Hana dan Uwais dalam perjalanan untuk balik ke kampung halaman Uwais yang terletak di Anak Bukit, Kedah. Setelah sehari mereka beraya dengan ibu dan Ayah Hana, pada malamnya mereka terus balik kampung.
Sempat juga Hana membuat drama air mata bersama ayah dan ibunya. Yang paling tak boleh tahan dapat duit raya terus air mata kering. teruk betul kau Hana.
Walaupun tidak sampai setahun dia melansungkan perkahwinan bersama Uwais, telah banyak dosa yang dia lakukan terhadap suaminya.Hana juga tidak melepaskan peluang untuk bermaaf-maafan berasama Uwais Farhim.
Hana masih ingat bait-bait kata yang diungkapkan oleh Uwais semasa bersalaman dengannya di pagi raya tadi
"Sayang tak pernah buat salah apa pun dekat abang, sayang adalah anugerah yang paling terindah abang pernah dapat daripada Allah. Abang beruntung sangat dapat memperisterikan Hana Eliana Binti Elman sebagai bidadari di dunia dan akhirat abang"
Ayat yang dituturkan oleh Uwais sangat menyenangkan hati Hana. Dia bersyukur sangat dapat menjadi isteri kepada Uwais Farhim dan tak lupa juga ibu kepada si kecil yang berada di dalam rahimnya sekarang ini. Sengaja dia tidak memberitahu Uwais tentang berita gembira ini sebab nak buat surprise sempena hari jadi Uwais nanti.
Sudah sebulan rupanya benih Uwais bercambah dalam rahimnya. Tak sangka subur juga aku. Kata Hana selepas mengetahui dia mengandung tiga hari lepas. Patutlah dia asyik nak marah, sedih, manja tiba-tiba rupanya sebab si kecil dalam ni rupanya.
Perjalan ke kampung halaman Uwais memakan masa 6 jam. Subuh baru mereka sampai. Mujur masa itu Mama dan Papa dah bangun. Abang dan kakak Uwais masing masing beraya di rumah mertua mereka.
"Uwais dan Hana pergi solat dulu, kalau nak tidur terus tidur dekat atas ok?" kata mama setelah mereka bersalaman.
"baik ibu" balas Uwais.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rumah Tokwan dan Wan Uwais besar sangat, memang best dapat rasa suasana di kampung. Walaupun rumah tok Uwais ialah rumah batu 3 tingkat tapi masih terasa suasana kampung. Al maklumlah anak-anak semua berjaya, jadi rumah ibu bapa haruslah dinaik taraf menjadi semakin mewah.
Semasa Uwais dan Hana tengah sedap berdating di pangkin hadapan rumah, ada seorang perempuan berambut panjang datang memeluk leher Uwais.
"Abang Uwais! I miss you so much" kata perempuan itu
Uwais dengan kalutnya menolak badan perempuan itu sambil bertanya. "Is this Najihah?, Najihah Aufa?"
"Abang Uwais ni baru 3 tahun tak jumpa dah lupa Najihah. hm nak merajuk la " kata Najihah sambil berpeluk tubuh
"Alololo jangan la merajuk my sweetie, abang Uwais tak lupa aih" balas Uwais sambil mengusap pipi Najihah.
Najihah Aufa mempunyai wajah yang cantik tapi sayang auratnya tidak ditutup seeloknya. Namun baju raya yang di pakai oleh Najihah yang berwarna maroon itu menaikkan lagi warna kulitnya yang putih.
Hana Eliana yang berada di sebelah Uwais hanya membatu. Tidak sangka suaminya boleh mengusap pipi bukan mahramnya di depannya. Tidak tahu kah mereka batasan hubungan seorang sepupu yang sepatutnya. sumpah seranah Hana dalam hati
"ehem ehem" tegur Hana untuk meleraikan aksi terlarang di hadapannya sekarang
" Eh sayang... kenalkan ni sepupu yang paling rapat dengan abang, Najihah Aufa. Time wedding kita hari tu dia takda sebab pergi still study in london" terang Uwais dengan wajah yang ceria
"Hi...kak Hana.. " sapa Najihah sambil melambaikan tangan
Tak sopan betul. ingatkan nak salam ke hapa. boleh dia lambai tangan ja. budak zaman sekarang memang kurang adab betul. geram Hana dalam hati.
