"Awak....." Hana memanggil Uwais yang leka dengan phonenya di atas katil. Hana di sebelahnya tidak dipedulikan
"Yes sayang, kenapa?" balas Uwais tanpa melihat Hana
"Awak..." pangil Hana lagi sambil mencucuk-cucuk bahu Uwais.
Uwais masih merenung handphonenya tanpa melihat Hana. Apabila Hana melihat apa yang Uwais khusyuk sangat tengok phone rupanya tengah main game. Tak habis habis. Dari zaman sekolah sampai sekarang hobinya yang satu itu tak pernah di buang.
"Uwais Farhim Bin Ahmad Farhan!" panggil Hana dengan nada yang geram. Banyak kali dah aku panggil ni. tak pasal pasal ada orang makan kaki saiz 6 malam ni. Desis Hana dalam Hati
"sayang kenapa panggil saya macam tu?!" balas Uwais
"kenapa tak boleh ke?"
"bunyi dia seksi sangat... jangan buat selalu tau takut takdan pergi honeymoon papa dah dapat cucu. Hahahahaha"Balas Uwais
Bantal tidur di capai oleh Hana dan terus di tekup ke muka Uwais. Orang tengah serious dia main main pulak. Nah ambik kau. Bantal itu ditekan tekan oleh Hana hingga menyebabkan Uwais tidak boleh bernafas.
"sayang, sayang, yang..........." makin lama suara Uwais makin perlahan dan akhirnya tiada sahutan lagi
Terus Hana membaling bantal tadi ke tepi katil. Ya Allah apa aku buat dekat suami aku. desis Hana dalam Hati
"Uwais.. Uwais..." panggil Hana sambil mengerak gerakkan badan Uwais namun masih tiada respond
"Ya Allah sayang jangan buat Hana macam ni" kata Hana tanpa dia sedari apa yang dia lafazkan. Air matanya tak boleh tahan lagi.
Sudahla dia baru nak rasa cinta dengan lelaki ni takkan dah nak mati kot. Overla kau ni Hana.
Kata doktor tapi benda macam ni pon kau taktau Handle. Mungkin penangan cinta kut tu yang jadi bodoh sementara waktu.
Tiba tiba ada tangan yang melingkar di belakang Hana. Muka Hana terus tersembam ke dada Uwais.
Hana terus membalas pelukan Uwais dengan kemas.
"Sayang.. jangan buat Hana macam ni lagi.. tolong.. Hana tak nak kehilangan Sayang lagi sekali cukuplah, dulu 8 tahun sayang tinggalkan Hana sorang-sorang" Kata Hana sambil menitiskan air mata.
Uwais hanya menenangkan hana dengan usapan kecil di belakang Hana. Biar Hana tenang dulu baru dia cakap. Lagipun susah dia nak dapat peluang untuk memeluk Hana dengan lama macam ni.
"sayang..." panggil Uwais apabila esakkan Hana kian reda. Muka Hana dibawa bertentangan dengannya.
Pipi Hana diusap perlahan.
"Hey.. Look at me sayang" kata Uwais lagi. Pipi Hana di tepuk perlahan.
Apabila Hana rasa lega baru dia mula bertentang mata dengan Uwais.
"kenapa menangis ni sayang? I will never leave you again la. Saya saja buat macam tu nak tengok reaksi awak kalau saya takda. Lagipun isteri saya ni kan doktor why dont you just give me an emergency action like CPR ke, ni tak terus nangis ekk baby ekk alololo" Kata Uwais sambil bermain dengan dagu Hana persis kucing saja.
"lepas ni saya nak buat buat mati banyak kali la. Baru dengar orang tu panggil kita sayang. Bergetar tulang rusuk kita tauuu" balas Uwais lagi
Bahu Uwais dicubit kuat oleh Hana. Menyeringai tak sudah si Uwais tu.
"ingat main main ka. Mati dibuat main pulak. Dah, jangan buat macam tu lagi. I cant live without you..." balas Hana dengan nada yang mendatar. Mukanya disembam kembali ke dada Uwais.
YOU ARE READING
Aku Pilihan Dia
RomanceHana Eliana merupakan seorang anak tunggal yang manja kepada kedua ibu bapanya iaitu Prof Helena dan Dr. Elman. al maklumlah anak tunggal. Sikapnya yang peramah dan senang dibuat kawan menyebabkan ramai gemar berkawan dengannya. Tetapi hana ni seor...