스물일곱 🌼

1.7K 193 2
                                    

selepas dia meluang masa dengan jaehwan, jaehwan memutuskan untuk berhenti main gitar kerana dia semakin mengantuk dan mahu tidur. baru pukul dua petang dan dia mahu tidur? dasar pemalas sungguh jaehwan.

jaeni faham dan berlalu pergi keluar dari bilik jaehwan untuk dia tidur dengan senyap dan tanpa gangguan. sekarang, jaeni tidak tahu hendak buat apa. mahu dia pergi ke bilik guanlin tapi mungkin guanlin juga sudah terlena kerana tengok video banyak sangat.

jaeni tiada pilihan dan memutuskan untuk pergi lawat mereka yang berada di kolam renang yang berada di tingkat bawah hotel tersebut. jaeni turut membawa sedikit duit dan telefonnya sekiranya dia mahu membeli sesuatu.

jaeni pergi ke tingkat bawah dan menuju ke kolam renang. ketika dia sampai di sana, ada empat lelaki sahaja di sana, dua memakai baju dan dua tidak memakai. dua dalam kolam dan dua di luar kolam.

" oh, jaeni! " jerit salah seorang mereka apabila ternampak jaeni memasuki ke arena kolam renang. terlihat seongwoo memanggilnya, dia dalam kolam renang, bermandi-manda dengan daniel.

" jaeni datang sini nak mandi kolam sekali kah? " tanya sungwoon yang duduk di salah satu bangku di sana dan tidak memakai baju.

" oh tak. jaeni datang sini sebab jaeni bosan dan tak tahu nak buat apa. jaehwan dah tertidur dah dan guanlin mungkin juga dah tertidur. " jawab jaeni dan sungwoon angguk kepalanya.

" alarhh. jom main sekali jaeni. seongwoo hyung dengan niel hyung tak nak main dengan oppa. " kata woojin yang tiba-tiba datang dan terdengar perbualannya tadi bersama sungwoon bahawa yang dia datang sini bukan sebab nak mandi.

jaeni fikir untuk seketika. jaeni boleh sahaja masuk dalam kolam itu kerana dia tidak memakai pakaian yang begitu susah untuk ditanggalkan, cuma baju t-shirt biasa bersamaan dengan seluar pendek. dia juga turut memakai selipar ke kolam renang kerana ia lebih senang untuk ditanggalkan. apa yang dia risau adalah lepas dia basah, baju apa dia nak pakai? dia tidak membawa pakaian lebihan ke kolam renang.

" kita ada baju spare kalau jaeni nak tukar. " kata seongwoo pada jaeni.

" okay! jaeni main dengan oppa. " kata jaeni dan woojin bersorak dengan gembira.

" yeah! hyungs! you all are gonna get it! " jerit woojin kepada seongwoo dan daniel dalam kolam. apakah maksud dia?

--

" ahh! jangan! seongwoo main tipu! " jerit jaeni apabila seongwoo menggeletek jaeni. mereka sekarang sedang bermain permainan chicken fight dalam kolam.

jaeni kini berada di atas bahu woojin manakala seongwoo duduk atas bahu daniel. seongwoo dan daniel asyik gaduh tentang siapa duduk atas bahu siapa sebelum mereka memulakan permainan mereka. jika daniel duduk atas bahu seongwoo, obviously seongwoo akan jatuh kerana seongwoo tidak begitu kuat untuk angkat daniel yang beratnya lebih berat dari seongwoo.

woojin yang dibawah jaeni juga turut serang daniel di bawah. dia tidak mahu kumpulannya kalah, seongwoo asyik menyerang jaeni dengan kuat. sungwoon pulak tidak bermain bersama mereka padahal dia sedang berbaring atas kerusi malas yang ada di sana sambil mendengar lagu. rasanya dia dah terlena di atas kerusi itu.

daniel tidak tahan lagi dengan woojin menyerangnya dengan air lalu dia lepaskan tangannya yang sedang memegang kaki seongwoo lalu mengakibatkan seongwoo jatuh dari bahu daniel. ini bermakna, kumpulan maknae telah menang.

woojin dan jaeni bersorak dengan gembira dan woojin mengangkat tangannya ke udara dan melepaskan pegangannya pada kaki jaeni yang turut mengakibatkan jaeni jatuh dari bahu woojin.

seongwoo dan daniel yang terlihat jaeni terjatuh, membuat mereka berdua ketawa besar dan woojin cuma beri muka yang keliru kepada mereka. bila dia pandang belakang, baru dia sedar yang dia jatuhkan jaeni.

jaeni beri muka marah kepada woojin dan mula menyerang woojin pulak. mereka berdua berkejaran dalam kolam hinggalah luar kolam. kedua-dua daniel dan seongwoo tidak berhenti ketawa melihat dua maknae itu marah kepada sesama sendiri.

💫

hai gais. seperti aku janji, aku akan pub semua chap free aku hinggalah hbis semua tu 😆 enjoy~

VOTE & COMMENT

2.1.18 > 6.25AM

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now