chapter 2

392 21 1
                                    

Hana dan Syasya menghabiskan makanan mereka tepat waktu bunyi loceng yang menyatakan rehat sudah habis. Semasa mereka berjalan untuk masuk ke kelas semula mereka terlihat Uwais bersama seorang perempuan. Hana perhati akan telatah dua insan tersebut. Sakit gila hatinya. Bukan main mesra nampak. Tetapi setahu Hana, Uwais tidak mempunyai teman istimewa.

Jangan ditanya macam mana Hana tahu yang Uwais tidak ada teman istimewa. perempuan kan pakar bab stalk menstalk ni. Punya la Hana sanggup buat fake account instagram, facebook, snapchat dan twitter semata-mata nak follow si Uwais ni tanpa Uwais mengetahui tentang identiti sebenar dirinya.

" Ish tak kot" desis hati Hana sambil memperlajukan langkah kakinya untuk ke kelas. kalau lama lama tengok adegan tu mau bergegar satu bangunan tu dengan amukan dia.

"kau ni jalan apa laju sangat ! sabar la sikit, kita baru lepas makan kot. Agak-agaklah nak bersenam pon" Tegur Syasya yang geram dengan kawannya meninggalkannya di belakang.

Selepas Hana dan Syasya masing-masing duduk tempat mereka baru Uwais masuk dalam kelas. Tempat duduk Hana dan Syasya di belakang sekali. Manakala tempat duduk Uwais di depan sekali di sebelah kiri yang berdekatan dengan pintu kelas. Uwais duduk di sebelah Marwan yang merupakan kawan baiknya sendiri.

Dari jauh Hana perhatikan gelagat Uwais yang tersenyum senyum menceritakan sesuatu kepada Marwan.

Hana merasakan hatinya sakit sangat kalau perkara yang dilihatnya sebentar tadi betul. Hana mula tidak menumpukan perhatiannya di dalam kelas semasa guru sedang belajar.

Tamat sahaja persekolahan Fariha datang ke meja Hana.

"Weh Hana, Syasya nak join kita orang semua pegi lunch dekat kedai pak Man depan tu tak ?"

"semua orang pergi ka ?"

"ha'ah satu kelas nak pergi, lagipun kelas kita bukannya ramai pon da 15 orang je "

" emm aku rasa tak kot " balas Hana kerana dia rasa macam tak nak tengok muka Uwais sekarang ini.

" alaaaaaa jom la Hana, aku dah lama tak makan char koteow dekat kedai Pak Man tu" ajak Syasya sambil menarik-narik tangan Hana dengan gaya yang tergedik-gedik

Kesian pulak dia dekat Syasya. Disebabkan lelaki, dia sanggup menyakiti perasaan kawannya. Tidak apa Hana kau boleh hadap mamat tu walaupun dia sakitkan hati kau. Hahahaha Uwais pon tak tahu perasaan dia tiba tiba ja Uwais dipersalahkan. Siapa suruh kau pendam sangat perasaan kau kan dah terlepas. Dengus Hana dalam hati.

"emmmm ok lah, tapi aku kena bagitahu ibu aku dulu la"

" ok kami tunggu korang dekat sana tau, jangan lambat pulak "


hehehe macam mana chapter kali ni ok tak ? kalau ada benda yang nak author improvekan just komen ok. komen korang amat diperlukan untuk memperbetulkan penulisan author yang tak seberapa ni. do comment and vote ya .. love you alls

Aku Pilihan DiaWhere stories live. Discover now