스물셋 🌼

1.9K 243 16
                                    

masa berjalan dengan cepat sekali dan sudah pukul 11 malam. tidak silap jaeni, maknae line dikehendaki balik pada waktu ini tetapi mereka tidak sampai lagi. mungkin mereka beri maknae line duduk lama-lama kat sana.

jaeni sedang bermain dengan gitar yang dia bawa bersama. sambil itu, dia cuba untuk reka lagu tetapi gagal kerana dia tidak tahu ayat apa patut dia gunakan. dia keluarkan telefonnya dan cari lirik gitar yang boleh dia lakukan.

tiba-tiba, jaeni terdengar ketukan di pintu biliknya. jaeni meletak gitarnya dan pergi periksa siapa di luar. terlihat ia jinyoung yang kelihatan tidak bermaya. apabila dia ternampak jaeni di depannya, dia terus memeluk jaeni.

jaeni tidak tahu apa yang berlaku kepadanya hingga dia peluk jaeni dengan erat. jaeni membawa jinyoung yang masih memeluknya ke dalam bilik mereka.

" jinyoung, apa jadi pada kau? dan..sniff bau apa nie? macam arak.. " kata jaeni yang membau udara seperti arak dari jinyoung. jinyoung masih tidak melepaskan pelukan mereka.

jaeni cuba untuk meletak jinyoung di atas katilnya tetapi gagal dan menyebabkan dia juga terbaring atas katil jinyoung bersama jinyoung sendiri. dia mahu melepaskan pelukan itu tetapi makin lama dia cuba, makin kuat pelukan itu.

jaeni tiada pilihan untuk biar sahaja dan terbaring atas katil jinyoung dengan keadaan begitu. jaeni masih tidak mengantuk jadi dia tidak tidur apabila baring atas katil. dia pandang jinyoung dan kelihatan dia sudah tertidur. what? this guy is kidding with me...

jaeni cuba gerakkan jinyoung tetapi gagal. aku ingatkan budak nie senang bangun. terpaksa dia dalam keadaan begitu hingga jinyoung bangun. muka mereka betul-betul dekat antara satu sama lain. jika jaeni gerak lagi, mungkin bibirnya akan menyentuh bibir jinyoung. jadi, jaeni tidak gerakkan kepalanya.


jaeni pandang saja muka jinyoung. dia sebenarnya amat kacak dari jarak dekat sebegini, tidak mungkin budak nie seorang yang pendiam. jaeni pandang setiap sudut muka jinyoung ; mata, hidung, mulut dan saiz mukanya. muka dia teramatlah kecil.

ini membuatkan jaeni mengantuk kerana melihat muka jinyoung terlalu lama. tidak lama kemudian, jaeni terus tertidur dalam pelukan jinyoung.

-

keesokan harinya tiba dan jaeni terjaga dengan alarm-nya. sudah pukul 7 pagi. masa untuk bangun. apabila dia membuka matanya, dia teringat yang dia masih dalam pelukan jinyoung.

dia cuba untuk bangun tapi jinyoung tidak mahu lepaskan jaeni. terpaksa jaeni duduk dalam keadaan itu untuk sementara sehingga jinyoung bangun.

jaeni pandang sahaja mukanya. oh jinyoung. bila lah kau nak mula bercakap dengan aku seperti seorang manusia? kau nie diam sangat lah. kau patut cakap lebih, baru semua orang nak berkawan dengan kau.

" aku cakap lah. cuma..pemalu sikit. " kata jinyoung tiba-tiba. alamak! aku cakap kuat-kuat lak! jap, dia bangun selama nie?

jaeni terus menumbuk perut jinyoung hingga dia lepaskan jaeni. jinyoung mengerang dengan kesakitan kemudian. jaeni pulak terus berdiri dari katil.

" tu sebab kau tak nak lepaskan aku. " kata jaeni sambil memuncung bibirnya dengan marah. kemudian, jaeni terus masuk bilik mandi untuk mandi. jinyoung menyesal apa yang dia telah lakukan tadi.

-

" baiklah semua. semua dah ada? " tanya puan jung dan mereka menjawab dengan tidak kerana masih ada orang belum turun dari bilik mereka. sekarang, mereka sedang bersiap sedia untuk menerokai thailand.

sekarang juga, jinyoung sedang cuba memujuk jaeni untuk tidak merajuk dengan dia kerana apa yang berlaku tanpa pagi.

" please jaeni. maafkan aku. " maaf jinyoung atas kesalahannya tetapi jaeni masih tidak mahu memaafkan jinyoung.

" guys, apa sedang berlaku? " datang daehwi dengan jihoon, melihat apa yang sedang berlaku kepada jaeni dan jinyoung.

" tanya dia sendiri. malas aku nak cakap. " kata jaeni dan berlalu pergi duduk sebelah sungwoon di sofa sana. daehwi dan jihoon memandang jinyoung dan membuat muka yang menunjukkan suruh jinyoung terangkan apa yang berlaku kepada dia dan jaeni.

mereka tidak mahu jaeni bermuka masam sepanjang mereka di thailand ini. mereka mahukan jaeni yang gembira, bukan jaeni yang sedih.

---

hai gais. update baru. sorry sbb aku lambat update. aku malas lah nak post walaupon bnyak bab dah aku buat. anyways, sekolah dah nak start! ampa semua dah ready ka? aku tau aku tak 😂 also bahagian bawah chap nie agak merepek sikit so pls bare with me fam 😂

VOTE & COMMENT

26.12.17 > 7.28PM

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now