Sesampainya Hana di Mc Cafe, Hana terus duduk di meja bersebelahan dengan cermin yang nampak luar. Hana tunggu punya tunggu sampai nak dekat setengah jam Uwais tak muncul pun. Batang hidung dia lagi la tak nampak.
Hana rasa macam diperbodohkan sahaja tunggu Uwais tidak sampai sampai. Dia ingat aku patung ka apa. Aku pun ada kerja lain juga nak hadap daripada dia. Geramnyaaaa. dia merasakan Missionnya Failed.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Keesokkan harinya Hana datang ke sekolah dengan perasaan bebal. Uwais langsung tak datang ke tempat perjanjian mereka. Dah la tunggu lama air pon habis mission tak boleh buat waktu study tergendala semua kacau. ini semua punca Uwais.
masuk sahaja ke dalam kelas Uwais tengok Hana dengan tak ada perasaan bersalah. dia jeling sahaja tengok Hana masuk dalam kelas. Lagi bertambah bebal perasaan Hana waktu itu.
Kalau aku dapat mamat ni mau aku cincang lumat buat meatball. Geramnyaaaaa dia langsung tak tegur aku nak minta maaf sebab tak datang semalam ke tak da langsung. Dia cuma jeling je. Sabar je la Hana. Kau yang nak dia sangat kan, Kau hadap la sendiri
Duduknya Hana di tempatnya Syasya pun bertanya
"kau dah kenapa Hana? pagi pagi muka dah monyok "
" kau tau tak semalam aku tunggu Uwais dekat Mc Cafe yang dia janji tu, dia tak datang pon. berejam jugak la aku tunggu takut dia datang lewat ka apa" balas Hana dengan bebalnya
" Kau macam tak tahu Uwais tu macam mana yang kau pergi minta tolong dia juga tu kenapa?"
" ish kau ni macam tak tahu pula! aku nak goda dia la, bagi dia tahu aku wujud dalam kelas tu "
" ohh.. macam ni lah, kejap lagi kau pergi tanya Uwais sendiri kena dia tak datang semalam"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Weh Uwais kenapa kau tak muncul pun semalam. Aku tunggu kau setengah jam tau tak ?"
"kau datang pukul berapa semalam ?"
"pukul 5 la"
"are you really sure?"
"of course la aku sampai dalam pukul 5 macam tu la"
"aku datang tempat tu 4.55 and bila aku tengok jam aku dah pukul 5 aku tak nampak kau, aku terus blah"
"aku lewat berapa minit je kut"
"aku dah cakap kan semalam kau lewat aku blah. Buang masa aku je" balas Uwais lalu beredar daripada kelas tanpa mendengar sebarang balasan daripada Hana.
Ya Allah aku macam nak cekik ja mamat ni. Kenapa la hati batu sangat. Perempuan mana la yang jadi bini kau nanti pon aku tak tau. Malang sungguh perempuan tu. Dengus Hana dalam hati
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apabila waktu pulang sekolah, syasya datang mendekati Hana untuk pulang bersama sama.
"kau dah tanya dekat Uwais kenapa dia tak muncul?" tanya syasya
"aku tanya dah, dia kata sebab aku lewat beberapa minit" balas Hana acuh tak acuh
"sebab beberapa minit ja?! Bukannya puluh minit ka jam ka ? Gila la mamat tu"
"musnah terus mission aku nak pikat dia Sya"
" eh kau mana boleh putus asa macam ni. I know you can do it. Hana Eliana bukan seorang yang lemah. Takkan sekali ja cuba terus nak give up. Tak boleh la Hana. Bila sekali kau dah mula kau kena terus terusan mencuba sampai kau dapat. Baru kau puas hati. Ini tidak baru nak mula dah terbantut." kata syasya untuk menguatkan semangat kawannya yang melayang disebabkan ketegasan Uwais terhadap masa
" emmm entah la sya.. Nanti aku fikir semula nak teruskan ke tidak. Sekarang aku serabut, dah la nak dekat exam bulanan aku dok kalut dengan uwais lagi" balas Hana. Kadang kadang dia sendiri pun tak paham kenapa dia perlu terkejar kejarkan Uwais sedangkan pelajaran dia lebih penting. Sudahla cita citanya untuk menjadi seorang doktor yang berjaya seperti ayahnya tapi sekarang perasaannya lebih dia fikirkan berbanding pelajaran. terasa macam anak derhaka pula
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malam itu Hana termenung melihat handphonenya. emmmm nak wasap ke tak ek nak wasap ke tak.
