Chapter 34

1.1K 17 6
                                    

"Assalamualaikum sayang" 

"Abang?" Hana bagai terpaku melihat Uwais di situ. Manakan tidak sudah 4 hari dia tak melihat Uwais. Dia bagaikan terpukau dengan suaminya sendiri.

"Happy Anniversary sayang"  Kata Uwais sambil mendekati Hana dengan sejambak bunga mawar merah. 

Uwais memakai sut berwarna maroon bersama kemeja berwarna putih dan dipasangkan bersama seluar slack berwarna hitam. Kemas sungguh suaminya dengan tie berwarna hitam. Walaupun Uwais kemas bergaya Hana tetap dapat melihat keletihan di wajah Uwais. Pasti suaminya belum tukar pakaian kerjanya. 

Terus Hana menarik Uwais ke dalam pelukkannya. Dia rindu Uwais tapi egonya menghalang selama ini.

"Anniversary apa?" tanya Hana pelik di dalam pelukan Uwais. Anniversary perkahwinan mereka juga lambat lagi memandangkan mereka baru sahaja 6 bulan melayari bahtera rumah tangga. 

"Anniversarry kita as a couple yang ke-11 tahun. Sayang jangan kata sayang lupa?" 

Ya..Hari ni merupakan hari pertama dia dan Uwais menjadi pasangan bercinta pada suatu masa dahulu. Tidak Hana sangka Uwais masih mengingati tarikh keramat itu. Bukankah lelakilah orang yang susah untuk mengingati tarikh penting sebegini.

"Tapi kita kan break off after 2 tahun 5 bulan kita couple ... Mana datangnya 11 tahun"

"For me.. we never break off... Sayang tak pernah hilang dalam hati abang. Kalau abang boleh turn back time. Abang nak kita kahwin cepat cepat. Kalau lah kita kahwin awalkan sayang... mesti anak kita dah ada 3" Kata Uwais lagi 

Hana hanya mendiamkan diri. Terharu, sedih, rindu dan bangga semua sebati dalam dirinya. Kenapa Uwais buat macam mereka berdua tak ada konflik sebelum ini, sedangkan sudah 4 hari mereka tak jumpa disebabkan kegoannya.

"Sayang??" panggil Uwais apabila merasakan dadanya basah setelah Hana menyembamkan mukanya di dada Uwais. 

"Hei.. sayang.. kenapa menangis ni? taknak lah menangis princess abang ni " Kata Uwais sambil mengusap lembut pipi Hana sambil menyeka sisa air mata Hana. 

"Hana minta maaf abang. Hana derhaka dengan abang. Hana salah. Hana tak sepatutnya ikutkan hati Hana. Hana bukan sahaja pisahkan diri Hana dengan abang tetapi dengan anak kita sekali.

Hana ketepikan hak abang. Tapi abang tetap cari berbagai jalan untuk menangkan hati Hana. Jujur Hana cakap, Hati Hana dah lama terima abang tapi Hana rasa macam ada syaitan jahat yang hasut Hana supaya berterusan benci abang.

Betullah orang kata apabila semasa hubungan haram manis sahaja semua, apabila sudah halal macam macam syaitan akan buat untuk menampakkan buruk pasangan kita. Maafkan Hana abang." Kata Hana sambil memeluk Uwais kembali dengan erat. 

"Kita jadikan semua perkara yang terjadi dalam hubungan kita sebagai teladan ya sayang... abang taknak lepas ni kalau ada perkara yang akan memisahkan kita lagi sayang tinggalkan abang.... Jangan sesekali tinggalkan abang okay. We have to fight for us.

Seumur hidup abang, abang tak pernah cintakan orang lain seperti abang cintakan sayang. Pertengkaran antara kita akhir-akhir ini membuatkan abang belajar banyak tentang hubungan suami isteri. Tambah tambah apabila pada hari abang baru balik outstation hari tu.

Ni hati ni, sakit sangat sayang, bila sayang kata sayang jijik dengan abang malam tu. Abang rasa macam dunia abang gelap. Tapi Abang tak boleh berputus asa. Kalau abang putus asa rugi usaha abang selama ini untuk dapatkan sayang.

Abang buat semua yang sayang nak dan Alhamdulillah its work. Now sayang abang dalam pelukan abang sekarang" Kata Uwais sambil mengucup lembut ubun-ubun Hana. Air mata Uwais turut mengalir apabila penantiannya akhirnya berakhir. 

Apabila melihat air mata Uwais mengalir membuatkan rasa bersalah Hana semakin membuak-buak. 

"Hana tak layak untuk abang... maafkan dosa Hana, abang" balas Hana

"You're forgiven sayang. You will always be my perfect wife sayang" 

Hampir 10 minit juga mereka berdakapan. Masing-masing senyap dan hanya menikmati kehangatan badan sesama sendiri. Rasanya bagai setahun mereka tak merasa dakapan hangat seperti ini. Tiba-tiba Hana memecahkan kesunyian antara mereka berdua. 

"kenapa abang tak beritahu dekat Hana tentang apa yang Najihah dah lakukan kepada kita berdua?" 

"kalau abang bagitahu sayang masa tu jugak, sayang boleh bagi jaminan ke yang sayang tak stress? sayang takkan tumpah darah lagi? this little in here is our first baby. Abang taknak jadi apa apa dekat sayang dan anak kita"

"But I have my right to know about this things"

"sayang.. hey.. please hear me, abang berkomplot dengan ibu ayah nak bagi kejutan untuk sayang dekat sini bukan nak bincang pasal Najihah.. its about us" Kata Uwais lembut. Dia taknak emosi Hana terganggu. Jadi dia perlu berlembut. 

"Jom makan.. abang dah tempah candle light dinner untuk kita berdua" Tangan Hana dipimpin Uwais untuk ke balkoni bilik di mana tempat candle light dinner mereka. 

"baby pon tengah lapar ni.. " kata Hana sambil mengusap perutnya lembut

"Alala anak abah lapar ekk.. apa nak abah suapkan? okok abah suapkan ibu ok" Balas Uwais sambil mengusap perut Hana lembut.

"Abang nak anak kita nanti panggil abang 'abah' ke?"

"ya.. kenapa nampak macam tua sangat ek? "

"Tak ada lah.. sedap aje telinga Hana dengar abang gelarkan diri abang Abah, I cant wait to hear my children to call you abah"

"Aik dah rancang nak anak banyak ke sayang sampai children ni"

"Abang taknak ada anak banyak dengan sayang ke...." Tutur Hana dengan menggoda sambil menarik lembut tali leher Uwais untuk mendekatkan mukanya dan Uwais

"Don't you dare to do this to me sayang.. baby tengah lapar tu.. behave sikit" 

Hana hanya tergelak kecil apabila melihat Uwais menelan air liur kasar di kerengkongnya. Eleh tergoda la tuu.. hahahaha 



the end.... haahahahahaha ok next chapter gonna be last chapter. soooo sad.. jangan lupa vote and comment ok dears.  😘
pardon my typos

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Pilihan DiaWhere stories live. Discover now