Part 32

100 7 0
                                    

"Haihh mana bas ni." Bebel Hyorin sambil berpeluk tubuh.

Hoseok tersenyum melihat tingkah Hyorin yang asyik terjenguk-jenguk menanti kedatangan bas. Sesekali gadis itu menggigil apabila angin sejuk menyapa tubuhnya. Salah dia juga sebab tak bawa jacket ke sekolah tadi.

"Sejuk?" Soal Hoseok sepatah.

"Aniya." Nafi Hyorin.

Hoseok menggelengkan kepalanya. Dia membuka jacket yang tersarung ditubuhnya lalu diletak di bahu Hyorin menyebabkan gadis itu agak terperanjat.

"Aku okaylah." Kata Hyorin, cuba untuk mengembalikan jacket milik Hoseok.

"Jangan degil." Hoseok menjegilkan matanya.

"Haihh arasso arasso." Akhirnya Hyorin mengalah memandangkan dia juga sudah tidak tahan dengan suhu pada malam itu.

"Itu pun bas." Cepat-cepat Hoseok menahan bas.

Mereka berdua melompat naik dan terus ke tempat duduk di bahagian belakang sekali.

"Rin gomawo." Tutur Hoseok tiba-tiba.

"Untuk apa?" Soal Hyorin sambil menguap. Waktu yang menginjak angka 10 malam membuatkan matanya kuyu.

"Sebab teman aku harini. Kau selalu ada bila aku sedih, kau selalu pujuk aku and you always there for me. Jinjja gomawo chiguya for everything." Hoseok berkata sambil tersenyum.

Apabila tidak mendapat sebarang balasan, Hoseok berpaling ke arah Hyorin dan rupa-rupanya yeoja itu sudah terlelap.

"Lahhh duduk pun boleh tidur, penat sangat nampaknya." Hoseok tergelak kecil dan tanpa sedar dia mengusap lembut kepala Hyorin.

"Ririn ah bangunlah, aku bosan." Panggil Hoseok namun Hyorin tetap tertidur lena.

Hoseok mendekatkan wajahnya untuk melihat sama ada Hyorin memang tidur atau pun hanya berpura-pura.

"Rin ireona. Kalau kau taknak bangun aku geletek." Ugut Hoseok sambil tersengih nakal.

Hyorin tetap juga membisu kerana dia memang betul-betul lena ketika itu.

Driver bas secara tiba-tiba membelok masuk ke simpang menyebabkan kepala Hyorin tertunduk ke hadapan dan...

Wajah Hoseok yang sememangnya sudah dekat dengan Hyorin membuatkan bibir mereka bertemu apabila Hyorin tertunduk tadi. Hoseok terkaku dengan apa yang sedang berlaku antara mereka berdua ketika itu. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi apa.

Apabila dilihat Hyorin seperti hendak terjaga cepat-cepat Hoseok kembali duduk bersandar di kerusi bas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila dilihat Hyorin seperti hendak terjaga cepat-cepat Hoseok kembali duduk bersandar di kerusi bas.

Hyorin menoleh ke arah Hoseok membuatkan namja itu menggeleng pantas.

"Bukan aku bukan aku." Nafi Hoseok laju, khuatir Hyorin menganggapnya sengaja mengambil kesempatan.

"Ehh ni bus stop area rumah kita. Ahjussi, berhenti sini." Jerit Hyorin.

Hyorin memegang tangan Hoseok membuatkan jantung Hoseok semakin berdegup pantas.

"Kajja kita turun." Ajak Hyorin lalu terus menarik Hoseok untuk turun dari bas.

Hoseok benar-benar lega apabila Hyorin langsung tidak tahu apa yang telah berlaku tadi memandangkan yeoja itu terlalu nyenyak tidur.

♥♥♥

"Seok, wae kau diam je dari tadi?" Soal Hyorin sambil mengerling Hoseok yang sedang berjalan di sebelahnya. Ketika itu mereka berdua sedang berjalan pulang ke rumah.

