"Eh Uwais nak ke mana tu?" tanya puan Helena
serta merta air mata yang mengalir di pipi di seka Uwais.
"Uwais terpaksa pergi Melaka la ibu, urgent. ada meeting penting sikit dekat cawangan sana. So Uwais kena cepat takut nanti tak sempat sampai melaka pulak" kata Uwais lalu menghampiri ibu mertuanya.
"Ha pergi elok elok tau.. Jangan bawak laju laju sangat"
"Baik ibu.. Ibu tolong tengokkan Hana masa Uwais tak ada ni ya.. Uwais minta maaf sebab dah banyak menyusahkan ibu"
"Eh tak apa la.. Hana kan anak ibu jugak.. Uwais jangan putus asa dengan Hana ya.. perempuan ni kalau masa tengah mengandung dia emosi sikit.. kadang-kadang apa yang dia katakan dia tak bermaksud pun... "
Uwais berjeda sementara.. emm takkan ibu mertuanya boleh dengar pertengkaran dia dengan Hana tadi kut.. maybe mesti sebab nampak mata aku ada kesan merah lepas nangis kut. Biarlah.
"Tak apa lah ibu.. Uwais pergi dulu.. kirim salam dekat ayah ye" Uwais menyalami Puan Helena
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
Apa lah agaknya yang Hana buat dekat Uwais sampai menangis menantu seorangnya itu. bukannya dia tak nampak Uwais mengesat air matanya semasa dia menyapa menantunya itu.
Takkan la sebab nak kena pergi meeting dekat Melaka sampai kena menangis bagai. Lagipula si Uwais baru sahaja balik dari Singapore takkan la papanya sanggup menyuruh anaknya untuk ke Melaka pula. Ini mesti sebab masalah rumah tangga ni.. Puan Helena mula membawang pasal kehidupan anaknya.
Tak boleh jadi ni. Aku kena tolong rumah tangga anak menantu ku. Kata Puan Helena dalam hati dan terus mengorak langkah untuk ke bilik anaknya.
"Tokk Tokk Tokk.." pintu diketuk.
"Hana?" tanya puan Helena di sebalik pintu
"ya ibu! masuklah"
"Hana ada masalah?"
"eh tak ada lah ibu"
"lepas tu kenapa bergaduh dengan Uwais? pasal Najihah lagi?"
"Tak ada apa la ibu.."
"Ibu tahu Hana masih tak tahu kan pasal Najihah? Meh sini ibu cerita.. Najihah dah lama sukakan Uwais sebenarnya, dari kecil lagi.. Tapi Uwais anggap Najihah sebagai adik ja.. sebab itu Uwais ni sayang sangat dekat Najihah..."
"Sayang pun kena ada batas ibu.." potong Hana
"dengar dulu ibu cakap.. ibu potong mulut tu baru tahu"
Hana terus senyap
"Hana tahu tak ... sebenarnya Najihah dah sihirkan korang berdua. Dia guna sihir pemisah. Sihir ni akan menyebabkan laki bini ni asyik bergaduh sebab benda tak munasabah, Najihah letak tangkal tu dalam bilik korang berdua. Sebab tu korang asyik bergaduh lepas Najihah tumpang rumah korang kan? lepas Hana masuk Hospital hari tu Uwais cerita semuanya dekat ibu. Dia kata dia jadi panas bila duduk dengan Hana lah, dia kerja nak marah Hana lah..
Tapi Uwais tak cerita dekat Hana dia takut Hana terasa. Dari situ Ibu dah boleh syak dah ada something yang jadi dekat rumah tangga kamu. Lepas tu terus ibu bawa Uwais pergi berubat.Nasib sihir yang dia buat dekat korang berdua tak kuat jadi mudah la untuk berubat.
Uwais sendiri pun tak sangka Najihah memang ada agenda untuk porak perandakan rumah tangga Hana dengan dia sebab dia memang sayang si Najihah tu macam adik sendiri. Lepas buang semua sihir tu, Maktam si Uwais minta maaf banyak banyak sebab salah dia yang menyuruh si Najihah tinggal di rumah kamu berdua. Kalau dia tahu Najihah ada muslihat mesti dia akan halang.
Uwais dah maafkan maktamnya dan juga Najihah cuma dia kata jangan beritahu Hana buat sementara waktu ni. Kerana keadaan Hana masa tu tak stabil lagi. Uwais pendam semua ni sendiri. Dia juga beritahu dekat ibu yang dia tampar kamu sampai kamu hampir keguguran. Tindakan Uwais masa itu dia sendiri pun tak sedar. Maybe penangan sihir pemisah tu kot. Cuma ibu harap Hana janganlah hukum Uwais lagi kerana bukan salah dia semua ini berlaku"
"kenapa seorang pun tak bagitahu Hana pasal benda ni semua?!" Tanya Hana
"Hana mengandung sayang, kami taknak Hana tertekan.. lagipun kandungan kamu baru lagi.. Uwais pun menghalang kami semua untuk memberitahu hal sebenar kepada kamu"
"Ibu tahu tak disebabkan semua orang sembunyikan perkara besar macam ni lah Hana dah jadi isteri yang nusyuz tau ! Hana tengking dia Hana maki dia... Ya Allah ibu... berdosanya Hana kepada Uwais ibu"
"ibu paham.. sebab itu Ibu beritahu kepada kamu sekarang.. ibu harap kamu dapat menceriakan kembali kehidupan Uwais. Lepas saja kamu keluar wad sampai sekarang ibu tak nampak Uwais yang dulu.. yang kuat menyakat yang ceria.. semua dah tak ada sebab Hana tak beri peluang dekat dia langsung.. kesian dia nak.. maafkan dia ya"
"Tapi Hana dah halau Uwais.. Hana kata Hana taknak tengok muka dia ..."
" Hana masih ada peluang sayang.. Hana cari dia.. ambil hati dia balik sayang.. kesian dia selama ni dia tanggung sorang-sorang"
"Hana rasa bersalah ibu.. Hana dah derhaka dengan suami Hana ibu.." Balas Hana teresak-esak
Kesian Uwais.. Tak pasal pasal dia yang kena. Okkk jangan lupa vote and comment ok. XOXO 😘
YOU ARE READING
Aku Pilihan Dia
RomansaHana Eliana merupakan seorang anak tunggal yang manja kepada kedua ibu bapanya iaitu Prof Helena dan Dr. Elman. al maklumlah anak tunggal. Sikapnya yang peramah dan senang dibuat kawan menyebabkan ramai gemar berkawan dengannya. Tetapi hana ni seor...