Chapter 24

292 12 2
                                    

Percutian Honeymoon mereka di Maldives semuanya ditaja penuh oleh bapa mertua Hana. Daripada Ticket flight sehingga penginapan mereka semuanya telah disediakan. Seminggu mereka berkubu di Maldives. Tempat yang sangat menarik yang terkenal dengan lautan biru dan pemandangan yang cukup indah.

Bilik yang ditaja, cukup menggembirakan Hana kerana dia sangat mengimpikan bilik hotel yang mempunyai private pool, tidak sangka bapa mertuanya merealisasikan impiannya. bestnyaa dapat berenang sampai ke malam tanpa share dengan sesiapa pun.

Honeymoon suite itu sungguh menghangatkan lagi percutian honeymoon mereka berdua. Untung sungguh dapat bapa mertua macam ni. Puji Hana dalam hati.

Baki cuti mereka lagi seminggu Hana mengajak Uwais untuk sambung berhoneymoon di Malaysia sahaja kerana Hana sudah lama teringin nak pergi ke Pulau Langkawi. Sepanjang 28 tahun dia hidup tak pernah sekalipun dia menjejakkan kaki di pulau yang menjadi tumpuan pelancong asing itu lagi. 

Semasa di Langkawi, Hana yang mencari penginapan untuk mereka berdua. Hana menjadikan Malibest Resort sebagai tempat penginapan mereka. Kerana ramai kawan dia yang suggest ke Resort itu sebab resort itu betul betul berhadapan dengan Pulau Chenang yang terkenal di kalangan pelancong barat. 

 Semasa berada di reception Malibest resort, ada seorang receptionist terpandang tangan Hana yang penuh dengan ukiran inai. Sebelum pergi honeymoon Hana pergi ukir inai di tangannya katanya nak menaikkan seri pengantin baru katanya. Terus receptionist tersebut suggest bilik honeymoon suite di atas pokok. 

Atas pokok weh bilik dia, kau hado. Rasa macam excited saja bila dapat tahu akan duduk atas pokok pasti Romantis. Then, Hana terus take the opportunities untuk ambil pakej Honeymoon bilik atas pokok untuk beberapa hari. 

Bila naik sahaja ke bilik atas pokok tu, rasa menyesal pun ada dalam diri Hana. Bila berjalan je semua bergegar, macam tak seimbang pun ada juga. Macam mana nak kena "buli" dengan Uwais kalau berjalan pun dah bergegar bilik. 

"Abang...." panggil Hana dalam nada yang kecewa.

Uwais di sebelah memang sudah terkekehkekeh ketawa dengan gelagat Hana 

"Ha... nak sangat kan bilik atas pokok, kononya romantik lah sangat kan? ni apa pasal baru jejak dah bergegor " Balas Uwais dengan nada yang tertahan gelak. Mana kan tidak, belum sampai bilik lagi Hana dah menunjukkan keterujaannya nak duduk dalam bilik atas pokok siap lompat lompat kecil lagi punya seronok, tiba-tiba jadi macam ni. 

Apabila melihat muka Hana yang masam macam tertelan biji asam Uwais terus memainkan perananya. 

"Sayang tak rasa lagi seksi ke bilik bergegor macam ni" tanya Uwais sambil memeluk Hana daripada belakang. 

"seksi apanya jalan sikit dah bergegar tu belum buat apa apa lagi"

"buat apa sayang..." tanya Uwais dengan nada yang meleret

"buat apa apa je lah..." malas Hana nak melayan Miang Uwais dah la dengan bilik macam nak runtuh. Pakej honeymoon apa macam ni. marah Hana dalam hati. 

"apa kata abang buktikan yang kita boleh buat apa apa walaupun bilik macam ni"

" abang jangan cari pasal ekk.. mau runtuh siapa nak bayar?" sambil menaikkan jari telunjukknya ke arah Uwais. Nak warning suami dia siap siap.

"siapa suruh diorang suggest orang nak honeymoon atas ni kalau tak kukuh sayang, sedangkan dorang tau orang honeymoon untuk apa" balas Uwais dengan menaik-naikkan keningnya. 

"sudah la" kata Hana sambil mengerakkan badannya untuk lari daripada pelukan Uwais yang makin erat itu. 

"Sayang tak boleh lari, abang nak buktikan yang tempat ni kukuh"

"taknak !!" Laung Hana sambil gelak kuat dengan dengan perangai Uwais. Akhirnya, dua dua ketawa dengan perangai masing masing. 

😂😂😂

Hari berganti hari tidak sangka cepat masa berlalu, sudah tiga minggu mereka mengerjakan ibadah puasa.