Hana mengambil syiling dan baling kalau kepala dia akan mesej Uwais kalau ekor dia akan lupakan sahaja hasratnya. dengan kiraan satu dua tiga hana pun membalingkan syiling sambil matanya tertutup dengan harapan akan keluar ekor. Apabila dia mencapai syiling tersebut, syiling itu menunjukkan di sebelah kepala.
okokok gementar takut gemuruh semua ada. Ini sahaja peluang yang kau ada Hana, guna seboleh-bolehnya.
Hana pun menggapai Hensetnya dan nama Uwais di cari dalam list contact. Yes jumpa. Hana memang save number Uwais sejak awal lagi group kelas dibuat. Tapi tak pernah sekali pun dia cuba untuk contact dengan Uwais. Kali ini dia tekad nak dekati Uwais. Sebab lagi berapa bulan sahaja lagi dia boleh berjumpa dengan Uwais nanti habis SPM masing-masing dah buat hal masing-masing.
" macam mana aku nak mula ek..." kata hana sambil meletakkan jarinya di dagu.
Assalamualaikum Uwais. aku Hana
ok dua tick
lepas berapa minit yessss blue tick
"ok dia tak balas salam aku. memeang sombong benar mamat ni. jaga kau" degus Hana
aku nak minta maaf pasal semalam sebab aku lambat dalam 2 minit macam tu.
yess kali ni uwais balas. rasa macam nak loncat aje bila tengok dia typing hehehe
its okay
kalau nanti kita set tempat lain boleh tak? kali ni aku jamin aku datang awal
aku rasa aku tak boleh percayakan kau dah
kau ni jangan la buruk sangka dekat kesilapan pertama seseorang. tak baik tau
ok.bila. di mana.
dekat perpustakaan Tun Teja. Hari Ahad. pukul 9. ok tak? ke kau ada rancangan?
ok. takda.
ok nanti kalau ada apa apa hal just text aku ya
selepas itu dia hanya blue tick kan Hana. Hai la Hana kesian kau tersuka dekat mamat beku. Its ok, I like sebab boleh main tarik tali kekeke
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
akhirnya hari yang ditunggu tunggu oleh Hana datang juga. Yes. Boleh study dengan Uwaisssssss yeayyyyyyyyy. Sesampainya Hana di perpustakaan tepat jam 8.59, Hana lihat Uwais sedang tengok jam. Ceh nak tinggal aku lagi la tu kalau lambat.
"hai" sapa hana sambil menanyang giginya kepada Uwais. Uwais hanya melihatnya dengan muka keboringan.
"jomlah masuk" ajak Uwais
"kau nak tanya pasal addmath apa dekat aku?" tanya Uwais selepas mereka sudah duduk di tempat yang disediakan.
"Ha! pasal ni " sambil menunjukkan soalan tersebut kepada Uwais. Baru sahaja Uwais hendak mula terangkan kepada Hana, ada seorang lelaki datang menyapa
" sorry aku lambat"
jeng jeng jeng.. siapa tu hahahaha. jangan lupa vote and comment ok.
YOU ARE READING
Aku Pilihan Dia
RomanceHana Eliana merupakan seorang anak tunggal yang manja kepada kedua ibu bapanya iaitu Prof Helena dan Dr. Elman. al maklumlah anak tunggal. Sikapnya yang peramah dan senang dibuat kawan menyebabkan ramai gemar berkawan dengannya. Tetapi hana ni seor...