Hana bersandar di kerusi kerjanya seketika, jarinya di patah-patahkan dan lehernya diurut seketika. Letih sungguh dia hari ini. Banyak pesakit yang datang ke klinik sampai tak menang tangan dia dan staffnya melayan pesakit. Masuk hari itu, sudah sebulan peristiwa Uwais Farhim datang kembali kepadanya setelah 8 tahun.
Setiap hari ada sahaja bunga ataupun hadiah yang dikirimkan oleh Uwais kepada dirinya melalui budak penghantaran. Dia langsung tidak rasa teruja dengan perbuatan Uwais. Bila dah jadi macam ni baru nak cari balik. Dengus Hana dalam hati.
Hana sudah tekad, dia akan menyerahkan segalanya kepada ibunya. Umurnya bukan muda lagi jadi dia akan menyerahkan perihal jodohnya kepada ibunya. Lagipula itu sahaja jalan yang boleh dia lakukan untuk melarikan diri daripada Uwais. Mungkin ibunya tahu perkara yang terbaik untuk anaknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" ibu...." Panggil Hana
" ya sayang"
" Hana dah fikir masak-masak, Hana setuju saja dengan siapa yang ibu nak jodohkan untuk Hana"
" betul ni Hana?! " terjerit ibunya apabila mendengar Hana berkata begitu. Teruja sungguh kedengarannya
" Ya ibu, Hana tahu pilihan Ibu lebih tepat berbanding pilihan Hana sendiri"
"Memang itupun yang ibu nak cakapkan sebab ibu ada jumpa seseorang yang sesuai untuk Hana"
" ibu pilih la ye. Kalau dah jumpa just bagitahu Hana ok"
"terima kasih anak ibu"
"sama sama"
Lega. Itulah perkataan yang Hana rasakan sekarang. Tidak perlu lagi dia pusing kepala memikirkan perihal jodoh. Baginya pada umur begini dia tidak perlu memilih lagi. Dia serahkan semuanya pada Tuhan agar jodoh yang dia akan miliki nanti di kalangan orang yang soleh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Hana ibu dah carikan calon suami untuk kamu" kata Ibunya sambil menyerahkan sampul surat
" dalam itu ada gambar calon suami kamu, kalau kamu berkenan dorang nak datang merisik minggu depan"
Hana memberi kembali sampul yang ibunya beri tadi
" tak apa ibu, siapa pun dia, Hana terima. Hana harap pilihan ibu yang terbaik"
Terus Hana melangkah naik ke biliknya. Dia ingin melakukan solat sunat untuk meminta petunjuk agar pilihan yang dilakukan oleh ibunya adalah tepat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sudah tiga hari berturut-turut Hana melakukan solat istikharah dan muka yang dia lihat hanya samar-samar. Dia berserah sahaja pada Yang Esa agar pilihan ibunya ialah benar benar memang ditakdirkan untuknya.
Lagi berapa hari sahaja lagi dia akan menjadi tunangan orang, pihak lelaki akan menghantar rombongan merisik sekali gus langsungkan pertunangan.
Itu yang ibunya katakan kepadanya dan Hana hanya menyerahkan segalanya kepada ibunya.Sejak sejak dia dikhabarkan menerima untuk dirisik, Uwais langsung tidak menganggunya lagi, mungkin sudah penat mengejarnya. Segala pesanan ringkas daripada Uwais langsung tidak dibalas oleh Hana sebelum ini.
Dia juga faham lelaki juga ada ego mereka tersendiri. Biarlah, Uwais hanyalah masa lalunya dan dia berharap tunangannya akan menjadi lelaki masa hadapannya di dunia dan akhirat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ini merupakan hari yang penting, iaitu hari di mana dia akan menjadi tunangan orang. Ya Allah tuanya aku, umur 28 baru nak jadi tunang orang. Bebel Hana dalam hati
Dia di solek oleh Syasya hari ini, dia saja malas nak panggil tukang make up mahal mahal. Buat habis duit je, tunang aja pon. Lagipula dia nak Syasya sentiasa ada dengannya di hari yang penting ini. Suami dan anak Syasya juga ikut kembali.
Syasya kahwin dua tahun lalu dengan pilihan hatinya sendiri iaitu Faizul Helmi senior universitinya sewaktu dia buat degree. Sekarang pun Syasya dah berkejaya sebagai pendidik di sekolah Hj. Ahmad Said dekat dengan rumahnya sahaja.
