Chapter 16

291 11 0
                                    

"kenapa awak buat macam ni dekat saya" kata Hana dengan nada yang tegas.

setelah semua selesai majlis pertunangan dan merisiknya. Dia terus meminta diri untuk berjumpa dengan Uwais.

"Buat apa sayang" Balas Uwais dengan sengihan lebar

"dont sayang sayang me lah" balas Hana dengan bebal. Kenapa mesti lelaki ini yang menjadi tunangannya.

Dah pupus ka semua lelaki kat dunia ni. Dengus Hana dalam hati

"saya dah lama tunggu saat ni Hana Eliana. Saat di mana saya telah mengikat perempuan yang saya cintai"

" Saya tak fahanm kenapa awak buat semua ni"

"because i love you so much"

"Kenapa dulu awak tak macam ni pun. Kenapa masa awak curang dengan saya langsung awak tak cari saya. Kenapa awak biarkan saya macam tu. Mana perempuan yang awak usung dulu" Balas Hana sambil mengalirkan air mata

Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Disebabkan lelaki inilah dia tidak boleh mencintai lelaki lain. Disebabkan lelaki ini jugalah dia dimasukkan ke Hospital di Ireland dulu sebab tak makan dan tak minum seharian mengingatkan lelaki yang bernama Uwais Farhim 

"jangan menangis sayang, i am really really sorry. I didnt mean to do like that. serious tak terdetik pun dalam hati saya nak curang dengan awak. Saya terpaksa buat semua tu"

"kenapa, sebab apa"

" saya tak boleh cerita dekat awak sekarang, saya janji nanti bila dah sampai masa yang tepat saya beritahu"

"kenapa awak nak rumitkan lagi keadaan, just explain to me right now"

"soon sayang, I'm promise"

"sudahla, cakap dengan awak takkan selesaikan masalah pun" balas Hana sambil melangkah masuk dalam rumahnya kembali. Tidak betah dia berlama di situ buat sakit hati je. 

Sesampainya Hana di biliknya, dia menjengukkan kepala ke luar tingkap untuk melihat sama ada Uwais sudah beredar atau belum.

Tingkap bilik Hana betul betul boleh nampak pagar rumahnya. Terjenguk jenguk Hana mencari Uwais. Dia tidak tahu yang Uwais sedang memerhatinya dari bawah sejak dia buka langsir lagi. 

Hana nampak sahaja muka Uwais terus Uwais mengenyitkan matanya. Terus Hana menutup kembali langsir. 

Ya Allah malunya. Desis Hana dalam hati

Mukanya ditampar beberapa kali kerana geram dengan dirinya sendiri. Kalau dia tak buka langsir cari Uwais memang dia takkan malu macam ni. Mesti Uwais ingat aku dah jatuh cinta balik dekat dia sebab aku cari dia lepas aku tinggal dia macam tu saja tadi. bebel Hana seorang diri dalam bilik. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tarikh perkahwinan Uwais dan Hana telah ditetapkan oleh kedua dua belah pihak. Majlis Akad nikah akan dilakukan lagi 2 bulan. Mereka rasa perkahwinan ini perlu dipercepatkan. Benda yang baik perlulah dilakukan dengan segera. 

Hana hanya membiarkan ibunya sahaja melakukan persiapan. Dia bukannya tak nak ambil tahu langsung tetapi masanya amat terhad dengan banyak pesakit lagi. Memang semua persiapan diserahkan bulat bulat kepada ibunya.

Ibunya lagi suka kalau dia yang lakukan semuanya kerana dia ingin membuat majlis yang terbaik untuk satu satunya anaknya. 

Uwais pula kalau boleh setiap Hari nak jumpa dengannya. Kalau boleh Tiap hari dia akan datang ke klinik untuk lunch bersama Hana. 

Orang kata masa bertunang ni kalau boleh jangan kerap berjumpa. Tetapi tidak bagi lelaki bernama Uwais Farhim, Hana hanya layankan sahaja. Tetapi Hana tetap kejung seperti biasa. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia menerima Uwais kembali dalam hidupnya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~'

"Adoi" jerit Hana apabila ada seseorang melanggarnya.

"Eh Hana"

"awak rupanya, tak reti jalan betul betul ke, Asadel?"

"Bila nampak awak saya tak boleh jalan betul" balas Asadel dengan slumber badaknya

"Eh apa kata kita luch sekali" Saran Asadel kepada Hana 

"emmm boleh juga, saya pun lapar ni" balas Hana 

Mereka menjadikan Restaurant Ayam Penyet sebagai sasaran tempat makan tengahari mereka. 

"Awak buat apa dekat sini Hana?" Tanya Asadel sambil menyuapkan nasi dalam mulutnya 

"Saya pergi cari barang hantaran"

Terus tersedak Asadel dengar balasan daripada Hana 

"Awak dah nak kahwin ke Hana?"

"ya, nasib kita jumpa hari ini, nah kad jemputan untuk awak" Balas Hana sambil menyeluk tangannya masuk dalam bag untuk mengambil kad jemputan untuk diberi kepada Asadel

"Saya tak sempat nak mulakan langkah pertama awak dah diambil orang" balas Asadel dengan nada yang rendah

Hana hanya tersenyum sahaja dengan balasan Asadel

Tiba tiba meja mereka disergah oleh seseorang

"May i join you guys" 

Terbeliak mata Hana melihat siap gerangan yang nak mengikuti sesi makan tengahari dia dengan Asadel. 

"Who are you" tanya Asadel kepada Uwais

" Saya bakal suami bidadari di depan awak ni" balas Uwais sambil menghulur tangan untuk bersalaman

Asadel sambut huluran tangan Uwais. 

"Sayang awak makan apa ni" Tanya Uwais sambil melabuhkan punggung di sebelah Hana 

"Nasi" balas Hana sepatah

" awak buat apa dekat sini Uwais?" tanya Hana lagi

"saya cari awak la sayang, saya rindu kalau tak tengok muka awak dalam sehari"

Uwais sengaja ingin menunjukkan kemesraan di antara dia dengan Hana di hadapan Asadel. Kerana dia cemburu melihat Perempuan yang dia cintai keluar makan dengan lelaki lain. 

Asadel dan Uwais sahaja yang bercakap sepanjang mereka makan tengahari. Hana hanya mendiamkan diri di sisi Uwais. Malas nak masuk campur. 

Apabila Asadel meminta diri kerana ada urusan lain, Hana pun turut berlalu tanpa pamit daripada Uwais. 

"Hana" jerit Uwais sambil berlari anak untuk mendapatkan Hana

"kenapa nak larikan diri daripada saya, takut sebab ada buat salah ke?" kata Uwais dengan nada yang sinis

"No, tak rasa bersalah pun"

"kenapa keluar dengan lelaki lain without my permission"

"kenapa perlu permission awak pulak, awak bukan suami saya pun" balas Hana sambil langkah menuju keretanya

"Soon, Youre mine Hana everthing about you i need to know"

" saya keluar makan sahaja dengan Asadel bukan keluar dating pon"

"tetap salah, sebab awak keluar dengan lelaki lain" balas Uwais dengan suara yang meniggi 

" Sudah la Uwais, saya malas nak bertekak dengan awak"

" Awak pun sama sahaja dengan saya Hana, awak kata saya curang sedangkan awak pun curang" balas Uwais dengan sinis

Terus Hana menampar Pipi Uwais. Dia punya kemarahan dah sampai kemuncaknya

"Saya tak sama macam awak Uwais Farhim Bin Ahmad Farhan" Terus Hana meloloskan diri ke dalam perut keretanya. Dia sebal dengan Uwais. Lagi beberapa minggu saja lagi nak kahwin dah buat perangai. 

Terus Hana menekan minyak meninggalkan Uwais termanggu seorang diri di situ. 

ok macam mana. hope you guys enjoy this boring chapter. xoxo 

Aku Pilihan DiaWhere stories live. Discover now