Bagi Hana ibadah puasa tahun ini amat bermakna baginya. Sebelum ini sahur kadang kadang sahaja dia jamah. Tetapi bila sudah bersuami pandai pulak dia makan sahur. Tidak pernah lagi dia tinggal sahur sepanjang 3 minggu ini.

Kadang-kadang Uwais yang akan memgambil tugasnya untuk menyediakan sahur kalau dia terlalu letih. Nampak sisi baik yang Uwais tunjukkan waktu itu.

Suami mithali sangat. Apabila Hana tanya mama, Uwais memang spesies bangun sahur ke? mama kata dia pun spesies liat juga nak bangun sahur. Sama je dengan aku rupanya. kutuk Hana dalam hati. Tetapi bila sudah berumah tangga masing masing memainkan tangungjawab sendiri.

"Abang hari ni kita berbuka lauk ayam panggang boleh? lama tak
rasa " 

"sayang.. bukan baru 2 hari lepas ke, kita makan Ayam pangang untuk berbuka ?" 

"2 hari lepas tu dah lama la abang.. kalau boleh Hana nak berbuka makan ayam panggaang tiap hari" kata Hana lagi sambil menggoyang goyangkan lengan Uwais

pelik bebenor isteri aku ni. Desis Uwais dalam hati

"Ikut sayang la ye, abang tak kisah. Nanti gemuk jangan salahkan abang pula"

"emmm kalau Hana gemuk abang dah tak sayang Hana ke?" 

"sayang gemuk macam tong drum sekali pun abang tetap sayang" Balas Uwais sambil mengucup Ubun ubun Hana tipis

"iya la tuu.. lelaki sekarang bukan boleh harap, semua nak perempuan cantik. Ada jerawat sikit cari lain, ada ketuat sikit cari lain, ada je cacat cela dia nampak. Sedangkan tu semua alasan nak rasa perempuan baru. Huh" balas Hana dengan bebal. Hana pun tidak faham dengan dirinya sekarang. Kerja nak sentap sahaja.

Sedangkan jawapan yang diberikan oleh Uwais tadi tak membawa maksud apa apa pun.

" apa sayang abang mengarut ni, abang tak kata apa pun, abang siap bagi green light lagi sayang nak makan makanan kegemaran sayang, abang cuma ingatkan sahaja" balas Uwais dengan nada yang lembut.

Kalau api jangan dilawan dengan api. Biar salah seorang menjadi air. Baru hubungan boleh kekal. Prinsip Uwais yang satu itu sering dilakukan apabila datang Mood Hana yang satu ini.

"Hana minta maaf kalau Hana ada terkasar bahasa dengan abang, Hana tak bermaksud pun. Hana tahu abang bukan macam tu." kepala Hana dilentokkan di atas dada Uwais. Pingang Uwais dipeluk mesra. Kejap angin dia baik kejap angin dia macam ribut taufan. Uwais hanya menggeleng kepalanya sahaja. 

Mereka berdua lepak sahaja dirumah pada cuti minggu. Hana dan Uwais lebih memilih untuk berehat sahaja di rumah. Lagipula dalam bulan puasa macam ni, lagi mereka malas nak keluar. Cuti minggu mereka dimanfaatkan sebaiknya.

💖💖💖

Lagi 3 hari sahaja ibadah puasa mereka bakal berakhir. Hana berasa pelik. Dia langsung tidak datang bulan sepanjang bulan puasa berlansung.

Takkan kut. Kata Hana dalam hati. Tak rasa apa pun. Maybe hormon kot. Malas Hana berteka teki dalam hati.

Sebelum ini period Hana memang tidak pernah teratur. Tetapi setiap bulan dia tidak pernah miss untuk datang bulan.

Hana taknak meletakkan harapan yang tinggi takut kecewa. Jadi dia hanya biarkan perkara itu berlalu. 

"abang... raya tahun ni kita pakai tema merah tau" kata Hana sambil berpimpin tangan bersama Uwais di Mid Valley untuk mencari baju raya.

"kenapa merah?"

"sebab merah warna kegemaran Hana. Hehehehe"

"abang ikut je sayang, raya pertama warna merah, raya kedua warna koko ok?"

"baik boss"

Mereka mencari pakaian di dalam Mall sehingga dapat. Cerewet punya cerewet sampai malam jugalah baru mereka sampai rumah. Berbuka, solat, apa semua dilakukan di Mall sahaja. 




okkk chapter kali ni boring sikit harap terhibur hahahaha. 

Sis dah malas nak cek so pardon my typo ok 💖💖💖

jangan lupa vote and komen ok. XOXO 😍

Aku Pilihan DiaWhere stories live. Discover now