"Takda apa-apa." Hoseok menggeleng perlahan. Hakikatnya mindanya asyik memikirkan apa yang telah berlaku di dalam bas tadi.

Hoseok menyentuh dadanya dan jantungnya masih berdegup pantas.

"Waeyo? Kau sakit ke?" Tanya Hyorin apabila melihat Hoseok memegang dada, wajah namja itu juga agar kemerahan. Mungkin sebab sejuk.

"Aniya." Balas Hoseok dan dia terus melangkah dengan laju meninggalkan Hyorin di belakang.

"Aikk pelik semacam je dia malam ni." Hyorin memandang Hoseok yang sudah jauh ke depan.

Tiba-tiba angin bertiup membuatkan Hyorin mendongak. Hyorin tersengih sebelum berlari mengejar Hoseok dan menghalang langkah namja itu.

Hoseok berhenti secara mengejut apabila Hyorin tiba-tiba menghalang jalannya.

"Wae?" Soal Hoseok menggelabah. Adakah Hyorin dah tahu apa yang berlaku?

Hyorin mendepakan tangannya di hadapan Hoseok.

"Aku elakkan kau menangis." Tutur Hyorin.

"Mwo?"

"Kau kan pernah cakap yang kau nangis sebab bila kena angin." Kata Hyorin membuatkan Hoseok terus teringat kenangan di waktu kecilnya.

Flashback

"Uncle Yeojung, siapa tu?" Soal seorang kanak-kanak perempuan sambil tangan kecilnya menunjuk ke arah seorang budak lelaki yang sedang duduk di taman mini di halaman rumah.

"Hyorin sayang, itu kawan baru Rin." Balas Yeojung sambil mengusap kepala anak angkatnya.

"Wae dia menangis uncle?" Soal Hyorin.

"Dia tengah sedih tu. Boleh Rin pujuk dia?" Pinta Yeojung.

"Boleh uncle." Jawab Hyorin pantas.

Tanpa membuang masa Hyorin merapati budak lelaki yang masih tidak diketahui namanya.

"Hai." Tegur Hyorin sambil tersenyum comel.

Budak lelaki itu mengangkat wajahnya melihat Hyorin.

"Saya Kim Hyorin. Nama awak?" Tanya Hyorin ramah.

"Jung Hoseok." Balas si budak lelaki perlahan.

"Nak jadi chingu saya tak?" Tanya Hyorin sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Hoseok memandang lama Hyorin sebelum menyambut huluran tangan kanak-kanak itu.

"Kenapa awak menangis? Awak sedih ke?" Tanya Hyorin polos.

"Aniya." Tipu Hoseok.

"Habistu kenapa?"

"Saya bukan nangis cuma mata ni berair disebabkan angin bertiup kuat." Hoseok memberi alasan dengan lancar.

Hyorin berdiri betul-betul di hadapan Hoseok dan mendepakan tangan.

"Saya dah halang angin tu jadi jangan menangis lagi arasso?" Kata Hyorin.

"Arasso." Perlahan-lahan senyuman manis terbit di bibir kecil Hoseok.

Begitulah permulaan persahabatan di antara Jung Hoseok dan Kim Hyorin.

End of flasback

"Yah! Kau berangan ke apa?" Hyorin memetik jari di hadapan wajah Hoseok sekaligus menyedarkan Hoseok yang tenggelam di masa kecilnya.

"Mana ada." Sangkal Hoseok laju.

Hoseok tiba-tiba memusingkan tubuh Hyorin agar membelakanginya.

"Waegurae?" Hyorin sedikit terkejut.

"Dah jalan jangan banyak cakap." Hoseok menolak tubuh Hyorin agar meneruskan jalan.

"Yah yah janganlah tolak laju-laju. Nanti aku jatuh." Terjerit-jerit Hyorin dibuatnya.

[H] Evil Mate •bts•Where stories live. Discover now