Chapter 8

269 16 1
                                    

Hari ini merupakan hari terakhir mereka bersekolah kerana minggu depan sudah bermula peperiksaan sebenar SPM. Gerun, Cuak, Takut semua perasaan itu ada dalam diri Hana. Demi kedua ibu bapanya dia berjanji akan dirinya sendiri untuk buat yang terbaik.

Budak kelas Hana semuanya bercadang untuk pergi makan di kedai Johnny's iaitu berdekatan dengan sekolah mereka sahaja. Semua wajib ikut sebab mereka kata nak tangkap gambar buat kenang-kenangan katanya.

Hana bercadang untuk tumpang kereta Syasya sahaja. Dia tidak mahu menyusahkan ibunya, lagi pula dia ingin menghabiskan masa dengan Syasya sebelum mereka terpisah setelah habis SPM.

Mereka bersembang tak ingat dunia di kedai tersebut. Bising mengalahkan 40 orang sedangkan hanya 15 orang sahaja di meja makan tu. Marwan dengan lawak basinya dan syasya dengan acah acah blurnya. Apatah lagi si Uwais yang tidak habis habis dengan fonnya. Kalau rasa nak main fon baik balik rumah sahaja mamat ni. Dengus Hana. Tiba- tiba Marwan mematikan lamunan Hana.

" hana, kau lepas SPM buat apa?"

" aku tolong ayah aku dekat klinik dia." Balas Hana sambil menyisip minumannya

" oh, nanti kau nak buat jurusan Medic dekat mana?"

" ayah aku kata dia nak hantar aku ke Ireland, sambung study sana"

" kau nak sambung study dekat sana ke Hana? Alaaaa tak dapat la jumpa kau kalau aku rindu"

"kau merepek apa la Marwan oi, aku ikut je apa yang ayah aku sarankan dekat aku. Bagi aku keputusan dia yang terbaik." Balas Hana sambil memandang Uwais. Dia perasan muka Uwais berubah apabla dia menyatakan yang dia akan sambung pelajaran ke luar negara. Tapi perasaan itu ditepisnya kerana takut apa yang dia rasa hanya perasannya sahaja.

" baguslah kalau macam tu, aku doakan kan kau menjadi Dr yang berjaya suatu hari nanti"

" amin, insyallah."

Mereka berbual dan menghabiskan masa di kedai tersebut selama 3 jam. Pukul 4 baru mereka semua beransur pulang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Petang itu, Hana mendapat pesanan ringkas daripada Uwais melalui aplikasi whatsapp.

hana aku nak jumpa kau nanti boleh?

bila ? hai takkan tadi dah jumpa pun tak cukup kot? Rindu aku lagi ek? balas hana dengan slumbernya

betul betul la Hana, nanti hari last paper kita, aku nak jumpa kau dekat Mc Café selepas habis exam .Aku tunggu kau dekat sana.

Dalam pukul 3 macam tu boleh tak ? sebab aku nak tukar baju apa semua dulu baru kita meet up ok. lagipun aku taknak nanti kau biar aku sensorang lagi macam hari tu. Serik bro

Ha, pukul 3. Kau jangan lambat pulak ek?

Ok boss. Selamat study love balas Hana. Patutnya ada love tu tapi dipadamnya takut kena kecam dengan si Uwais tu. Hehehe gatal yek kau Hana.

Perbualan mereka di aplikasi whatsapp menyebabkan fikiran Hana berserabut memikirkan kenapa yang Uwais nak sangat bertemu dengannya. Adakah dia nak bagitahu tentang perasaanyya dekat aku?. Jangan perasan boleh tak Hana Eliana binti Esfan. Marah Hana sambil memukul mukul kepalanya. Ni yang buat aku nak menyanyi nih. dengus Hana lagi

Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa ku harus bagaimana
Kasih...

Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Tentunya hubungan cinta denganmu
Membuat ku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Eh macam masuk pulak lagu Melly Goeslow ni dengan aku. Bisik Hana. Ha ni yang buat aku nak nyanyi lagu ni banyak kali ni . Sekarang, kita nyanyi sepuas hati, kejap lagi kita sambung study balik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akhirnya hari yang ditunggu tunggu oleh Hana tiba juga. Hari di mana berakhirnya segala penat lelah sepanjang menjadi calon SPM. segala yang cikgu taburkan di dalam kelas diaplikasikan sepenuhnya oleh Hana dalam peperiksaanya. Dia yakin, dia telah berusaha bersungguh-sungguh dan dia hanya tawakkal sahaja kepada Tuhan dengan keputusannya nanti.

emmm sekarang tiba waktunya dia kena jumpa Uwais. Nak pakai baju apa ek. kata Hana sambil meletakkan jarinya di dagu. Dress? Jubah? Kemeja? or baju kurung? hahahaha buat lawak betul pakai baju kurung nak jumpa Uwais kuakuakua. Kau ingat nak jumpa mak mertua ke Hana oi. buat malu je.

Akhirnya Hana memilih untuk memakai dress sahaja. Dress berwana pink digabungkan dengan tudung berwarna merah dililitkan di kepalanya. Done. Cantiknya anak Pakcik Esfan ni.. angkat bakul sendiri lah kau ni Hana. Eh kalau bukan aku yang puji diri aku sapa lagi?. Nak harapkan si Uwais maunya tunggu Lembu ada 5 kaki baru dia puji aku agaknya.

Tibanya Hana di Mc Cafe dia terlihat Uwais sudah duduk di sebuah meja di hujung penjuru.

" kau dah order makana belum?" tanya Hana seraya melabuhkan punggung di hadapan Uwais.

Uwais tidak membalas pertanyaan Hana dan memandang Hana tanpa berkelip matanya. bagaikan terpukau sahaja gaya si Uwais ni.

"hoi, air liur kau tumpah tu!" kata Hana lagi yang melihat Uwais mengelamun sambil tengok dirinya bagaikan nak terkam sahaja. Ada kotoran ke dekat muka aku sampai si Uwais ni tengok aku macam tu. bisik hana dalam hati sambil menyapu nyapu di mukanya. Takut juga kalau ada something dekat muka dia. Maunya ada taik hidung ke, buat malu keturunan dia je.

" eh, belum pesan lagi, kau nak apa apa tak ?" balas Uwais yang terkebil-kebil macam baru sedar dari tidur yang lena sahaja.

" aku nak mocha ice blended with burger chicken mc deluxe"

" ok aku pergi pesan kejap ek"

selepas beberapa minit Uwais datang bersama makanan yang mereka berdua inginkan.

"Wow sedapnya, lama dah aku puasa makan fast food" kata Hana dengan cerianya sambil mengunyah fries

"kau jangan kelentong aku boleh tak? sebelum kita final kan kita ada buat group discussion dekat KFC"

" ada ekk? lupa dah, wek" balas Hana sambil menjelirkan lidahnya. macam budak budak sahaja perwatakan Hana ni.

mereka makan sampai habis tanpa membuka mulut. maklumlah baru habis perang dengan soalan SPM tadi, mesti lapar. sampai tak panggung kepala langsung mereka makan.

apabila sudah selesai makan makanan mereka, Hana baru teringat akan Uwais yang ingin berjumpa dengannya kerana ada something. lalu dia pun bertanya kepada Uwais.

"kau nak jumpa aku sebab apa?"

"emmm. Aku nak tanya kau. Kau ada minat someone or kau dah ada someone ke?"

"aku ada la minat someone ni tapi aku dah lupakan dah minat aku dekat dia"

"kau minat siapa?"

"Adalah. Pulun je nak tau" balas Hana sambil menyisip airnya

"actually aku nak bagi kau ni " balas Uwais sambil bagi sebuah bakul yang dipenuhi dengan macam macam jenama coklat dalam tu.

" kenapa kau bagi dekat aku benda ni?"

" sebab aku suka kau"

Hana terkejut. Hana ternganga. Hana tak tahu nak cakap apa.


Hi sayang sayangku semuanyaaaaa. Amacam update kali ni ? Jangan lupa vote and komen ok. Bye 😍

Aku Pilihan DiaWhere stories live. Discover now