Chapter 27

346 9 0
                                    

Sesampainya Hana di bilik tangisannya tidak dapat di tahan lagi. Segala kesedihannya di hambur keluar. 

"Papa dah tak sayang kita baby, baby sahaja kekuatan ibu. Ibu tak tahu kalau baby tak ada apa yang akan jadi dekat ibu" monolog Hana sambil mengusap perutnya yang sedikit membuncit. 

Namun Hana terpaksa berhenti perbuatannya kerana Uwais masuk ke dalam kamar mereka. Sisa air matanya pantas diseka. Dia tidak mahu kelihatan loser di hadapan Uwais.

"Sayang please dengar penjelasan abang?" kata Uwais sambil duduk di sebelah Hana 

"penjelasan apa lagi abang? abang lebih memilih najihah daripada Hana. That's it" Nak kata aku gila perhatian ka, jaelous ka apa ka suka hati la. Uwais Farhim memang hak aku, suami aku yang sah. Dia seharusnya mengutamakan aku bukan perempuan tu.

"Bukan sayang, abang tak sengaja, abang minta maaf ya sayang"

Hana hanya membatu, kemaafan yang dipinta oleh Uwais hanya dibalas sepi

"kita dah lain kan abang? kita dah semakin jauh semenjak kehadiran Najihah dalam kehidupan kita"

"apa yang sayang merepek ni ? tak ada yang lain pun la"

Hana hanya tergelak sinis dengan kenyataan yang diberi oleh Uwais. 

" Abang mana tahu sebab abang yang berubah, semuanya abang utamakan Najihah. Hana ni siapa di mata abang sebenarnya?" 

Ya Semua Uwais utamakan Najihah. Ada hari tu dia ajak Uwais teman dia pergi shopping tapi Uwais kata dia busy padahal dia boleh pula temankan Najihah pergi Shopping kerana dia ternampak mereka berdua di Mall yang sama. Lepastu kes lunch pula sering terserempak dorang makan berdua tapi Hana diamkan sahaja. Kali ini kes Birthday Uwais pula.  

"Sayang cakap apa ni? Youre my wife. one and only. Najihah, abang anggap macam adik saja. Lagipun sayang pun tahu kan Maktam dah beri amanah kepada abang untuk menjaga Najihah sebaiknya."

"Ya jaga amanah daripada maktam melebihi amanah daripada Allah, isteri abang"

" sayang ni kenapa makin tak hormat abang? Kenapa tiba-tiba nak cari pasal"

"Sudah la abang, Hana letih sangat hari ni, letih tunggu suami Hana balik dari pejabat daripada petang tadi lagi. Hana nak tidur" Hana terus membaringkan badannya membelakangi Uwais. 

Kali ini hatinya hancur selumat-lumatnya kerana rahsia yang telah dia simpan selam 3 minggu semata mata untuk menjadi hadiah hari jadi suaminya tidak menjadi. Sedih hati yang dia rasakan. 

Bagi Hana kalau orang dah tak peduli dekat kita bagi berita gembira pun macam dapat berita tak gembira sahaja. Biarlah rahsia kehamilannya dia sahaja yang tahu. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seminggu sudah berlalu sejak tragedi Hari Jadi Uwais. Hubungan mereka masih hambar. Hana sebolehnya akan balik selambat yang mungkin kerana dia akan singgah rumah ibu bapanya dahulu.

Selalunya lepas maghrib baru dia pulang. Walaupun Uwais ada menyatakan yang dia tidak bersetuju Hana sering pulang ke rumah ibu bapanya, Hana tetap dengan pendiriannya. Dia malas nak tengok muka mereka berdua. Menyakitkan hati sahaja.

"sayang mari la makan dulu, Najihah dah masakkan sarapan ni"

"saya tak lapar" langkah kaki Hana terus menuju keluar rumah.

Begitulah harinya bermula setiap hari. Baginya selagi Najihah tak keluar daripada rumah itu. Sampai bila bila hubungannya dengan Uwais akan dingin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ni Hana pulang awal sikit. Saja nak balik awal untuk solat maghrib dekat rumah sahaja

Sepulangnya Hana daripada klinik, dia melihat rumahnya sunyi. Padahal ada saja dua kereta di garaj tadi. Pelik

Naik sahaja di tingkat atas dia melihat pintu bilik Najihah sedikit terbuka. Dia mengintai untuk melihat jika ada benda buruk terjadi.

Ya memang benda buruk pun. Sebab Hana melihat Uwais dengan Najihah berpelukan di atas katil. Melampau

"Assalamualaikum" jerit Hana kuat untuk menyentak perbuatan dua penyangak itu.

"eh sayang? Awal balik ?" tanya Uwais sambil kalut berdiri dan berjalan ke araah Hana.

"kalau balik lewat mesti tak sempat nak tengok drama akasia kan ?" tanya Hana dengan nada yang sarkastik

"abang tak buat apa apa pun la. Cuma tenangkan Najihah saja. Dia menangis tadi"

"Kan bagus kalau JAIS datang boleh kahwin free. Tak payah buat dosa lagi dah " balas Hana lalu mempamitkan diri. Malas dia nak tengok muka Uwais. Makin menjadi jadi perangai suaminya itu.

Hana terus mengerjakan solat maghrib dan mengaji sedikit sementara tunggu isya.

Selesai sahaja mengerjakan solat isya' Hana dikejutkan dengan kehadiran Uwais di atas katil.

Semasa Hana melipat sejadah dan telekung Uwais menarik tangan Hana.

"Sayang, we need to talk"

"cakap je"

"pandang abang" kata Uwais sambil meragut telekung di tangan Hana dan letak di atas katil lalu memegang pipi Hana supaya Hana melihatnya

"cakap la" balas Hana sambil melawan anak mata Uwais

"Abang bukan peluk Najihah saja saja, abang cuma nak tenangkan dia ja. Trust me not other than that"

"yang tu je?" 

"I need you to believe me" 

"nak percaya apa nya, Hana nampak depan mata kut. Bukannya orang lain yang rekakan cerita"

"Tapi abang buat benda tu bersebab"

"apa pun sebab awak tak akan menghalalkan cara " Balas Hana sambil memalingkan mukanya

" Hana dah tak sayang abang ke?" tanya Uwais sambil mengusap pipi Hana

"hahahaha awak buat lawak apa ni Uwais Farhim. Siapa yang tak sayang siapa ni" kata Hana sambil menepis tanagn Uwais yang berada di pipinya

" kenapa awak dah berubah Hana, sekarang cakap dengan abang pun macam nak gaduh je"

"tanya diri awak sendiri Uwais, apa yang awak dah buat dekat saya sepanjang Najihah stay dengan kita, awak layan saya tak lebih daripada tunggul. Siapa sebenarnya isteri awak? saya atau Najihah" 

"kenapa sayang tak puas hati sangat dengan Najihah?" suara Uwais sudah naik satu oktaf. Dia tak faham kenapa Najihah yang perlu dipersalahkan 

"Apa awak rasa bila saya peluk dengan lelaki lain even dia sepupu saya"

"Sayang jangan nak gatal eh, awak tu isteri saya! "

" Lepas tu awak rasa apa perasaan saya nampak awak peluk Najihah tadi, awak nampak hati saya ni... sakit tau tak sakit sangat" balas Hana sambil tunjal dadanya 

"sebelum ni pun saya pernah nampak awak keluar dengan Najihah pergi shopping, lunch berdua tanpa pengetahuan saya, saya diamkan saja Uwais. Tapi awak makin melampau tau tak!" Tengking Hana sambil mengalirkan air mata 

Uwais ego kerana baginya seorang isteri tidak patut meninggikan suara di hadapan suami. Uwais yang baran dengan tengkingan Hana terus menampar pipi Hana.

Hana yang tidak stabil dan sakit kepala terus terjatuh setelah menerima tamparan daripada Uwais. 

Selepas itu Hana terasa dunianya terus gelap. 



kurang ajar betul Uwais ni, dah salah pegi tampar orang pulak 😤. Kesian Hana dah la kena tindas lepastu penampar pun dia kena 🙁. sedih betul. Emo pulak author hahaha. Jangan lupa vote and comment okayyy. love you all 😘



Aku Pilihan DiaWhere stories live. Discover now