keesokan paginya telah tiba dan jaeni terjaga dari tidurnya kerana telefonnya mengeluarkan alarm. dia turut sedar yang dia tertidur atas meja dengan gitar dalam dakapannya.
dia meletak gitarnya ke dalam bekasnya dan regang kan badannya kerana sakit tidur bengkok atas kerusinya. dia pandang ke arah katil jinyoung dan terlihat ia kosong. huh, tak sangka jinyoung bangun awal dari aku.
selepas jaeni mandi dan berpakaian kemas semua, dia keluar dari biliknya untuk mencari orang lain. fyi, jinyoung tiada dalam biliknya jadi, dia mahu periksa jikalau dia di bilik orang lain aka bilik daehwi.
jaeni mengetuk pintu bilik daehwi dan guanlin. selepas beberapa saat menunggu, seseorang menjawab panggilan jaeni dan terlihat ia guanlin.
" hey guanlin! jinyoung ada dalam tak? " tanya jaeni sebaik melihat muka guanlin.
" tak. dia keluar layar luncur dengan daehwi dan jihoon. " jawab guanlin dan jaeni angguk kepalanya. wah, pergi layar luncur. seronoknya.
" okay. thanks guanlin. " kata jaeni dan berlalu pergi. guanlin lalu menutup pintu biliknya dan sambung apa yang dia buat tadi.
jaeni pergi ke bilik orang lain pulak. kelihatan ramai tiada, mereka sama ada pergi bersiar-siar thailand (jisung dengan minhyun) atau pergi mandi di kolam hotel (daniel, seongwoo, sungwoon, woojin). cuma tinggal jaeni, jaehwan dan guanlin di dalam bilik masing-masing.
jaeni menjadi semakin bosan dan pergi ke bilik jaehwan yang berkongsi bilik dengan sungwoon. sewaktu itu, jaehwan sedang bermain dengan telefonnya.
" jaehwan-ah~ " kata jaeni dengan comel apabila dia memasuki bilik jaehwan. jaehwan kemudian pandang dan meletak telefonnya. dia dapat mengetahui bahawa jaeni amatlah bosan sekarang.
" aigoo. sampai dah si jaeni kita. " kata jaehwan dan jaeni automatik duduk sebelah jaehwan selepas itu.
" jaeni bosan lah. jom kita buat sesuatu. " kata jaeni sambil memuncung bibirnya dengan penuh kecomelan. jaehwan terus memicit pipi jaeni kerana kecomelannya menguasai perasaan dia sekarang.
" hmm..nak buat apa? yang lain ada kerja sendiri. " kata jaehwan, mula memikirkan sesuatu untuk lakukan dalam masa lapang mereka ini. turut juga jaeni, menolong jaehwan. tetiba, jaeni ada idea untuk apa mereka buat untuk masa lapang mereka.
" apa kata kita main gitar jaeni? lagipun jaehwan kata nak main kan... " kata jaeni dan jaehwan teringat balik bahawa dia mahu menggunakan gitar jaeni sewaktu mereka di thailand ini.
" oh ya, lupa lak. haha! " kata jaehwan sambil tersenyum. jaeni kemudian pergi dari katil jaehwan dan pergi ambil gitarnya dalam biliknya.
kemudian, jaeni datang ke bilik jaehwan balik dengan gitar di belakangnya. dia meletak gitar itu atas katil jaehwan. jaehwan keluarkan gitar itu dan mula menggunanya. jaeni mahu lihat betapa bagusnya jaehwan dalam bermain gitar.
jaehwan betulkan sedikit tali gitar itu sebelum dia main. jaeni baru sedar yang kuku jari tangan kanannya amatlah panjang. jaeni bertanya mengapa tangan kanannya kuku jarinya panjang dan tidak tangan kirinya.
" sebab senang jaehwan nak main gitar jika tangan kanan kuku panjang dan tidak perlu bermain dengan plektrum. " jawab jaehwan dan jaeni membulat mulutnya. mungkin dia pun mahu buat seperti jaehwan kerana dia selalu lupa hendak bawa pik gitarnya.
jaehwan mula bermain sebuah lagu. jaeni tidak tahu lagu apalah itu tetapi ia amat merdu. dengan jaehwan bernyanyi lagi, bertambah merdu persembahannya. jaeni tidak tahu yang jaehwan ada suara yang merdu begitu.
selepas jaehwan tamat, jaeni beri tepukan kepada jaehwan kepada persembahannya. ia amat indah sekali. oh, kalau jaeni rakam persembahan dia tadi, mungkin ramai akan menonton video itu jikalau dia hantar ke internet.
" wah! jaehwan jjang. " kata jaeni sambil memberi kedua-dua ibu jarinya kepada jaehwan, ia sebuah persembahan yang menarik sekali. jaehwan cuma tertawa dan senyum atas pujian jaeni.
" jaeni pulak main. " kata jaehwan. jaehwan beri gitar itu kepada jaeni untuk dia main sesuatu untuk jaehwan.
" what? but i don't know how to sing. like you. " kata jaeni sambil memegang gitar itu, sedia untuk main.
" tak pa. tak nyanyi pun tak pa. jaehwan nak tengok jaeni main gitar nie. " kata jaehwan.
" okay. tak wajib nyanyi. lagu yang jaeni akan main nie adalah lagu yang jaeni gubah semalam malam. " kata jaeni dan jaehwan angguk kepalanya agar dia faham.
jaeni mula bermain dengan penuh semangat. dia terlalu ghairah dalam lagu itu hingga dia tidak sedar yang jaehwan sedang merakamnya. selepas jaeni habis, jaehwan cepat-cepat berhenti rakam jaeni dan tepuk tangannya.
" betulkah nie jaeni gubah semalam? rasa macam tak ja... " kata jaehwan dan jaeni tertawa kecil.
walaupun jaeni baru gubah lagu itu, jaehwan amat menyukainya kerana ia sangat merdu dan indah.
💫
hai gais. update baru. happy new year gais!~ hope korng adakn tahun yg lebih bagus dari tahun lepas 😉
VOTE & COMMENT
1.1.18 > 12.50PM
YOU ARE READING
Brothers ↻ Wanna One √
Fanfiction❝ ada 11 adik-beradik boleh buat kau gila. ❞ © jungwoned 2017