Chapter 29

931 13 0
                                    

"sayang...." panggil Uwais

Hana tetap membatukan diri. Sejak semalam lepas dia datang kembali ke Hospital dia sudah melihat Hana sudah tidur.

Pagi tadi dia memanggil Hana, Hana tetap mambatu. Sekarang dah sampai petang pun masih senyap mendiamkan diri. Sedangkan semasa ibu mertuanya datang tadi boleh pulak Hana senyum dan membalas kata kata ibunya. 

"Sayang... abang tahu abang bersalah.. Maafkan abang" ucap Uwais sambil mengusap tangan Hana 

Hana mengalihkan tangannya. Dia masih memarahi Uwais dia taknak Uwais menyentuhnya. kerana tangan itu juga dia hampir keguguran. Dia taknak. 

"sayang... ibu kata sayang nak tidur rumah ibu lepas discharge.. betul ka? sayang dah taknak tinggal serumah dengan abang? sayang dah tak cintakan abang ke?

Ya.. abang khilaf.. Abang tampar sayang.. abang tak tahu perubahan diri sayang yang sayang mengandungkan anak kita.. abang tak peka dengan perubahan sayang... maafkan abang.. sayang" Ucap Uwais lagi sambil mengalirkan air mata. 

Hana masih mendiamkan diri. Macam mana awak nak perasan perubahan diri saya Uwais sedangkan awak sibuk dengan Najihah.

"cakapla sayang... abang tak boleh tengok sayang macam ni.. mana Hana Eliana yang banyak mulut dulu.. kenapa sayang dah tak nak cakap dengan abang.." 

Hana hanya merintih dalam hati. Dia taknak melihat Uwais menangis tetapi diri dia sakit. Sakit dengan perbuatan Uwais. Dengan tindakan Uwais akhir-akhir ini. Dia sakit. Sakit sangat. Hanya air mata yang mengalir di pipi Hana. Tiada suara yang mampu keluar dari mulutnya. 

"Jangan menangis sayang.. abang yang bersalah, abang tak patut terikut dengan baran abang... tetapi hari tu abang letih sayang.. ada client yang cancel nak buat projek dengan kompeni papa..

lepastu Najihah pula menangis sebab ada orang nak sabotaj dia.. Semua benda abang nak kena fikir.. Sampai abang terpaksa lepaskan stress dekat sayang...  I'm sorry sayang " balas Uwais sambil memeluk Hana ke dalam dakapannya

Hana hanya membiarkan sahaja perbuatan Uwais. Buat masa sekarang dia malas nak bercakap dengan Uwais . Dia perlukan masa.

Lagi-lagi apabila mendengar kenyataan Uwais sebentar tadi dia makin sakit hati. Disebabkan letih fikirkan benda luar dia yang terkena tempiasnya.

Tiba tiba bunyi ketukan di pintu bilik wad Hana. Uwais merengangkan pelukan mereka dan air mata yang mengalir pantas diseka.

"Hana ?"

"Syasya.... " jerit Hana perlahan. Dia rindukan sahabatnya. Mesti ibu yang beritahu syasya tentang diriku di hospital.

"Hana macam mana boleh masuk hospital?" Tanya syasya kalut.

Hana menghantar pesanan melalui mata kepada syasya yang dia hanya ingin berduaan dengan syasya sahaja. Syasya yang memang pakar bab bab baca mata orang ni terus menyuruh Uwais dan Faizul,suaminya serta Rhiana anak keciknya itu beri ruang untuk mereka berdua.

Apabila semua keluar hanya mereka berdua sahaja dalam bilik itu Hana terus memeluk syasya.

"aku sedih sya.. Tolong aku sya"

"hei kau jangan la nangis macam ni ... Kau kan sakit nanti lagi sakit macam mana. Ni aku nak tanya kau masuk hospital kenapa?"

"aku mengandung sya..."

"bagus la tu.. Anak kita boleh sama umur"

Terus Hana menyeka airmatanya. Tak jadi terus nak melayan hatinya kerana berita gembira kawan dia lagi bermakna.

"adik Rhiana ka ?"

"ya la takkan adik faizul kut hahaha"

Syasya dengan buat lawak bodohnya berpisah tiada. 

"tak sabar nak ada perut besar sama sama dengan kau.. Berapa minggu dah sya?"

"baru 4 minggu.. Kau?"

"7 minggu baru"

"kau buat projek awal sikit ja dari aku"

"bongok la kau" meletus tawa mereka berdua.

" ha..yang kau sedih sangat kenapa? Kan dah mengandung tu"

"aku bukan sedih sebab mengandung sya..."

"dah tu sebab apa?"

Hana menceritakan perihal Najihah kepada Syasya. Daripada saat dia menjejakkan kaki di rumah mereka sampai la dia berada di hospital.

"kiranya kau masuk Hospital sebab stress dengan minah tu la ?" tanya syasya dengan nada tak puas hati.

Hana tidak memberitahu Syasya perihal Uwais menampar dirinya. Baginya cukup tentang Najihah sudah. Dia juga perlu menjaga maruah suaminya.

"ye la kut"

"sekarang minah tu duduk mana? Sebab sekarang kan Uwais duduk Hospital jaga kau. So dia jaga rumah ka macam mana"

"entah la Sya aku tak nak ambil port pasal dia. Lepas aku masuk hospital, aku tak dengar lagi ada orang sebut nama dia. Dia pun tak datang jenguk aku.

Dia nak ambil Uwais ka nak ambil rumah tu ka aku dah tak kisah. Ambik lah yang penting aku ada anak aku pun dah cukup" bicara Hana

"kau nak bagi Uwais dekat orang lain ke?"

"Ambiklah sapa nak. Aku bukan nak aibkan suami aku ke apa tapi bila si Najihah tu datang dia macam dah tak nampak aku. Dia lebih mesra dengan Najihah. Kalau aku tak bagi dia rapat dengan Najihah pun dia bukan nak dengar. So dia nak buat apa pun lantaklah. Aku dah tawar hati"

"Kau kena bagi peluang lagi sekali dekat Uwais mana tahu dia silap langkah ke?"

"aku perlukan masa sya..."

Sekali kita buat silap dekat orang. Dia akan ingat sampai bila bila. Sedangkan orang tu banyak kali buat baik dengan kita. Kita tetap ingat dia punya silap. Sebab tu la kalau nak ambil sesuatu tindakan fikir dulu. Ini idok. Padan muka ko Uwais.

Hehehehe jangan lupa vote dan komen tau. XOXO😘






Aku Pilihan DiaWhere stories live. Discover now