tiga belas 🐾

2.1K 256 6
                                    

pagi menjelang dan hari ini, jaeni akan pergi buat pasport dia. tidak pernah dia ada pasport malahan juga tidak pernah keluar dari negara korea. kali pertamanya akan ke luar negara.

sebaik dia masuk ke dalam kereta, menuju ke tempat membuat pasport, ada juga ahli keluarga yang lain mengikut juga.

" daniel pun nak buat pasport? " tanya jaeni, menampakkan daniel duduk sebelahnya di dalam kereta.

" haah. nak tukar gambar ja. seriously, kena update. " kata daniel.

" takkan buruk kot gambar tu. " kata jaeni.

" ia amat buruk sangat. dah berapa tahun tak update. " kata daniel dan jaeni tergelak saja. overdramatic sungguh daniel.

kemudian, masuk puan jung dengan pemandu kereta, mereka duduk di tempat duduk di depan. kereta berjalan apabila puan jung menyuruh pemandu kereta berjalan.

" so daniel, anak kandung ibu tiri jaeni.. " kata jaeni dan daniel angguk kepalanya.

" macam mana boleh dapat idea nak ambil diorang sebagai anak angkat? " tanya jaeni dan 'diorang' itu memaksudkan semua anak angkat keluarga kang.

" well, dulu daniel- pelik lah panggil diri sebagai daniel. boleh tukar tak? " tanya daniel dengan sopan dan jaeni angguk kepalanya.

" dulu oppa- okay? " tanya lagi daniel kepada jaeni, selesa atau tidak jikalau dia memanggil dirinya sebagai oppa dan ini dimaknakan jaeni perlu panggil daniel 'oppa'. jaeni mengangguk kepalanya. huh, gentlemen sungguh budak nie.

" dulu oppa waktu umur lima tahun, oppa kehilangan ayah kerana kemalangan yang teruk. " kata daniel. jaeni menjadi sedih pulak mendengar latar belakang daniel.

" and eomma tak nak oppa keseorangan jadi, dia ambil ramai anak angkat untuk oppa tidak keseorangan. " kata daniel dan jaeni 'ooo' saja.

" so, jisung hyung orang pertama eomma ambil. take note that diorang semua datang dari rumah anak yatim. " kata daniel dan jaeni angguk kepalanya.

" setiap tahun, eomma ambil seorang anak yatim hinggalah orang terakhir iaitu guanlin apabila oppa umur 15 tahun. " kata daniel. daniel mesti sayang semua adik dan abang dia walaupun dia membesar tanpa seorang ayah.

" oppa mesti sayang diorang kan? " kata jaeni dan daniel angguk kepala.

" jaeni hilang eomma jaeni bila jaeni umur 12 tahun. hilang sebab ayah dengan eomma bercerai. eomma ambil oppa jaeni jadi, sudah lima tahun jaeni tak jumpa oppa jaeni. " kata jaeni.

" nama oppa jaeni, moon taeil. jaeni tak tau apa dah jadi pada dia sekarang. dia kerja ka, senang ka kehidupan dia, dah mati ka? who knows. " kata jaeni, mula berada sedih, mengingat balik tentang abang sebenar dia.

" jangan sedih jaeni. sekarang jaeni ada 11 abang yang tidak akan tinggalkan jaeni dah. " kata daniel, cuba untuk ceriakan jaeni.

" thanks daniel oppa. " kata jaeni dan peluk daniel. daniel balas pelukan itu.

" nanti oppa akan tolong jaeni cari oppa jaeni. " kata daniel dan jaeni lepaskan pelukan mereka dan pandang daniel dengan serius.

" seriously? oppa akan tolong jaeni? " tanya jaeni dan daniel angguk kepalanya. kemudian, jaeni terus menitis air matanya. daniel cepat-cepat peluk dia.

" okay okay. jangan nangis. " kata daniel dengan jaeni teresak-esak menangis. jaeni menangis gembira kerana ada juga seseorang akan tolong dia carikan oppa dia. oppa sebenar dia.

" okay guys. kita dah sampai. " kata puan jung dan mereka telah sampai di tempat membuat pasport. daniel mengambil tisu dan beri pada jaeni untuk lap air matanya.

" dah, henti nangis. nanti tak cantik gambar. " kata daniel dan jaeni tertawa kecil. kemudian, mereka keluar dari kereta dan masuk bangunan itu.

jaeni isi borang untuk membuat pasport manakala daniel pulak pergi ambil gambar. jaeni tahu ia agak menyusahkan daniel untuk menolongnya cari oppa sebenar dia tetapi jaeni terharu yang daniel faham bagaimana situasi jaeni dahulu.

dia gembira ada 11 abang yang boleh bantu dia sewaktu dia susah. boleh gembira setiap hari dengan mereka. jaeni bersyukur yang dia ada orang yang sentiasa di sisinya tidak kira apa situasi pun. dia berdoa agar mereka kekal selama-lamanya hingga akhir hayatnya.

---

update baru untuk har nie. yas, w1 dah balik ke korea dah untuk fansign depa hari nie. fansign dari iklan depa. hmm, aq kesian kadng² tngok w1 sbb depa dah susah nak berehat skrng. mcm² bnda nak kena buat. nnti bulan depan lak depa nak berterbangan ke merata tempat ; macau, malaysia dgn indonesia dan aq x dapat pergi ke fanmeet depa 😭 sapa² yg ada extra tiket satu, bawa lah aq pi. aq dpat jmpa w1 sekali dlm hidup aq pon dah ckp or nmpak depa lalu dpn aq pon dah ckp 😩

VOTE & COMMENT

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now