Part 2

167 11 0
                                    

"Rin palli nanti Yoongi marah." Gesa Mirae kepada temannya yang bernama Kim Hyorin.

"I dont care."

Hyorin terus menikmati nasi lemak dengan penuh berselera membuatkan Mirae merengus kasar.

Selesai menjamu selera Hyorin dan Mirae terus ke rooftop di bangunan belakang. Tempat favourite Evil Mate untuk melepak. Ketika mereka sampai kelihatan Jung Hoseok sedang asyik menyanyi seolah-olah sedang membuat konsert dan penontonnya adalah Seokjin. Namjoon dan Hyera pula sedang asyik mendengar lagu melalui earphone yang dikongsi berdua. Kononnya sweet lah tu.

"Sumbang woii." Ejek Hyorin lalu bersila di lantai walaupun hakikatnya suara Hoseok memang merdu lebih-lebih lagi bila dia rap. Power habis.

Tidak lama kemudian muncul seorang pelajar namja dengan muka ketatnya bersama seorang pelajar perempuan berkulit cerah. Min Yoongi dan Lee Yein Ae.

"Huii sorry lambat." Kata Yein Ae lalu mengambil tempat di sebelah Hyorin.

Yoongi pula berjalan selamba ke tebing bangunan dan duduk di situ. Sekali kena tolak mahu terhumban ke bawah.

"Yein, explain." Arah Yoongi tanpa sebarang senyuman.

Yoongi sememangnya payah untuk tersenyum dan sentiasa dingin. Semua pelajar menggelarnya Ice Prince.

"Kita kena cari ahli baru join our club." Kata Yein Ae menanti reaksi kawan-kawannya.

Seperti yang dijangka Seokjin terlopong, Hoseok mula mencarut, Hyorin dan Mirae membentak tak puas hati, Namjoon buat muka tak kisah dan Hyera pula blur. Yein Ae tersenyum sinis melihat reaksi gengnya.

"Yein pujuklah appa kau takyah cari ahli yang baru." Rayu Mirae.

Yein Ae hanya menggeleng-geleng menandakan keputusan muktamad. Bukan mereka tidak tahu perangai appa Yein Ae yang merupakan ketua mereka, sangat tegas orangnya. Jika dia kata A maka A lah jawabnya.

"Appa suruh cari junior." Terang Yein Ae lagi.

"Aduhh malasnya aku nak latih-latih orang ni." Keluh Hoseok.

"Dont worry Seok, Yo Hwan and Yo Seob akan turun nanti." Kata Yein Ae merujuk kepada dua orang abangnya yang berpengalaman.

"Namjoon, Hyera! Korang buat poster makluman lepastu tampal dekat papan kenyataan sekolah. Aku nak by tomorrow dah siap." Yoongi yang sedari tadi diam mula memberi arahan.

Namjoon membuat muka malasnya manakala Hyera hanya mengangguk dalam tak rela.

"Jin hyung, Hobie. Adakan ujibakat tu lusa." Arah Yoongi lagi.

"Aku dengan Mirae?" Soal Hyorin.

"Settlekan target korang. Aku bagi tiga hari je untuk intip dia. Lepastu hapuskan." Yoongi bersuara tegas.

Semua mengangguk faham akan arahan Yoongi tanpa seorang pun membantah. Semua tidak berani melawan arahan Leader Evil I.

"Dah balik class." Arah Yoongi lalu mengheret Seokjin menuju ke kelas mereka. Dia kenal benar dengan sahabat baiknya itu yang suka mengelat.

Hoseok dan Mirae yang sekelas berlalu ke makmal sains kerana lepas rehat merupakan subjek kimia. Yein Ae dan Hyorin pula sengaja melencong ke toilet sebelum ke kelas mereka. Namjoon ke padang untuk berlatih basketball bersama teamnya. Perlawanan akan diadakan tak lama lagi dan sebagai kapten pasukan Namjoon sangat tegas. Kalau boleh setiap masa dia ingin memaksa teamnya berlatih tetapi guru-guru hanya memberi pelepasan untuk berlatih bermula lepas waktu rehat. Hyera pula ke bilik rawatan, pura-pura sakitlah apalagi kan.

♥♥♥

Semua pelajar mengerumuni papan kenyataan melihat notis yang ditampal. Masing-masing menjerit suka.

Perhatian kepada semua junior.
Kami mencari ahli baru untuk Club Bangtan.
Sesiapa yang rasa diri berbakat dan mempunyai kelebihan sila datang ke ujibakat pada esok hari bertempat di Gym selepas tamat waktu persekolahan.
Evil Mate

Club Bangtan sudah ditubuhkan selama lima tahun di sekolah itu oleh Lee Yeojung, appa kepada Yein Ae. Tetapi mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya aktiviti club tersebut, hanya ahli yang sah sahaja mengetahui segala-galanya. Pencarian ahli baru juga jarang-jarang diadakan. Oleh itu, ramai yang berhasrat untuk memasuki Club Bangtan.

"Wehh jom masuk club ni." Ajak seorang namja kepada temannya.

"Aku ikut kau je."

♥♥♥

"Kau rasa diorang dua akan join?" Tanya Yein Ae kepada Yoongi di sebelah.

Ketika itu mereka sedang melepak di belakang sekolah yang sunyi, port favourite Yoongi. Yoongi malas mahu menjawab dan hanya menghembuskan asap vape ke muka kawan baiknya. Yein Ae merengus geram apabila bajunya sudah berbau dengan asap vape berperisa Strawberry.

"Dahlah aku masuk kelas dulu. Kau taknak cau lagi ke?" Tanya Yein Ae.

"Nantilah aku nak layan vape dulu." Kata Yoongi selamba.

"Suka hati kau lah."

♥♥♥

"Balik nanti kau lepak mana?" Tanya Hyorin sambil mengerling sekilas ke arah Hoseok di sebelah.

Hoseok hanya mengangkat bahu dengan wajah yang tidak berperasaan.

"Teman aku intip mamat tu. Mirae kena teman omma dia gi hospital petang ni."

"Okay."

Gedebuk!

Hoseok jatuh ke lantai akibat dilanggar seseorang.

"Heyy buta ke?" Marah seorang pelajar lelaki yang telah melanggar Hoseok tadi.

Hoseok mengangkat wajah dan merenung tajam pelajar itu. Darahnya naik ke kepala. Muka Hoseok yang putih menjadi merah menandakan dia tengah bengang. Tangan digenggam.

Buk!

Pelajar namja yang memakai tag nama Daesung jatuh terlentang akibat tumbukan padu Hoseok. Cecair merah mengalir dari bibirnya yang pecah. Pelajar-pelajar sudah berkerumun melihat adegan itu. Bisik-bisik halus kedengaran.

"Kesian budak baru tu."

"Silap dia juga yang cari pasal dengan geng Evil Mate buat apa."

Hoseok mencekak kolar baju Daesung dan menumbuknya bertubi-tubi di muka. Hyorin hanya melihat dengan tidak berperasaan sambil memeluk tubuh. Daesung terbatuk-batuk darah akibat gusinya yang pecah. Hidungnya juga berdarah.

"Seok dahlah tu." Pujuk Hyorin lalu merangkul leher Hoseok bagi menyabarkannya.

Jika dibiarkan berterusan mahu mati si Daesung dikerjakan Hoseok. 

"Lain kali jangan cari pasal dengan aku. Kau belum kenal aku siapa budak." Hoseok bersuara keras.

Hoseok melepaskan cengkamannya dan Daesung yang tidak bermaya terus terbaring di lantai.

"Apa tengok2 berambuslah." Tengking Hyorin.

Semua pelajar berlari lintang pukang ke kelas masing-masing.

"Jakkaman."

Hyorin menahan tiga orang pelajar junior yang kemudiannya menghampirinya dengan takut-takut.

"Hantar mamat ni pergi bilik rawatan." Arah Hyorin sebelum menarik lengan Hoseok dan berlalu pergi.

[H] Evil Mate •bts•Where stories live. Discover now