Manakala suaminya juga seorang pendidik di Universiti Swasta. Mereka juga dikurniakan seorang bayi yang comel sangat iaitu Rhaina Irdina mukanya sebijik ikut ayahnya. Kadang-kadang Syasya sering merungut dia yang melahirkan anaknya tetapi muka lakinya juga yang keluar. Hahaha.
"cantiknya kawan aku ni, kau takkan tak tahu siapa tunang kau weh?"
"emmm aku tak tahu langsung, aku serahkan semuanya dekat ibu aku"
"kau ni kahwin bukan untuk sehari dua tau, kahwin ni untuk selama lamanya. Kau yakin ke dengan pilihan ibu kau"
" aku yakin sangat Sya, aku bukannya muda lagi, kau pun dah kahwin takkan kau tak nak tengok kawan kau kahwin"
" aku bukannya tak nak tapi bila kau buat keputusan tak nak ambil tahu siapa lelaki yang akan kau kahwin nanti buat aku takut. Ye la mana kita tau asal usul lelaki tu kan"
"ibu aku tahu kot, tak pa lah. lagipun aku lebih suka bercinta lepas kahwin daripada bercinta sebelum kahwin yang asyik buat dosa kering ja"
"ikut kau la Hana oi, asalkan kau bahagia. Aku doakan yang terbaik untuk kau"
tokk tokk tokk. ketukan di pintu bilik Hana bergema.
"Hana, rombongan sebelah lelaki dah sampai" kata Ibu
Masa itu mahu sahaja jantungnya macam nak loncat keluar tingkap sebab gelabah sangat.
"Nanti bila dah selesai berbincang baru ibu dan bakal mertua kamu masuk ye. Kami nak bincang pasal tarikh majlis korang bila. Jangan pergi mana mana pulak ye" balas ibu Hana dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Suka sungguh nak dapat menantu. Lagipula pilihannya sendiri.
"Baik ibu" balas Hana dengan nada yang lemah.
" Eh apa masa-masam ni, kau dah nak jadi tunang orang tau, aku makeupkan kau punya la cantik pergi buat muka masam pulak." bebel syasya tak henti henti
"Sya.. aku takut. Kalau aku nak lari sekarang boleh tak?
"eh kau jangan nak buat celaru badak boleh tak? kau ingat jumpa famili macam ni main main ka? dah dah kau banyakkan selawat dan berzikir sekarang. Bagi tenang sikit hati kau tu."
Hana tak tahu kenapa dengan dirinya tapi yang dia tahu dia rasa macam nak lari daripada rumah. Ya Allah buangkanlah rasa ragu-ragu dalam diriku. Doa Hana dalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ibu membuka pintu untuk mebenarkan Ibu pihak lelaki memasuki bilik Hana. Pertunangan Hana dilakukan secara bersederhana tiada pelamin macam Artis artis dan orang zaman sekarang lakukan. Baginya bersederhana lebih bagus walaupun dia mampu membuat lebih daripada itu.
Hana tidak memanggung kepala langsung semasa bakal ibu mertuanya memasuki bilik. Dia gementar ya amat sangat. Syasya di sebelahnya dah menyiku nyiku tangannya supaya panggung kepala melihat bakal ibu mertuanya.
"weh kenapa mak Uwais yang masuk" bisik Syasya di telinga Hana
Syasya amat kenali mak Uwais kerana mak Uwais pernah datang ke sekolah untuk mengambil report kad setiap kali perjumpaan ibu bapa dilakukan. Walaupun telah lama berlalu, tetapi dia masih ingat raut wajah mak Uwais yang macam cina cina sikit tu.
Selepas mendengar bisikan daripada Syasya, Hana terus memanggungkan kepalanya.
Ya Allah, aku harap ni semua mimpi.
yeayyyyyy finally habis juga chapter ni. punya la susah nak karang. by the way hope you guys enjoy this updat. lots of love . dont forget to comment and vote yaa 😍
YOU ARE READING
Aku Pilihan Dia
RomanceHana Eliana merupakan seorang anak tunggal yang manja kepada kedua ibu bapanya iaitu Prof Helena dan Dr. Elman. al maklumlah anak tunggal. Sikapnya yang peramah dan senang dibuat kawan menyebabkan ramai gemar berkawan dengannya. Tetapi hana ni seor...