Chapter 26

319 11 1
                                    

Hari ini sudah genap 2 minggu Najihah Aufa menumpang di rumah Hana dan Uwais. Rutin harian mereka juga sudah berubah. Kalau dulu mereka hanya makan berdua sekarang harus bertiga. Hubungan Hana dan Uwais juga sudah ada renggangnya.

Jikalau dulu nak tonton tv atau makan mesti akan berkepit, sekarang tidak lagi kerana Najihah sering menyendeng kepada Uwais.

Yang sakit hatinya, Uwais langsung tak menepis perbuatan Najihah. Walaupun Hana dan mamanya telah brainwash Uwais tentang batas pergaulan antara sepupu lelaki dan perempuan. Hana hanya mampu tengok sahaja. Malas hendak tegur lagi, sebab ada sahaja jawapan yang Uwais akan beri kepadanya.

"Dia yang menyendeng bukan abang" "Najihah kan muda lagi, biasa la tu darah tengah panas sebab tu kerja nak melekat dengan abang je" "jangan risau abang anggap najihah macam adik saja". Masalahnya si Najihah tu tak anggap Uwais sebagai seorang abang pun. Tolong lah jangan positif sangat.Perempuan kalau dia dah tekad nak kan sesuatu benda tu dia akan buat macam macam cara sekali pon lah. Bebal Hana dalam hati.

"Dr. Eliana? Dr?? " panggi staffnya

"Eh ya? awak masuk bila ?"

"Saya panggil Dr dah banyak kali tadi. Dr. yang mengelamun"

"sorry sorry saya tak dengar"

"tak mengapa Doc. Jangan kerap sangat mengelamun nanti jangkit dekat baby pulak. hehe" kata staffnya lagi. Ya, Farah seorang sahaja yang mengetahui kehadiran si kecil dalam rahimnya kerana staffnya yang menolongnya untuk buat check up hari tu.

"ada ada saja awak ni. Ha, kenapa awak panggil saya tadi?"

" Dr. lupa ka hari ni Dr. kata nak balik awal sebab nak masakkan special untuk husband terchenta sempena hari jadi dia?"

"Allah, nasib awak peringatkan saya. Terima Kasih Farah " Balas Hana sambil cepat cepat mengemas mejanya yang penuh dengan fail pesakit.

Sambil berjalan menuju ke keretanya, Hana mengusap perutnya.

"Hari ni kita akan beritahu papa yang anak mama dah ada dalam ni. kita buat surprise dekat papa ye sayang" tersenyum lebar Hana mengingatkan buah hati nya yang semakin membesar dalam rahimnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

abang, balik awal hari ni ya?

Abang tengah meeting ni sayang. Habis saja meeting abang balik ok?

jangan lambat tau. Love you 😘

Love you too syg 😍

tak sabarnya nak sambut Birthday husband sayeeeeee. sorak Hana

Kek. ✔

spaghetti oglio olio favourite Uwais.✔

orange juice ✔

semua dah siap. tunggu birthday boy je.

7.30 p.m

Mana abang ni. Tadi janji kata lepas meeting nak balik. Takkan meeting sampai maghrib kot. Kata Hana dalam hati. Najihah pun tak balik lagi. Takkan dorang sambut dekat luar berdua tak ingat aku.

Hana mengeleng geleng kepalanya. Mengarutlah kau Hana. Takkan Uwais lupakan kau. Sekarang kita pergi mandi, solat maghrib dulu mana tau Uwais berhenti solat dahulu. Hana menyedapkan hatinya sendiri.

11.00 p.m

Call banyak kali dah, tapi masuk mail box. Sedihnya... Baru nak happy happy dengan Uwais Farhim tapi batang hidung pun tak nampak.

Baru sahaja Hana ingin beredar daripada meja makan, terdengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah.

Ya bukan satu tapi dua kereta iaitu kereta Uwais dan kereta najihah. SERENTAK okay. Positif Hana. Positif. Maybe dorang terserempak dekat simpang jalan.

"Assalamualaikum" suara Uwais memberi salam

"Waalaikumsalam" sahut Hana dengan nada yang lemah

"sayang dah makan ?"

"Hana tunggu abang daripada petang tadi abang janji nak balik awal lepas meeting. Memang semua yang datang meeting abang tu tak berkeluarga ke sampai balik lewat malam macam ni?" sembur Hana. Dia memang tak tahan dengan perangai Uwais sejak dua menjak ini. Tapi dia masih tahan, sekarang tidak lagi.

Uwais terus memeluk Hana kerana baru teringat akan janjinya kepada Hana.

"sorry sayang, abang lupa. Betul. Abang lupa sangat sangat yang abang ada janji dengan sayang untuk balik awal. Bateri phone abang habis. Lepas tu Najihah jumpa abang dekat pejabat ajak dinner. Tak sangka pula dia buat suprise birthday dekat abang smpai abang terlupa." panjang lebar Uwais terang kepada Hana

Hana hanya membatu. Dia lebih pilih Najihah daripada aku. Aku ni siapa. Rintih Hana dalam hati. Air mata yang bertakung pantas diseka.

Perlahan-lahan Hana menolak pelukkan Uwais apabila melihat Najihah tersenyum sumbing di satu sudut. Hana Tidak mahu ada orang lain melihat pergaduhan mereka suami isteri.

"tak mengapalah abang. Tak ada rezeki.Kalau abang sudi abang makanlah. Anyway Happy Birthday" balas Hana lalu berjalan untuk naik ke bilik dengan hati yang remuk. Dia perlukan ruang untuk hadam semua yang berlaku.

Uwais Farhim hanya melihat Hana mendaki anak tangga untuk naik ke tingkat atas. Tidak rasa bersalah kah dia ?

Terus kakinya menuju ke meja makan untuk melihat persiapan yang dilakukan oleh isterinya.

Kek yang dihiasi tulisan "Happy birthday Abang" dipandang dengan rasa bersalah. "Ya Allah isteri aku tunggu dekat rumah untuk celebrate sama sama tapi aku boleh keluar dengan Najihah." bisik hati Uwais.

"Najihah kalau lapar lagi makan la ek. Kak Hana ada masakkan spaghetti. Abang nak naik atas kejap." terus sahaja Uwais melangkah laju untuk berjumpa dengan Hana. Mesti isterinya merajuk.

Selepas menghantar pandangan ke arah Uwais yang menaiki tangga Najihah menuju ke dapur. Najihah hanya memandang sinis kepada persiapan yang dilakukan oleh Hana.

"I'll make sure, abang Uwais will be mine soon" kata Najihah dengan nada mak lampir macam dalam cerita hantu.



Jangan lupa vote and comment guyssss 😘. Najihah dah jadi lalang. harap harap hubungan Uwais dan Hana berkekalan.😬

Aku Pilihan DiaWhere stories live. Discover now