jaeni masuk ke biliknya selepas makan malam dengan keluarga barunya. sungguh gembira dia, dapat makan bersama dengan ahli keluarganya. tetapi dia masih tidak puas hati dengan jihoon, yang kini menjadi abangnya.
jaeni sedang mengemas barang-barangnya yang dia bawa bersama ketika datang ke sini. kemudian, ada ketukan di pintu. jaeni menjawab dan terlihat guanlin yang mengetuk bilik pintunya. dia tersenyum apabila melihat guanlin.
" hey, guanlin. what's up? " tanya jaeni.
" jom turun bawah. kita akan adakan late night movie. " jawab guanlin. late night movie? jaeni ikut sahaja apa guanlin suruh dan menutup pintu biliknya sebelum beredar.
apabila jaeni menjejak kakinya ke ruang tamu, kesemua 11 adik-beradiknya sudah duduk di depan tv, dengan jisung berdiri didepan mereka, bercakap sesuatu. jaeni mengambil tempat duduk di sebelah seongwoo yang mendengar apa yang jisung sedang bercakap.
" minggu lepas kita dah tengok movie nie. berapa kali lagi nak tengok? " rungut jisung.
" tapi movie tu syok. movie macam nie lah kita perlu tengok banyak kali. " kata jinyoung dan daehwi yang duduk sebelahnya setuju. jaeni melihat sahaja mereka semua bertengkar.
seongwoo yang perasan akan kewujudan jaeni sebelahnya lalu bertanya filem apa yang jaeni mahu tonton. jaeni menjawab filem 'the conjuring 2', filem seram itu dari dulu lagi dia mahu tonton tetapi tiada peluang kerana kekurangan duit untuk tonton di panggung wayang.
" guys, apa kata kita tengok horror pulak malam nie? " tanya seongwoo tiba-tiba kepada mereka, terus berhenti bertengkar apabila seongwoo bercakap.
" lagipun, kita dah lama tak tengok cerita seram. " tambah lagi woojin yang duduk sebelah seongwoo itu. yang lain agak setuju dengan seongwoo dan woojin. sudah lama mereka tidak tonton filem seram.
" okay, kita tengok seram. tajuk? " tanya jisung yang sedang mencari cd filem seram.
" conjuring 2? " sebut jaeni yang terus buat semua orang pandang dia. mereka baru sedar kewujudan jaeni yang sudah duduk di situ selama enam minit dah.
" okay. conjuring 2. " kata jisung dan mencari cd filem seram itu. jaeni melepaskan keluhan berat apabila mereka semua setuju dengan pendapat jaeni.
selepas jisung memasuki cd itu ke dalam cd player, dia duduk di tempatnya semula dan tonton filem tersebut, well mereka semua. jaeni agak teruja yang dia dapat tonton filem ini. semua impiannya tercapai apabila dia masuk dalam keluarga baru ini.
sepanjang filem itu berlangsung, jaeni memeluk bantal untuk elak melihat bahagian-bahagian yang menakutkan. dia tidak jangka ia akan menjadi begitu menakutkan. jaehwan dan sungwoon akan menjerit apabila babak menyeramkan ditunjuk.
sewaktu jaeni menonton juga, dia menjadi semakin mengantuk dan lama-kelamaan matanya tertutup dan kepalanya terus terjatuh pada bahu orang sebelahnya iaitu seongwoo. seongwoo terkejut apabila kepala jaeni terjatuh atas bahunya tapi dia biarkan kemudian.
lepas dua jam berlalu, akhirnya filem itu sudah berakhir dan ada beberapa diantara mereka telah tertidur ketika filem sedang berlangsung dan itu melibatkan jaeni juga. minhyun dan jisung menggerak mereka yang tertidur dan juga jaeni.
" jaeni, bangun. movie dah habis. " kata minhyun sambil menepuk perlahan pipi jaeni dan terus jaeni terjaga dari tidur. dia menjadi mamai kemudian kerana bertanya ia sudah pagi kah. minhyun tergelak akan kecomelan jaeni.
" pi masuk bilik. esok nak sekolah. " kata minhyun dan jaeni dengan malasnya bangun dan lalu bergerak ke biliknya.
biliknya bersebelahan dengan daehwi dan jinyoung, menghadap guanlin. nasib dia tidak terperangkap dengan ahli yang bising. jika ya, tidak mampu dia tidur.
sepanjang dia berjalan ke biliknya, minhyun mengiringi dia supaya dia tidak jatuh. minhyun sudahpun mengambil berat tentang adik perempuannya walaupun baru sahaja beberapa jam mereka kenal. minhyun juga tidak lupa untuk menyelimutkan jaeni sebelum dia keluar dari bilik jaeni.
" night, jaeni. " bisik minhyun dengan perlahan kepada jaeni.
" night, minhyun oppa. " balas balik jaeni tanpa sedari ayat-ayatnya. minhyun agak terkejut akan panggilan oppa itu tetapi ia lebih suka jika dia memanggil kesemua sebelas mereka 'oppa'.
---
hai semua. update baru. mama dah mula dan mama vietnam dah berlangsung semalam. aq x tngok semua but ada rmai artist vietnam pi. gp kpop pon ada tiga ja ; samuel, seventeen dgn wanna one.😄
VOTE & COMMENT
YOU ARE READING
Brothers ↻ Wanna One √
Fanfiction❝ ada 11 adik-beradik boleh buat kau gila. ❞ © jungwoned 2017