Part 22

93 7 0
                                    

Bunyi pintu bilik dibuka menyebabkan Eun Sung yang sedang termenung di tepi tingkap menoleh ke arah pintu. Yein Ae masuk ke dalam dengan selamba sambil menatang dulang yang mengandungi sepiring nasi goreng kimchi dan air. Dulang itu diletakkan di atas meja bersebelahan katil.

"Makan." Ucap Yein Ae sepatah.

Eun Sung duduk di birai katil lalu mencapai makanan yang terhidang. Dia memandang makanan tersebut lama, risau kalau-kalau terdapat racun di dalam makanan tersebut. Yelah yang bagi makanan tersebut adalah orang yang dibayar untuk membunuhnya.

"Jangan risau makanan tu selamat." Kata Yien Ae sambil tersenyum sinis melihat muka cuak gadis di hadapannya itu.

"Ba..baik." Balas Eun Sung gagap dan mula menyuap makanan ke dalam mulut. Walaupun dia masih ragu dengan makanan tersebut tetapi perutnya yang lapar memaksanya untuk menelan juga.

"Kau tau Cha Eun Sung." Yein Ae tiba-tiba bersuara.

"Ya?" Eun Sung mendongak memandang Yein Ae yang sedang bersandar di almari baju.

"Kau beruntung." Balas Yein Ae perlahan.

"Beruntung?" Berkerut dahi Eun Sung mendengar kata-kata yeoja itu.

'Kau beruntung sebab dapat curi hati Yoongi.' Sambung Eun Sung di dalam hati.

"Aniya. Dah habiskan makanan tu." Kata Yein Ae dan berura-ura untuk meninggalkan bilik tetamu tersebut sebelum pertanyaan Eun Sung mematikan langkahnya.

"Sampai bila aku kena duduk sini?"

"Kau sabar je. Aku akan pastikan kau keluar dari villa ni secepat mungkin sebab..." Yein Ae berjeda seketika.

"Sebab?"

"Sebab villa besar ni tak perlukan orang luar macam kau dan untuk pengetahuan kau aku benci dengan kemunculan kau." Yein Ae bersuara dalam nada mendatar.

Eun Sung hanya diam setelah mendengar kata-kata yeoja yang tidak diketahui namanya itu.

"Ahh one more. Kalau ikutkan hati dah lama aku bunuh kau tapi sebab Yoongi aku..."

Dan tanpa menghabiskan ayatnya Yein Ae cepat-cepat meninggalkan bilik tetamu tersebut. Semakin dia berlamaan di situ semakin membuak bencinya terhadap Eun Sung. Semuanya gara-gara Eun Sung adalah orang pertama yang berjaya menawan hati Yoongi dan mungkin sekarang masih bertempat di hati lelaki itu.

Manakala Yoongi pula merupakan lelaki pertama yang bertakhta di hati Yein Ae.

♥♥♥

"Yah bagilah aku." Jimin cuba merebut bantal peluk kesayangannya dari tangan Jungkook namun disebabkan dia sedikit rendah bantal tersebut tidak berjaya dicapai.

Sedang mereka bergusti di ruang tamu disebabkan sebiji bantal tiba-tiba Yein Ae muncul dengan berpakaian yang agak seksi. Terlopong Jimin dan Jungkook melihat Yein Ae. Tak pernah mereka melihat Yein Ae berpakaian begitu.

"Tak payahlah pandang aku macam tu. Cucuk mata baru tahu." Yein Ae menjegilkan mata kepada mereka berdua.

"Ehh hehe tak sengaja." Jimin menggosok lehernya segan apabila terkantoi memandang anak dara orang lama-lama.

"Lawa-lawa ni nak ke mana noona?" Soal Jungkook menyibuk nak tahu.

"Nak ikutlah tu kan." Kata Yein Ae yang sudah faham dengan perangai maknae seorang tu. Pantang je ada orang nak keluar sibuk je nak ikut.

"Boleh ke noona?" Mata Jungkook bercahaya.

"Mana boleh. Noona nak keluar jumpa namchin." Yein Ae mengenyit mata.

"Alaaa." Jungkook memuncungkan bibir.

Yein Ae tergelak melihat Jungkook yang mula merajuk. Mengada betul dia.

"Okaylah jom ikut noona."

"Jinjjayo?" Jungkook sudah melonjak ceria.

"Chim nak ikut jugak." Jerit Jimin sambil mengangkat tangan.

"Ya ya siap cepat tapi ingat jangan bagitau yang lain sebab..." Yein Ae berjalan mendekati namja berdua itu sebelum berbisik, "kita nak pergi club."

Jungkook dan Jimin yang mendengar berpandangan sesama sendiri sebelum menjerit suka.

♥♥♥

Zengdo Club

Yein Ae, Jungkook dan Jimin melangkah ke arah kelab malam mewah bersama-sama. Sampai sahaja di muka pintu club mereka ditahan oleh dua orang pengawal yang berbadan tegap. Yein Ae menunjukkan kad vipnya kepada pengawal itu.

"Silakan Miss Lee." Pengawal itu menunduk hormat dan membukakan pintu untuk Yein Ae.

"Wahhhhhhh." Jimin sangat teruja melihat suasana club yang sangat meriah.

Ini kali pertama dia masuk ke dalam club mewah sebegitu.

"Korang pergilah duduk dulu kat sana." Kata Yein Ae menunjukkan sebuah meja kosong kepada mereka.

"Kau nak pergi mana?" Soal Jimin mengerutkan dahi.

"Jumpa someone. Dahlah aku caww dulu." Yein Ae meninggalkan Jungkook dan Jimin. Dia menapak ke lif untuk naik ke tingkat tiga club tersebut.

Keluar sahaja dari lif dia meliarkan mata mencari seseorang.

"There you are." Yein Ae tersenyum penuh makna.

Dia berjalan ke arah seorang namja yang sedang duduk berseorangan di bar. