Lagi 2 hari sahaja lagi Hana akan menamatkan masa bujangnya. Ya Allah adakah keputusan aku ini betul. Desis Hana dalam Hati semasa dia berada di dalam biliknya. Bilik yang telah dihias seperti katil orang baru kahwin.
Hana telah mula bercuti untuk menolong ibunya membuat persiapan perkahwinannya. Dia bukannya terlalu kejam sehingga melepaskan tangan kepada ibunya seorang sedangkan dia tiada adik beradik lain melainkan dia seorang sahaja.
Dah la majlis pertunangannya hari itu pun ibunya yang lakukan semuanya. Kali ini dia tekad untuk membantu ibunya pula.
Sedang Hana leka membantu ibunya menggubal hantaran tiba tiba Ibunya memecahkan kesunyiaan antara mereka berdua.
"anak ibu bahagia tak dengan Uwais?"
"kenapa ibu tanya macam tu?"
" saja ibu tanya. Ibu tak sangka mama Uwais merupakan kawan baik ibu dulu, sebab itu ibu setuju saja bila Uwais datang minta nak kahwin dengan kamu"
" Dia datang jumpa ibu nak minta kahwin dengan Hana ke?"
"Iya la, lagipun dia selalu jenguk ibu dekat rumah tiap minggu bila kamu belajar jauh dulu"
"Ibu merepek apa ni?" balas Hana dengan penuh kemusykilan
"Ibu tak merepek la, dia rajin jumpa ibu dengan ayah dekat rumah bila kamu belajar jauh dulu. Ibu rasa macam Hana dekat je bila dia selalu lawat Ibu, Sebab itu ibu rapat dengan dia.
Ibu dah anggap Uwais macam anak Ibu dah. Kan korang berdua teman rapat dulu?""itu dulu ibu..." Balas Hana dengan nada yang rendah.
"Kamu berdua bergaduh ke?"
"Tak la" balas Hana sambil memberi senyuman yang paling hambar dia pernah berikan kepada ibunya.
Kenapa dia jumpa ibu ayah tanpa pengetahuan aku pun. Selama 8 tahun dia tak cari aku tapi kenapa dia boleh pula cari kedua ibu bapa aku. Apa motif dia ni. Hana tertanya tanya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malam itu Hana tengah membelek belek instagramnya apabila semua persiapan telah disiapkan. tiba tiba ada satu pesanan masuk.
Asalamualaikum Tunang saya
Dah kenapa mamat ni buang tebiat ka apa. Bisik Hana dalam hati. Sejak pertengkaran mereka di Mall disebabkan dia keluar dengan Asadel, Uwais langsung tak mencari dia. Merajuk benar lelaki itu. Baru kena makan penampar dengan aku tak kena makan kaki lagi dah merajuk puih. Desis Hana dalam Hati lagi
Aku bluetickkan ja. Waalaikumsalam aku jawab dalam hati.
Hana kembali melihat aplikasi instagramnya
Uwais memberi pesanan ringkas kepadanya lagi
Sayang saya merajuk lagi ke?
Sah dah dia kurang paracetamol dalam badan. Kata Hana lagi. Dia nak tunjuk ego kepada Uwais dia takkan beralah. Mesej Uwais di bluetickkan sekali lagi.
Saya duduk di depan rumah awak. Awak turun sekejap boleh
Kali ni dia tak boleh membiarkan mesej itu. Terkejut bukan kepalang. Tiba tiba sahaja mamat ni ajak jumpa. Dah la nak dekat Majlis mana boleh jumpa.
Orang tua tua kata pengantin lelaki dan perempuan tak boleh jumpa bila tarikh nak dekat takut jadi apa apa. Ibu pun pesan kepadanya juga.Kita mana boleh jumpa, mama awak tak bagitahu ke?
Mama kita la sayang, mama ada pesan tapi kejap je. Please. Saya tak boleh kalau tak tengok muka awak sehari. Hati ni macam nak pecah rindukan awak.
Iye la tu, selama ni kita gaduh elok je awak tak tengok saya.
Itu sebab saya merajuk. Sekarang saya tak merajuk dah. Yang penting saya dapat tengok muka awak je
Nak merajuk sebab apa
Saya cemburu. Lepastu makan penampar daripada awak pula. Sakit tau
You deserve it man.
Turun la cepat, nak jumpa kejap je. I promise 5 minutes will be done.
Kejap.
Hana mengambil tudung bawal yang sering dipakainya di penyidai dan disarung ke kepala. Cardigan berwarna kelabu diambil. Skirt yang labuh dipakai. Semua benda dia kena sarung.
Mana kan tidak Hana selalu tidur memakai singlet dengan seluar pendek sahaja. Dia mana ada abang. Lagipula dia selalu menghabiskan masanya di dalam bilik sahaja.
"nak ke mana tu" sergah Ibunya bila melihat Hana bersiap untuk keluar daripada rumah
"emmm emmm nak jumpa Uwais kejap ibu"
"eh mana boleh. Kan ibu kata tak boleh jumpa buat masa sekarang"
"tapi dia dah ada dekat luar ibu, dia kata nak jumpa kejap je"
"ha jangan berlama pula, kamu berdua tu tengah darah manis"
"Baik ibu" balas Hana dan terus berlalu untuk bertemu dengan Uwais di luar pagar rumahnya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hana melihat Uwais bersandar di kereta BMWnya. Dia memakai jeans hitam dengan t-shirt polo berkolar warna merah. Terserlah kekacakkan Uwais. T-shirt warna merah sungguh menaikkan warna kulitnya yang putih gebu itu.
Hana berdehem untuk mematikan lamunan Uwais
"Hai sayang"
"Assalamualaikum"
"hehehe Waalaikumsalam princess" balas Uwais sambil mempamerkan giginya
Tolong jangan cair Hana. Dia saja je nak goda kau.
"buat apa nak jumpa dengan saya"
" saya rindu awak"
Hana biarkan jawapan Uwais tanpa di balas. Hana turut sama menyandarkan badannya di kereta Uwais. Hana menjarakkan sedikit kedudukannya dengan Uwais
"Tak sangka kita dah nak kahwin kan sayang" Kata Uwais sambil memandang bakal isterinya di sebelah.
"kenapa selama saya belajar jauh awak jumpa dengan ibu ayah saya. Tanpa beritahu saya apa apa pun" tanya Hana kerana tidak betah berteka teki lagi dalam fikirannya.
"Siapa bagitahu awak?"
"I have my own way"
" Saja nak tunjuk sebagai bakal menantu contoh" Balas Uwais dengan slumbernya
" Kenapa awak nak kahwin dengan saya"
"because I think you gonna be the best mom for my child or maybe children"
"why youre being so sure about that"
"My heart never failed to make the best decision" Balas Uwais dengan memberi panahan mata yang cukup sarat dengan kasih sayang kepada Hana
Ya Allah aku tak kuat duduk lama lama dengan lelaki ni. Rasa macam nak cair dah ni. Kata Hana dalam Hati
"tetttt your 5 minutes done my future husband" kata Hana untuk meminta diri kerana dia tidak betah berlama di situ lagi kerana dia mungkin terjatuh dalam dakapan cinta Uwais.
"I love that nickname"
"what nickname"
"my future husband.. I love it so much sayang. I hope after this there is no more future husband because I'm gonna be your forever Husband"
Ok kali ni Hana macam nak meloncat sahaja ke langit kerana terlebih gula dalam darahnya. Kenapa mamat ni jiwang sangat. Desis hatinya lagi
" Assalamualaikum, bye" Balas Hana sambil berlari anak masuk ke dalam rumah
"Waalaikumsalam" balas Uwais sambil senyuman yang tidak lekang di bibirnya
Uwais lega akhirnya dia dapat berjumpa dengan cinta hatinya walaupun sekejap. Ya Allah aku harap penyatuan yang halal antara kami dapat berjalan dengan lancar kata Uwais sebelum meloloskan diri masuk ke dalam perut keretanya.
Yeayyyy Hana dengan Uwais dah nak kawen. Next chapter coming soon. Xoxo. 😍
YOU ARE READING
Aku Pilihan Dia
RomanceHana Eliana merupakan seorang anak tunggal yang manja kepada kedua ibu bapanya iaitu Prof Helena dan Dr. Elman. al maklumlah anak tunggal. Sikapnya yang peramah dan senang dibuat kawan menyebabkan ramai gemar berkawan dengannya. Tetapi hana ni seor...