Chapter 13

255 13 2
                                    

8 tahun kemudian..

"Dr. Eliana nak makan apa?" tanya staff nurse di klinik ayahnya.

Hana Eliana telah diiktiraf sebagai Dr perubatan di Dublin dan dia juga telah berjaya menghabiskan fasa housemanshipnya di salah sebuah hospital tempatan iaitu di Sarawak, Hana saja memilih hospital yang jauh agar dapat memperoleh pengalaman yang lebih banyak. Sebenarnya ada niat dia sendiri untuk berada jauh daripada tempat asalnya.

" Tak apa Farah nanti kalau saya lapar saya pergi beli sendiri. Thanks" balas Hana Eliana lalu menyemak kembali report perubatan pesakitnya.

"sama-sama dr."

Hana sengaja menggunakan nama keduanya iaitu Eliana supaya dia dapat menjadi orang yang baru. Orang yang kuat menghadapi segala rintangan. No more Hana yang cengeng, no more sad sad ending. Ayahnya juga tahu dia menggunakan nama keduanya di klinik, tapi ayahnya tidak tahu sebabnya tapi ayahnya suka dia menggunakan nama Eliana tu. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"kriukk kriukk" perut hana berbunyi. 

aku rasa aku kena pergi beli makanan sebelum aku mati kebuluran. rungut Hana dalam hati. 

Hana mengambil kunci keretanya lalu memberitahu staffnya yang dia keluar sebentar untuk mencari makanan lagipula tiada pesakit yang datang ke kliniknya waktu itu. 

Hana menuju ke keretanya Kia Forte Koup berwarna merah pemberian ayahnya sempena ulang tahunnya yang ke-27 tahun lepas. Apabila Hana tahu yang ayahnya menghadiahkan kereta berwarna merah meloncat loncat dia. Hana amat menggemari warna merah. Kalau boleh dia nak laptop warna merah, casing phone merah, tudung, baju dan seluar yang dia ada pun kebanyakan warna merah. Dia pun tak tahu kenapa dia sangat taksub dengan warna merah. 

Sedang Hana pusing pusing di jalan raya untuk mencari juadah untuk di makan dia melihat signboard Kerabu Mangga di hadapan satu kedai yang berdekatan dengan kliniknya. 

Hana memberhentikan keretanya di hadapan kedai itu. Dia dah lama tak makan kerabu Mangga. Apabila dah jumpa kedai yang menjual kerabu mangga, keingginannya terasa macam membuak buak pula. 

Hana terus memesan kerabu Mangga dan Nasi kosong untuk dijadikan makanan tengaharinya hari itu. Sementara menunggu pesanannya sampai Hana mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka facebook untuk melihat isu terbaru. Siapa kata Doktor tak boleh bersosial. Dialah salah seorangya hahaha. 

Hana yang sedang leka bermain handphone tiba-tiba disergah oleh seorang lelaki. 

" Eh Hana awak buat apa dekat sini?" sergah Asadel Farhan 

" tengah berenang ni. tak nampak ke?" 

"tapi kenapa awak tak pakai bikini?"

" sengal punya budak" 

Ketawa Asadel. " saya nak join awak boleh ?" 

" join je la. Tapi saya tak boleh duduk lama lama sebab saya nak cepat" balas Hana apabila seorang pelayan menghantar pesananya

" iya la tapi kita makan pelan-pelan la ok" balas Asadel sambil menanyang sebaris giginya. Dia suka sangat apabila dapat berjumpa dengan Hana. Bukannya dia tidak pernah mencuba mengambil hati si gadis di hadapannya tetapi Hana langsung tidak mengendahkan effort yang ditunjuknya. Hai la nasib badan.

Asadel Farhan merupakan seorang arkitek. Mereka berjumpa di kedai buku. Hana dan Asadel boleh menjadi rapat disebabkan sebuah buku yang mereka berebutkan di sebuah kedai buku di ibu kota. 

{flashback}

 Hana mencari buku yang dia inginkan di mana mana bookstore semuanya telah habis dijual. Dan Hana tidak berputus asa sehingga ke lubang cacing pun dia akan pastikan dia dapat beli buku itu. Sambil dia mencari di kedai buku itu dia tiba-tiba dia ternampak buku yang dia inginkan betul betul ada di situ. Baru sahaja dia nak ambil buku tu ada satu lagi tangan yang mengambilnya. 

Mereka berdua berebut buku tu.
" Hey Mr. This is mine. I grab this first" kata Hana sambil menarik buku tersebut. Dahla aku cari macam nak gila buku ni bila dah jumpa ada orang nak rampas pulak memang taklah aku nak mengalah,  bebel Hana dalam hati. 

"I grab this first too" balas lelaki tersebut

" tolong lah encik saya cari buku ni lama dah, bila dah jumpa encik pulak jadi penghalang"

"saya cari buku ni dah lama juga. "

ish mamat ni taknak beralah langsung aku ni perempuan kot. Beralah la sikit tak gentle langsung. desis hati Hana 

" tak mengapalah. Encik ambillah buku ni" balas Hana sambil buat muka sebek. Nak meraih simpati sebenarnya. Harap harap la lelaki ini makan dengan muka sebeknya.Sedih betul. Aku nak gila kot buku tu. rintih Hati Hana

"thanks missy" balas Asadel sambil membawa buku tersebut ke kaunter untuk membuat bayaran.

Terlopong Hana seketika sebelum dia sumpah seranah lelaki tersebut. Dia ingat dia handsome muka macam apa lagi dah tu poyo, sikat tepi, berlagak nak mampos, tak reti beralah, ego melangit. eeeeeeeeeeeee geramnya. kata Hana sambil berjalan keluar daripada kedai buku tersebut. 

Semasa Hana melangkah sebal keluar dari tempat itu lelaki tersebut berlari anak mengejar langkah Hana.

"miss! miss!" 

Hana mengalihkan tubuhnya untuk melihat siapa yang terjeri jerit tu 

"nah! kita share buku ni, lepas awak habis baca nanti awak bagi kepada saya pula." balas lelaki itu sambil menyerahkan buku tadi kepada Hana

" eh tak apa lah encik, nanti saya beli sendiri"balas Hana dengan lembut. Dia dah tawar hati nak ambil buku tu.

" awak nak tunggu lama ke? sebab tadi saya ada tanya cashier tentang cetakan seterusnya untuk buku ni lagi 5 bulan baru keluar yang baru, awak nak tunggu ke ?" balas lelaki tersebut dengan bersungguh-sungguh

"hah?!" balas Hana sambil terjerit kecil

"err err.. awak biar betul?"

"yes"

" kalau saya pinjam, saya nak pulangkan dekat awak bila pula" balas Hana sambil membelek belek buku yang lelaki itu berikan sebentar tadi. Dia tak sanggup nak tunggu lama lagi untuk baca buku tu. 

Sudah la buku tu merupakan sambungan buku yang lama. Dia nak sangat baca kesudahan cerita itu. Tu yang dia macam orang gila cari buku tu merata tempat.

"Bak sini handphone awak" kata lelaki tersebut sambil menyuakan tanganya untuk ambil Phone Hana

Hana dengan blurnya memberi phonenya kepada lelaki tu.

Dia mendail nombornya di telefon bimbit Hana dan apabila telefon bimbitnya berbunyi terus diserahkan kembali telefon Hana.

" By the Way my name is Asadel Farhan and you?" balasnya sambil tersenyum manis dia menghulur tangan untuk bersalam

"Hana Eliana, Hana" Hana hanya senyum tanpa menghulur tangan menandakan dia menolak untuk berjabat tangan.

Daripada situ lah mereka berkenalan, dan Hana tidak layankan sangat perangai si Asadel Farhan kerana baginya lelaki semua sama. Tak cukup dengan satu perempuan. Baginya semua lelaki sama sahaja dengan Uwais Farhim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sampainya sahaja dia di klinik, dia kembali ke biliknya untuk menyiapkan kembali kerjanya yang tergendala sebelum keluar berehat. 

Tiba-tiba bunyi ketukan di pintu biliknya bergema.

Kepala Farah menyenggah masuk untuk menyatakan yang Hana mempunyai pesakit. Dan Hana menyuruh Farah memanggil pesakit tersebut masuk.

Hana mengemas mejanya yang penuh dengan dokumen untuk memastikan mejanya bersih sebelum pesakit masuk. 

"Assalamualaikum Dr," Sapa pesakit tersebut. Hana macam tak nak panggung kepala sahaja daripada mejanya kerana dia amat kenali milik siapa suara itu. Lunak suaranya yang merdu dan penuh garau itu Hana tahu. Dia harap sangat bukan orang yang dia sangkakan  berada di hadapannya sekarang.

dont forget to comment and vote ok. xoxo



Aku Pilihan DiaWhere stories live. Discover now