*kringgg* menandakan waktu rehat
"weh Hana kau tengok tak muka uwais bila cikgu umum dia dapat nombor satu dalam kelas?" tegur Syasya yang merupakan kawan sehidup semati Hana
"nampak je. kenapa?" tanya Hana sambil mengemas mejanya yang berterabur sebelum pergi rehat
"poyo gila kot muka dia. macam apa lagi, memang la aku tak nafi dia budak top student tapi boleh kot buat muka senonoh sikit. Ini tak, boleh dia buat muka bajet bagus dia" sampuk syasya lagi
Hana menahan geram di dalam hati kerana baginya segala perbuatan yang uwais lakukan semua comel dan macho sahaja di matanya kerana uwais merupakan crush dia sejak dia di tingkatan empat lagi. Tetapi dia pendam sahaja perasaannya tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kawan baiknya sendiri.
Hana bukannya taknak bagitahu kepada Aina tentang isi hatinya terhadap Uwais, tetapi dia malu takut Syasya mentertawakannya skiranya dia beritahu kepada Syasya. Maklumlah Hana ni boleh tahan juga lasaknya tiba-tiba ja tangkap cintan dekat Uwais, jatuh la maruahnya.
" biarlah dekat dia. Dia pandai. kita yang tak beberapa ni nak kutuk dia pulak memang tak dapat apa la cek kak oi " balas Hana
"Dah. jom p kantin" kata Hana lagi sambil menarik tangan Syasya untuk keluar daripada kelas.
Sesampainya mereka di kantin Hana melihat Uwais bersama kawan-kawannya bergelak ketawa di tempat makan.
"Allah, handsomenya dia gelak macam tu. dengan rambut cacaknya, ada lesung pipit di sebelah kiri lagi dengan kulitnya yang putih. Boleh cair aku kalau lama-lama macam ni" bisik Hana di dalam hati
"woi, kau mengelamun apa? makcik tu tanya kau dari tadi nak makan apa tau tak?" sergah Syasya. Mati terus lamunan Hana.
"haaaa... kau tengok Uwais ek?"
"eh mana ada, aku tengah cari tempat duduk kosong je " balas Hana yang kelam kabut nak cover takut kantoi
okayssss thats all untuk mukadimah story ni amacam best tak ? jangan lupa komen dan vote ye. thank you
YOU ARE READING
Aku Pilihan Dia
RomanceHana Eliana merupakan seorang anak tunggal yang manja kepada kedua ibu bapanya iaitu Prof Helena dan Dr. Elman. al maklumlah anak tunggal. Sikapnya yang peramah dan senang dibuat kawan menyebabkan ramai gemar berkawan dengannya. Tetapi hana ni seor...