Terkebil-kebil Hana melihat Marwan melabuhkan punggung di sebelah Uwais. Ceh ku pikirin gue sorang aja yang akan study dengan cowok ganteng ni. Ha kan dah terkeluar dialek Indonesia.
"Hai Hana" sapa Marwan dengan cerianya
"Eh, Hai! Kau pun minta Uwais ajarkan ke?
"iya la. Takkan aku nak bagi dia seorang sahaja jadi top student" balas Marwan sambil menjeling Uwais disebelahnya.
Hana hanya melemparkan senyuman yang tak ikhlas kepada Marwan. Dan sambung kembali pembelajarannya dengan Uwais.
Mereka bertiga membuat group discussion bersama hingga lewat tengahari. Pada pukul 2 petang Uwais terpaksa meminta diri kerana ada perkara yang perlu diselesaikan di rumahnya.
Tinggal Hana bersama dengan Marwan di situ. Selaepas Uwais hilang daripada pandangan mereka Marwan mengajak Hana untuk makan Lunch bersama.
" Hana jom pergi makan? Kau tak lapar ke? Ke kau dah kenyang makan soalan Addmath ni?"
" emm jom la aku pun dah lapar" balas Hana. Ini la masanya aku nak korek rahsia dekat Marwan tentang Uwais. Hehehehe bisik hana di dalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mereka memutuskan untuk makan di KFC berdekatan dengan perpustakaan itu sahaja. Hana mengambil snack plate begitu juga dengan Marwan. Mereka makan dengan senyap. Dua dua hanya makan tanpa bercakap. Lapar betul nampaknya.
"marwan, aku nak Tanya kau sikit boleh?" Tanya Hana yang ingin memecahkan kesunyian Antara mereka berdua.
" ha. tanya la. Kau nak Tanya apa?" Balas Marwan sambil makan ayamnya
" kau kenal si uwais tu sejak bila?"
"sejak aku jadi sperma lagi" balas Marwan dengan slumber badak dia
"aku tanya betul betul ni. Cuba balas senonoh sikit." Balas Hana dengan bebal. Aku tanya dia betul betul boleh pula buat lawak basi dekat aku.
" actually mak aku dengan mak dia bestfriend. Dari kecik lagi mak aku selalu bawa aku bila dia nak jumpa dengan mak Uwais. Kalau boleh dalam sebulan tu banyak kali juga la dorang jumpa. Lagipun rumah kitaorang dekat je."
"oh patutlah"
"kalau aku perempuan aku rasa mesti dorang dah kahwinkan kitaorang dua."
" aku macam nak cekik sahaja si Marwan ni" bisik Hana dalam hati
" emm aku nak Tanya kau. Si Uwais tu memang beku macam tu ke?"
" dia memang macam tu dari dulu. Kau ingat senang aku berkawan dengan dia?. Masa kecik dulu kan bila mak aku bawa aku ke rumah dia, dia buat tak tahu je dekat aku walaupun aku tegur dia dulu. Sampai la aku ambil robot dia aku patahkan depan mata dia sendiri. Baru dia nak bercakap dengan aku itupun dia cakap apa kau nak tau. Dia kata aku tak guna. Lepastu di blah"
"hahahahaha. Kelakar juga ek dia tu. Punya lah beku" balas Hana sambil ketawa mengekek dengan tindakan Uwais. Comel je.
Apabila mereka selesai makan. Kedua-duanya meminta diri untuk pulang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas perjumpaan mereka di perpustakaan itu, mereka bertiga semakin rapat. Perjumpaan mereka yang seterusnya Hana membawa Syasya sekali. Dia takut nanti orang kata apa pula dekat dia kerana dia seorang sahaja perempuan keluar dengan dua lelaki.
Hari berganti hari hubungan Hana dengan Uwais boleh dikatakan rapat sehingga boleh berbalas wasap setiap hari. Wuuuu Hana merasa dirinya sudah Berjaya menggoda si Uwais. Setiap hari Hana akan memastikan dia akan bertanya satu soalan kepada Uwais tentang pelajaran. sebenarnya sebab lain. Daripada situ pertanyaan dia bertukar kepada lain daripada pelajaran. Hana ingatkan Uwais tak layan akan dirinya. Tidak sangka pula dia melayan.
Satu hari Hana Tanya Marwan tentang Uwais melalui aplikasi wasap.
Marwan Marwan Marwan aku nak Tanya something dekat kau
Ha kau nak Tanya apa. Tak habis habis dengan Tanya la kau ni.
Uwais memang jenis kongsi cerita life dia dekat orang ke
Kongsi life macam mna yang kau cuba nak cakapkan ni?
Macam dia tengah makan ke tidur ke. Macam tu la...
Setahu aku budak tu tak pernah lagi la tak siuman macam tu
Kenapa kau kata dia tak siuman pula?
Iya la. Dia tu kawan pun susah dapat apa tah lagi nak cerita pasai life dia dekat orang.
Ok. Aku nak Tanya yang tu je. Thanks weh
Emmm uwais buat macam tu ke dekat kau
Eh tak la. Saja je Tanya kau. Dah la byeee.
Terus Hana tidak membalas pertanyaan Marwan. Emmm kalau dia tak pernah buat dekat orang lain kenapa dia buat macam tu dekat aku. Kadang-kadang dia yang akan Tanya aku sudah makan ke belum sihat ke tidak walaupun kadang kadangnya aku yang mula bertanya dulu. Adakah ini menunjukkan perubahan positif. Kalau tak pon aku nak kata ya juga. Alhamdulillah mission aku lagi sikit sahaja nak Berjaya.
adakah mission Hana berjaya?
Adakah apa yang Hana rasa tu betul ?
nantikan chapter seterusnya.
YOU ARE READING
Aku Pilihan Dia
RomanceHana Eliana merupakan seorang anak tunggal yang manja kepada kedua ibu bapanya iaitu Prof Helena dan Dr. Elman. al maklumlah anak tunggal. Sikapnya yang peramah dan senang dibuat kawan menyebabkan ramai gemar berkawan dengannya. Tetapi hana ni seor...