahawa dia malu. rakan-rakannya tahu yang jaeni ada crush pada laki di kedai arkad itu, mereka cuma buat-buat bodoh sahaja.
" sorry lah, jaeni. kami tak dapat nak pi hari nie. " kata suyeon, meletak tangannya pada bahu jaeni manakala jaeni berikan muka sedih sahaja. rakan-rakannya berlalu pergi meninggalkan jaeni.
jaeni dengan perasaan sedih berlalu keluar dari kelasnya dan masuk ke dalam kereta yang ada abang-abangnya menunggukan jaeni supaya mereka boleh pulang ke rumah. jaeni yang duduk di kerusi sebelah pemandu meletak dagunya pada lengannya sambil melihat pemandangan luar tingkap, memikirkan tentang donghan dan mahu berjumpa dengan dia.
apabila kereta mereka melalui jalan ke pusat membeli-belah, jaeni cepat menyuruh pemandu kereta mereka berhenti di depan pusat membeli-belah tersebut. mereka yang dibelakang pening mengapa kereta berhenti.
" kenapa berhenti? " soal jinyoung yang duduk di kerusi belakang.
" jaeni kata dia mahu ke pusat membeli-belah. " jawab pemandu yang melihat mereka dibelakang dengan cermin.
" jaeni nak pergi beli buku. untuk belajar. " kata jaeni yang memandang mereka dibelakang dengan menoleh badannya ke belakang.
" okay, nak kami temankan jaeni? " soal daehwi yang berada di belakang juga.
" tak pa. jaeni nak pergi sendiri. " kata jaeni dan keluar dari kereta mereka.
" pakcik boleh pergi dah. nanti jaeni call kalau jaeni nak balik. " kata jaeni sebelum dia masuk ke dalam pusat membeli-belah. abang-abangnya di dalam perut kereta pelik mengapa tiba-tiba jaeni mahu beli buku. pemandu kereta mahu pandu pergi tetapi berhenti ketika jinyoung menyuruhnya.
" kita tak boleh biarkan jaeni keseorangan. seorang daripada kita kena ikut dia. " kata jinyoung dan daehwi setuju. mereka berdua pandang guanlin yang sedang bermain dengan telefonnya.
" kenapa pandang? guanlin ada kerja nak kena siapkan malam nie. " kata guanlin, pandang mereka berdua semula.
" okay, apa kata hyung pi ikut dia? hyung tak ada kerja kan nak kena siap hari nie.. " kata daehwi, buat macam tahu-tahu ja yang jinyoung tiada kerja sekolah yang dia perlu siapkan.
" okay, hyung pergi. " kata jinyoung dan keluar dari kereta dengan dompet dan telefon bimbitnya sahaja bersamanya, beg sekolahnya tinggal.
" ikut jaeni tau. jangan tinggalkan dia. " kata daehwi dan jinyoung angguk kepalanya. daehwi menutup pintu kereta dan kereta berlalu pergi meninggalkan dia. jinyoung memasuki ke dalam ke dalam pusat membeli-belah dan ke kedai buku.
💫
hey guys and sori klu aq update lmbat. skolah mula buat aq malas nk buat keja. anyways, aq harap ampa enjoy bab nie sbb aq rsa nie bab yg boring and yeah.... enjoy~
VOTE & COMMENT
27.6.2018 > 10.20PM
YOU ARE READING
Brothers ↻ Wanna One √
Fanfiction❝ ada 11 adik-beradik boleh buat kau gila. ❞ © jungwoned 2017