"Anak ibu nak makan apa hari ni?" tanya puan Helena
"Ibu tolong masakkan ikan patin masak tempoyak boleh? Hana teringin la"
"Hana kan tak makan durian. Dulu punya la merungut busuk la apa la"
"entah la ibu.. Hana rasa macam tekak teringin sangat tempoyak sedangkan Hana tak pernah rasa pun tempoyak tu.. Hana pelik ka ibu?"
"eh tak laa memang macam tu kalau mengandung.. benda pelik pelik yang dimintanya"
"ibu tolong buatkan ekk" pesan Hana lagi sambil mendakap lengan ibunya persis kucing minta ikan
"Dah dah sekarang anak ibu pergi naik mandi solat apa semua nanti dinner kita makan ikan patin masak tempoyak ok?" kata Puan Helena sambil mengusap pipi anak tunggalnya.
Semasa Hana mendaki tangga, Puan Helena memerhati setiap pergerakkan Hana. Hubungan anaknya dengan Uwais masih lagi dingin. Uwais terpaksa ulang alik dari tempat kerjanya ke rumahnya untuk memantau keselamatan Hana yang berbadan dua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Sedapnya bau ibu !! terliur Hana" jerit Hana keriangan apabila melihat lauk yang dipesan tadi ada di depan mata
"Makan la sayang oi.. ibu masak untuk cucu ibu dalam tu jugak"
"terima kasih ibu. tolong masakkan untuk Hana"
"eh siapa kata ibu masak untuk Hana? ibu masak untuk cucu ibu dalam tu"
"amboih belum keluar lagi dah jadi kesayangan, nanti bila dah keluar Hana pun ibu tak pandang dah" balas Hana dengan wajah yang cemberut
"Tak apa ayah kan ada" balas Tuan Elman
"yeayyyy ayah the best" balas Hana persis budak budak
"eh Hana Uwais balik daripada Singapore malam ni kan?" tanya Tuan Elman lagi
Terus muka Hana berubah. daripada ceria kepada masam. Entah dia sendiri tidak pasti apabila terdengar nama Uwais hatinya akan terusik. Sudah seminggu Uwais pergi Singapore atas dasar pekerjaan.
Walaupun Uwais tiada, Uwais kerap meniggalkan pesanan ringkas melalui whatsapp atau call itupun tak pernah lebih daripada seminit kerana Hana kalau boleh nak elak daripada bercakap dengan Uwais.
"Ya kut. Ibu tolong sendukkan nasi... lapar laa" rengek Hana
"nah nah... makan banyak banyak untuk cucu ibu" Kata Puan Helena sambil menyendukkan nasi ke pinggan Hana
Tuan Elman hanya menggelengkan kepala melihat telatah anaknya. Dia tahu ada sesuatu yang menganggu rumah tangga anak menantunya tapi biarlah mereka sendiri yang selesaikannya. Kalau tak takkan la Si Hana ni nak tinggal di rumah ibu bapanya sejak sebulan lalu kalau tak ada masalah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"anak ibu membesar elok elok tau dekat dalam tu.. Ibu sayang anak ibu" kata Hana sambil mengusap lembut perutnya yang sudah nampak benjolan kecil.
Tak sangka cepat betul masa berlalu, kandungannya sudahpun berusia 3 bulan.
tiba-tiba perbuatan Hana yang sedang bercakap dengan perutnya terhenti kerana ada seseorang memasuki biliknya. Orang itu ialah Uwais.
Hana tak tahu sama ada dia gembira atau sedih atau marah semua berceramuk hatinya sekarang. Gembira kerana dapat lepaskan rindu melihat wajah Uwais. Sedih kerana teringat kembali perbuatan Uwais kepadanya. Marah kerana tidak dapat memafkan Uwais sehingga sekarang.
"Sayang sihat?" tanya Uwais sambil melemparkan senyuman yang paling manis kepada Hana
Sepi sahaja balasan daripada Hana
Uwais terus memeluk Hana. Dia terlalu rindu dengan isterinya. Dia tahu Hana akan menolaknya tapi dia tetap nak peluk Hana walaupun sekejap.
Hana terus mengerakkan badannya untuk melepaskan pelukan Uwais.
"Tolong sayang. Kali ni je... Abang rindu sangat dengan sayang.. kejap je lepas seminit abang lepaskan"
Hana hanya membatu dalam pelukan Uwais. Dia sendiri merasa senang diperlakukan sebegitu tetapi kerana ego dia terpaksa menidakkannya.
"its over one minute now" Hana terus melepaskan pelukkan Uwais.
Hana berlalu untuk keluar daripada biliknya tapi sempat ditahan oleh Uwais.
"sampai bila kita nak macam ni sayang?" Tanya Uwais sambil memegang bahu Hana supaya menghadap mukanya.
"Sampai bila bila"
"Sayang memang dah tak sayangkan abang ke?"
Hana tidak membalas
"answer me Hana Eliana"
"Ya saya dah tak sayangkan awak"
"Takkan disebabkan masalah Najihah sahaja sayang sanggup lupakan cinta sayang dekat abang?"
"its not about Najihah its about you! Awak tak pernah langsung nak dengar apa pendapat saya, langsung tak faham saya, then bila masalah dah jadi teruk awak dengan baran awak tampar saya.
Awak nak apa sebenarnya ha? tak cukup lagi ka awak seksa hati saya dari dulu sampai sekarang sudah lah Uwais... saya dah letih dengan permainan awak"
"Abang tak pernah mainkan sayang. I love you so much sayang. Abang tersilap langkah sikit je sayang, sebab melayan Najihah lebih daripada sayang. Abang menyesal sayang. Maafkan abang"
" I just cant.."
"why.. bagitahu abang why.." Uwais mengusap lembut pipi Hana untuk menyalurkan kekuatan kepada isterinya untuk berterus terang apa yang menganggu fikiran Hana.
Apabila Uwais melihat Hana seakan tenggelam dalam belaiannya. Uwais terus mengucup lembut bibir Hana. Beberapa ketika, Uwais Tidak meyangka yang Hana akan membalas ciumannya. Uwais merasakan hari inilah hari yang dinanti-nantikan olehnya.
Hana sendiri tidak pasti kenapa dia merelakan perbuatan Uwais. Yang dia tahu Hatinya menginginkannya tetapi kepala menidakkannya. Namun Hana memilih untuk mendengar kata hatinya dengan terus hanyut dalam belaian Uwais.
Malam itu terlerailah dendam rindu sepasang suami isteri.
emmmm sambung esok lah ye hahahaha😝. jangan lupa vote and comment tau. XOXO 😍
YOU ARE READING
Aku Pilihan Dia
RomanceHana Eliana merupakan seorang anak tunggal yang manja kepada kedua ibu bapanya iaitu Prof Helena dan Dr. Elman. al maklumlah anak tunggal. Sikapnya yang peramah dan senang dibuat kawan menyebabkan ramai gemar berkawan dengannya. Tetapi hana ni seor...