cincuenta tres 🌠

1K 129 0
                                    

mereka bertiga balik dengan jaeni berperasaan sangat gembira kerana mendapat barang baru. tidak sabar untuk dia buka semua album yang dia belikan untuk diri dia.

" wah! banyaknya jaeni beli! nak tengok! " kata jihoon apabila dia nampak jaeni memegang banyak beg dalam tangannya. jaeni menghalang jihoon sebelum dia datang lebih dekat.

" tak boleh. nie semua untuk jaeni seorang sahaja. kan seongwoo oppa? " kata jaeni sambil memandang seongwoo yang seperti jiwanya sudah tinggalkan badannya kerana duitnya melayan begitu sahaja. seongwoo terus terbaring atas sofa yang ada sungwoon dan jisung, membuat mereka berdua terkejut dan juga jihoon.

jaeni biarkan mereka dan terus masuk biliknya. ketika itu, dia pergi periksa bilik woojin yang pintunya sedikit terbuka. jaeni melihat dari situ dan terlihat woojin tengah berlatih bersungguh-sungguh untuk pertandingan menari dia. jaeni tidak sabar untuk beri kasut itu kepada woojin nanti.

--

keesokan harinya tiba dan jaeni terjaga dengan banyak-banyak album di atas katilnya kerana semalam dia membebel kepada dirinya banyak sangat hingga dia tertidur sehingga lupa nak kemas.

apabila jaeni keluar dari biliknya dengan keadaan yang kemas dan elok, ternyata ada kekurangan orang, cuma ada minhyun dengan jisung. mana yang lain?

" kalau nak cari yang lain, diorang ada kat gelanggang belakang, main bola keranjang. " kata jisung tetiba dari belakang jaeni. tahu-tahu saja apa yang jaeni fikirkan. jaeni tidak membuang masa untuk ke gelanggang belakang.

mereka bermain dengan bersungguh-sungguh dan dengan seronok sekali. empat orang setiap kumpulan, guanlin cuma menjadi penonton sahaja dan bersorak kepada kumpulan yang sedang menang. wah, pagi-pagi dah cergas nak main bola keranjang.

kemudian, woojin telah jaringkan gol yang menyebabkan guanlin menjerit dengan gembira dan ahli kumpulan woojin bersorak dengan gembira atas kemenangan mereka. jaeni yang berdiri sebelah guanlin itu terkejut. tak pernah dia tengok guanlin menjadi seaktif itu.

woojin sedar akan kehadiran jaeni lalu menjerit pada jaeni.

" jaeni! nampak tak oppa jaringkan tadi? cool tak? jaeni ada? tak dak kan... " kata woojin dengan penuh bangga. jaeni dalam diam sedang bersumpah pada woojin. mahu saja dia tendang woojin sekarang.

" so, korang nak main lagi? " tanya jinyoung kepada abangnya yang sudah penat bermain bola keranjang. tadi mereka semua bermain dengan kasar dan bertenaga hingga daehwi hampir kena bola pada kepalanya.

" tak mau! " jerit daehwi dengan kuat, menafikan bahawa dia tidak mahu bermain dah. kecuali kalau jihoon asyik tolak dia setiap kali woojin hendak baling bola kepada daehwi.

jaeni tertawa melihat mereka. jaeni memberi mereka satu botol air setiap seorang. mereka mengucapkan terima kasih kepada jaeni kerana memberikan air kepada mereka.

mereka semua memasuki ke dalam selepas itu dan diakhiri dengan jaeni orang terakhir masuk. jaeni sertai mereka dalam makan pagi mereka. mereka tidak makan pagi lagi jadi sekarang baru mereka hendak makan. dan kumpulan yang menang dapat makan makanan yang lebih sedap dari kumpulan kalah.

semasa mereka sibuk makan, jaeni seorang lagi tiada di sana. jaeni kemudian kembali ke gelanggang belakang dan terlihat guanlin sedang bermain bola keranjang berseorangan. jaeni menegur dia apabila dia sedang menjaringkan gol.

" tak nak masuk dalam kah? "

" tak pa lah. lagipun, tak lapar mana pun. " jaeni mengangguk-angguk kepalanya kepada kata-kata guanlin.

" kau pernah main basketball? " soal guanlin tiba-tiba yang membuat jaeni terkejut.

" ahh..tak. tak berapa minat sangat sukan yang banyak bergerak. jaeni lebih kepada sukan macam memanah. " balas jaeni dan guanlin membulat mulutnya.

" nak aku ajar kan? " soal lagi guanlin dan jaeni teragak-agak untuk menjawab kerana dia betul-betul tak bagus dalam sukan macam bola keranjang atau spesifikasi sukan yang melibatkan tangan dan kaki bergerak banyak.

" betulkah? sebab jaeni seriously tak bagus dalam sukan nie. " balas jaeni, memberi amaran terakhir sebelum guanlin mengajar jaeni bermain dan ia adalah pilihan yang teruk kepada guanlin.

💫

hey gais. new update is up! markah exam aq udah keluaq dan setakat nie tiada lagi paper fail lagi 😄 sedng menunggu agama & sejarah aq since dua tu aq main hentam ja jwb 😂 w1 go s3 nk keluaq jumaat nie and jumaat nie cuti 😍 x sabarnya and also minggu depan knowing bros w1 😍

VOTE & COMMENT

26.3.2018 > 8.51PM

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now