Hana hanya membalas lambaian Najihah dengan senyuman manis yang dibuat buat sahaja.
"Eh Abang Uwais jom pergi sungai yang kita selalu pergi dulu-dulu nak? lama Najihah tak pergi tau" kata Najihah sambil merangkul tangan Uwais untuk beredar dari situ
"Sayang masuk duduk dengan mama kejap ekk.. abang nak teman Najihah pergi sungai dekat kampung depan tu kejap"
What the chicken dia pilih perempuan gedik merangkap sepupu dia daripada aku. Ho omgehh. Takkan aku nak meroyan pulak dekat sini menjerit terlolong tak bagi dia ikut si Najihah gedik tu pulak. Dia balik siap dia. Aku nak brainwash mamat ni. Amboih halal haram pon dah tak kenal dah sekarang.
Sakit Hati Hana melihat cara Uwais melayan si Najihah tu. Duduk sini lama lama pun bukan Uwais datang pujuk pon.. lebih baik aku masuk beborak dengan mama. Hana melangkah lemah masuk ke dalam rumah.
"Eh Hana, mana Uwais?" tanya ibu mertuanya apabila melihat dia jalan sorang-sorang
"dia ikut Najihah pergi sungai mana tah" balas Hana dengan nada yang lemah
"Hey kenapa ni Hana?" Susah hati ibu mertuanya melihat menantunya macam hilang laki
"mama... Hana nak tanya sikit boleh?"
"ha tanya la sayang oi"
" Uwais memang rapat ke dengan si Najihah tu"
" Najihah mana pulak? ohhh anak maktam ke ? ha dorang memang rapat dari dulu. maklumlah Uwais teringin nak adik perempuan tapi tak kesampaian sebab mama tak nak mengandung dah"
"emmm tapi kenapa dorang pegang pegang macam takde batas je ma?" tanya Hana tanpa dia sedari kerana fikiran dia dipenuhi dengan insiden tadi
"Anak mama ni jaelous ke?" Tanya mama sambil memegang pipiku lembut
"Eh tak la.. mama a.. a..abaikan je lah apa yang Hana tanya tadi"
"nanti mama nasihatkan si Uwais Farhim budak bertuah tu okay. Mungkin dia dah terbiasa layan Najihah macam tu sampai lupa yang dia dah ada isteri"
"bukannya Hana Jaelous mama.. cuma dalam islamkan antara sepupu perempuan dan lelaki kan ada batas.. Hana taknak Uwais buat dosa free je. hehehehe" balas Hana untuk cover yang dia memang jaelous pun
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Uwais nanti balik KL, Najihah nak tumpang rumah kamu boleh ?" Tanya Puan Faridah iaitu Maktam Uwais
"Eh Kak Dah kenapa si Najihah nak tumpang rumah Uwais pulak. Uwais dah ada isteri tau" tanya mama yang pelik dengan permintaan maktam
" Najihah kena buat praktikal dekat KL, katanya dekat dengan rumah si Uwais ni... sebab itu aku nak tanya Uwais boleh ka tidak tolong tumpangkan si Najihah ni untuk sementara waktu... sebelum dia jumpa rumah sewa yang baru" terang maktam lagi
Hana yang mendengar permintaan maktam Uwais terus rasa tak sedap hati. Rasa macam ada sesuatu sahaja yang akan terjadi sekiranya Najihah Aufa tinggal bersamanya dengan Uwais dalam satu rumah.
"Ya Allah kau tetapkanlah hati Uwais buatku, sesungguhnya aku takut akan perkara yang tidak baik berlaku kepada hubungan kami" doa Hana dalam hati
Hai awaksss hahahaha sorry lambat hupdate. Kalau nampak typo gitau ok. Biasa la dah lama tak menulis 😂
YOU ARE READING
Aku Pilihan Dia
RomanceHana Eliana merupakan seorang anak tunggal yang manja kepada kedua ibu bapanya iaitu Prof Helena dan Dr. Elman. al maklumlah anak tunggal. Sikapnya yang peramah dan senang dibuat kawan menyebabkan ramai gemar berkawan dengannya. Tetapi hana ni seor...