sepanjang hari selasa iaitu hari parti mereka, mereka tidak berhenti berehat kerana hendak menyediakan parti mereka. jaeni turut menolong mereka ; dia tolong jaehwan sediakan makanan.
" yah, jangan makan. tu untuk parti. " tegur jaehwan apabila ternampak jaeni mencuri-curi makan makanan untuk parti mereka.
" ada banyak lagi kan. relaks lah. " kata jaeni dan sekeping keropok memasuki ke dalam mulutnya.
" tapi jaeni tak boleh dipercayai. makan sikit-sikit, lama-lama ti tinggal mangkuk ja. " kata jaehwan dan jaeni teringat semula memori lama dimana dia makan popcorn sedikit demi sedikit dan lama-lama tinggal kotak ja.
" sikit ja. " kata jaeni dan ingin ambil lagi tapi dihalang kerana jaehwan memukul tangannya daripada mengambilnya.
tetiba, lari seorang manusia yang melintasi mereka dengan laju. kedua-dua jaeni dan jaehwan tidak tahu apa yang sedang berlaku.
kemudian, datang woojin dengan kelam-kabut dan tercungap-cungap kerana baru lepas lari.
" mana dia? " soal woojin kepada kami berdua. rasanya dia sedang cari manusia yang baru melintasi mereka tadi.
" rasanya pi sembunyi dalam tandas. " jawab jaehwan. woojin terus berlari ke tandas dengan cepat.
" YAH ONG SEONGWOO! KELUAR SEBELUM TALI NIE JADI MANGSA KAU! " jerit woojin dengan kuat dan dalam suara garangnya. jaeni tergelak melihat woojin ; terhibur dengan gelagat woojin dan seongwoo.
" so apa progress untuk makanan kita? " soal puan jung yang sedang memeriksa semua ahli supaya mereka sedang lakukan kerja, tidak seperti woojin dan seongwoo yang sedang gusti sesama sendiri.
" berjalan dengan lancar. tapi boleh belikan satu paket kecil keropok untuk jaeni tak sebab dia dok makan makanan nie.. " kata jaehwan dan lengannya dipukul lembut oleh jaeni.
" okay, saya akan belikan. " kata puan jung dan jaeni menghalang dia belikan.
" kenapa pulak tak? jaeni, saya dah kenal kamu hampir lima bulan dah and takkan lah saya tak tahu perangai kamu macam mana. bila lapar ja, mesti takkan berhenti makan. " kata puan jung dan jaeni malu akan penyataan tersebut tetapi ia benar. puan jung kemudian berlalu pergi dan periksa ahli-ahli yang lain pulak.
" oppa, napa kita kena buat parti nie? adakah ia wajib? " soal jaeni kepada jaehwan. dia masih keliru mengapa mereka perlu lakukan parti setiap tahun, seperti apa yang daniel katakan tempoh hari.
" apa yang oppa akan jawab nie tidak semestinya betul tapi oppa dengar dari member yang lain kata. " kata jaehwan dan jaeni berikan sepenuh perhatiannya kepada jaehwan. makanan tetap memasuki ke dalam mulutnya walaupun matanya sedang tertumpu kepada orang.
" 7 ogos adalah tarikh dimana bapa daniel meninggal dunia. " kata jaehwan dan jaeni agak terkejut dengan info yang telah dia dengari dari jaehwan.
" so dia buat parti nie untuk sambut tarikh kematian bapa dia setiap tahun? " soal jaeni dan jaehwan angguk kepalanya.
" tapi oppa tak tau betul ka tak but yang oppa dengar dari member lain, terutamanya sungwoon. " kata jaehwan yang tidak pasti tentang info tersebut. ia sudah lama diketahui olehnya tetapi dia tiada keberanian untuk bertanya pada daniel. takut ia akan membuat daniel sedih kerana mengingatkan tentang ayahnya.
tetiba, sepaket keropok telah dilempar ke muka jaeni secara kejutan yang membuat jaeni terkejut sehingga dia melatah.
" aish, daniel oppa! " jerit jaeni apabila mengetahui bahawa daniel yang melemparkan keropok itu. nasib lah makanan dia lempar. kalau batu, kejar hingga hujung dunia nanti.
selama jaeni tinggal bersama dengan mereka semua, jaeni cuma pandang daniel sebagai seorang pemuda yang mempunyai perangai seperti budak-budak tapi bila datang tentang perkara serius, dia akan mengendalikannya secara profesional.
tapi apabila mengetahui dia sering menyambut tarikh kematian ayahnya membuatkan pandangan jaeni terhadap daniel berubah. disebalik gelakkan dan senyuman dia, ada juga perasaan sedih. dia mesti rindunya ayahnya sehingga dia sering sambut tarikh kematian ayahnya.
" yah park woojin! kau datang sini sebelum aku pulak cekik kau! " jerit seongwoo sambil kejar woojin yang telahpun cabut lari daripada ditangkap oleh seongwoo. ahli-ahli lain tergelak melihat gelagat mereka.
💫
happy 1st anniversary to wanna one! woohoo! dah setahun wanna one kita sejak debut. aq rsa mcm bangga yg aq seorang wannable. tanpa depa dlm hidup aku, rsanya acc nie takkan menjadi sebesar nie. thanks kepada semua yg telah support wanna one sejak mula lagi. korng terbaik. jom kita spend time kita dgn wanna one sebelum mereka disband ❤
VOTE & COMMENT
7.8.2018 > 5.35PM
YOU ARE READING
Brothers ↻ Wanna One √
Fanfiction❝ ada 11 adik-beradik boleh buat kau gila. ❞ © jungwoned 2017