LVII 🌙

980 113 4
                                    

selepas beberapa jam permainan di taman tema air berakhir, mereka pergi tempat lain pulak. mereka tidak tahu dimana kerana mereka ditutup mata dengan penutup mata apabila sampai di sana kecuali jisung.

masing-masing memegang bahu orang depan mereka apabila sampai di sana. ada juga yang peluk orang depan dia. mereka berjalan perlahan-lahan ke dalam dengan bimbingan jisung di depan.

mereka berhenti apabila jisung berhenti dan membuka penutup mata mereka apabila disuruh. mereka semua woah akan dimana mereka sekarang kerana mereka berada ke pusat bowling. ia sangat berwarna warni di sana.

" seperti tujuan tempat nie, kita akan adakan pertandingan bowling. masing-masing cabut nombor untuk mengetahui pasangan masing-masing. " kata jisung dan seorang demi seorang cabut nombor dalam kotak yang jisung pegang. jisung turut cabut juga.

jaeni cabut dan mendapat nombor enam, pasangan terakhir. masa untuk mencari pasangannya. dia tanya seorang demi seorang mereka untuk mengetahui siapa mendapat nombor sama dengannya.

" siapa nombor enam? " soal seseorang dan jaeni angkat tangannya dengan tinggi dan menjumpai pasangannya akhirnya.

" yeah, dapat niel oppa~ " kata jaeni dan fist pump dengan daniel yang mendapat nombor sama dengan jaeni. yang lain juga menjumpai pasangan mereka juga. jisung dengan jihoon, sungwoon dengan woojin, minhyun dengan jinyoung, seongwoo dengan daehwi, dan jaehwan dengan guanlin. semua gembira mendapat pasangan mereka.

" baiklah, semua ambil kasut masing-masing yang ada di atas meja di sana. kita akan mulakan pertandingan 2 vs 2 dahulu. " kata jisung dan masing-masing ikut arahan jisung. jaeni ambil kasut saiz dia dan menukar kasut dia dengan memakai kasut itu.

kumpulan yang pertama akan bermain ialah pasangan jisung dan jihoon dengan jaeni dan daniel. yang lain duduk dahulu sementara menunggu giliran mereka.

jaeni tidak berapa bagus dalam permainan ini jadi dia buat yang terbaik dia lah untuk menang. kumpulan berlawanan jaeni bermula dahulu dan diikuti kumpulan jaeni. sungguh gelagat mereka bermain dengan bowling itu.

set pertama telahpun tamat dengan kumpulan jaeni menang. jihoon asyik merungut pada jisung untuk gunakan bola yang lagi berat, menyebabkan dia hendak jatuhkan pin semua. kemudian, bersambung dengan set kedua iaitu sungwoon dan woojin lawan dengan jaehwan dan guanlin.

sedikit latar belakang, woojin dan guanlin sering bermain bowling bersama dalam kalangan rakan jadi mereka dua agak pro dalam permainan ini. jaeni agak terpegun apabila mereka berdua memakai sarung tangan seperti orang profesional bermain bowling.

" nie mesti syok. " kata jinyoung yang duduk sebelah jaeni. mereka semua beri perhatian lebih kepada set ini. tidak mahu terlepas apa-apa saat penting. setiap kali giliran woojin dan guanlin, mesti mereka dua mendapat strike manakala sungwoon dan jaehwan mendapat enam hingga tujuh pin jatuh.
set kedua berakhir dengan woojin dan sungwoon menang. mereka lebih satu sahaja mata. well semua dah buat yang terbaik. kini giliran set ketiga iaitu minhyun dan jinyoung lawan seongwoo dan daehwi.

ini set yang paling lawak mereka lihat kerana daehwi berjuang untuk angkat bola bowling itu. ia sangat berat untuk dia hingga yang paling ringan iaitu enam kilogram pun sudah susah untuk dia angkat tapi dia boleh mendapat banyak kali strike. seongwoo pulak sering berlawak-lawak dengan bola itu. dia bukan bermain seperti orang biasa main tetapi dia asyik baling bola itu dengan cara salah yang membuat orang lain gelak.

set itu berakhir dengan seongwoo dan daehwi menang. lebih lima markah dari kumpulan lawan mereka. kini mereka mencari tempat ketiga. seongwoo dan daehwi lawan dengan jaeni dan daniel. tidak sangka daehwi dan jaeni akan menjadi persaingan di medan bowling ini. walaupun ia pertandingan, mereka berdua memberi kata-kata semangat kepada satu sama lain.

masa berlalu dengan cepat dan bowling telah berakhir dengan woojin dan sungwoon menjadi pemenang tempat pertama manakala jaeni dan daniel tempat kedua. walaupun mereka tidak menang, mereka membuat yang terbaik mereka dan berseronok.

" dah nak malam nie. kita ada lagi game? " soal jaehwan dan jisung angguk kepalanya.

" jangan risau. tempat kita main ialah indoor. " kata jisung. mereka semua memberi semula kasut bowling itu dan teruskan permainan seterusnya. tidak sangka ia akan menjadi seronok ini.

💫

new update! enjoy reading~ esok aku akan update lagi 😄

VOTE & COMMENT

14.4.2018 > 11.17AM

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now