selepas sahaja mereka yang pergi ke jepun keluar, yang tinggal di rumah telah adakan masa persendirian mereka bersama-sama. semua pembantu rumah telah balik ke rumah mereka setelah jisung menyuruh mereka balik.
sekarang, mereka berada di depan televisyen sambil menonton rancangan variasi 'Running Man' dengan menikmati ayam dan cola. terbahak-bahak mereka gelak menonton rancangan tersebut.
sewaktu itu, jisung teringat sesuatu dan memberitahu mereka semua.
" gais, hyung ada idea. " semua beri perhatian kepada jisung.
" hyung ada sembunyi duit dalam rumah nie dan ada banyak duit tu. kalau korang jumpa duit tu, duit tu korang punya. " kata jisung dan dengan pantasnya, mereka pergi mencari duit itu.
mereka cari duit itu tidak kira di mana ia berada. di dalam pasu, belakang gambar yang digantung pada dinding, dalam laci yang ada cd, mereka cari sahaja tanpa tidak mengemas semula. dengan tiada minhyun dan pembantu rumah yang sering membersihkan rumah, tiada sesiapa mahu bersihkan rumah mereka.
berjam-jam mereka mencari, tidak menjumpai lalu mereka malas dan jalankan aktiviti mereka masing-masing tanpa membersihkan semak yang mereka lakukan.
woojin telah memesan dua kotak piza untuk dikongsi bersama daniel, seongwoo, jaehwan dan turut juga untuk dirinya.
" hyung, tolong panggil jihoon. dia memang craving nak makan piza sejak kita graduasi dari sekolah. " kata woojin dan seongwoo mengikut arahan woojin.
apabila seongwoo sampai di bilik jihoon, jihoon sedang bermain permainan dalam komputer ribanya.
" jihoon, jom makan. " kata seongwoo dan tiba-tiba, jihoon menutup komputer ribanya dengan kasar dan terus pandang seongwoo dengan garang.
" apa kau kata? " keluar pulak karakter jihoon yang sebenar iaitu manly jihoon yang menyebabkan seongwoo takut dan gementar hingga dia terus meminta diri dahulu dan terus keluar dari bilik jihoon sebelum situasi menjadi semakin buruk. rasanya jihoon tersilap dengar hingga dia menjadi marah tiba-tiba.
seongwoo datang ke ruang tamu semula dan terus duduk tanpa berkata apa-apa. daniel yang duduk di sebelahnya bertanya mana jihoon.
" na-nanti dia mai. " kata seongwoo dan mengambil sekeping piza dan memasukkan ke dalam mulutnya untuk makan. mereka pelik mengapa seongwoo berkelakuan pelik tetiba.
berjam berlalu dan mereka masih mencari duit itu. walaupun ia duit jisung, jisung juga turut mencari tetapi dia sendiri tidak tahu dimana dia letak.
jinyoung sedang menonton televisyen dengan keadaan yang serabai, tidak tahu apa telah jadi kepada rambutnya hingga menjadi begitu. tetiba telefonnya berdering dan dia keluarkan telefonnya dari poketnya. terlihat minhyun menelefonnya menggunakan FaceTime. jinyoung menjawab panggilan itu dan mereka yang menelefonnya terkejut kerana keadaan jinyoung.
" oppa! apa jadi dekat oppa? " soal jaeni.
" kami adakan parti tadi lepas korang pergi. " jawab jinyoung tapi padahal bukannya parti, dia sendiri tak tau apa jadi pada rambutnya. jinyoung terdengar sungwoon berkata sesuatu tapi jinyoung tidak dengar.
jinyoung yang otak kosong sewaktu itu tunjukkan semak yang telah mereka lakukan di rumah kepada minhyun. minhyun menunjukkan reaksi yang terkejut dan mula bertanya pelbagai soalan kepada jinyoung.
jisung yang berada berdekatan dengan jinyoung soal jinyoung apa dia sedang lakukan.
" FaceTime dengan minhyun hyung. " jawab jinyoung dan tetiba jisung menjadi panik dan menyuruh jinyoung tutup FaceTime mereka. jinyoung keliru mengapa mahu tutup.
" kalau dia nampak semak nie, mental breakdown dia. tak pasal-pasal dia terbang mai korea balik and lempang kita semua. dia dah lah hygiene tinggi. " jawab jisung dan jinyoung baru teringat. minhyun tidak suka lihat keadaan yang kotor seperti ini terutamanya di rumahnya sendiri.
" hyung, ja-jap ehh. cal-call balik. " kata jinyoung dan tutup panggilan itu sebelum minhyun berkata apa-apa.
----
selepas mereka makan di restoran, mereka kembali ke hotel mereka untuk berehat. jaeni orang pertama mandi sebelum lagi tiga mandi. jaeni memakai pakaian yang selesa selepas mandi.
jaeni perasan daehwi di atas katil kongsi mereka yang sedang berbaring lalu terus lompat atas badan daehwi yang menyebabkan daehwi mengerang kesakitan.
" sakitnya perut aku! " rungut daehwi yang kesakitan manakala jaeni cuma tertawa sahaja melihat daehwi kesakitan.
" mian. " maaf jaeni dan daehwi maafkan jaeni begitu sahaja. daehwi duduk di sebelah jaeni yang sedang baring itu.
" so, enjoying yourself in japan? " soal daehwi dan jaeni angguk kepalanya.
" tak sabar apa kita nak buat esok. jaeni nak sangat makan takoyaki. " kata jaeni yang menunjukkan muka kegembiraannya nanti ketika dia akan makan takoyaki tersebut.
" relax, rookie. esok kita akan ke tempat yang menarik hingga jaeni rasa tak mahu tinggalkan tempat tu. " kata daehwi dan membuat jaeni semakin tidak sabar untuk esok.
bukan sahaja dia dapat ke jepun, turut menikmati kegembiraan itu bersama dengan ahli keluarganya.
💫
hey! new update and aq x ke sekolah hrinie 😂 aq tetiba x dak mood nk ke skolah, rsa mcm nk homeschool ja skrng. khamis nie paper 3 sejarah and aq msih x belajaq apa² lagi 😅 kat atas, ada part ong and jihoon enn, klu korng x tau mna dtngnya tu, depa prnh kata kata at vlive depa sebelum nie.
VOTE & COMMENT
23.4.2018 > 11.26AM
YOU ARE READING
Brothers ↻ Wanna One √
Fanfiction❝ ada 11 adik-beradik boleh buat kau gila. ❞ © jungwoned 2017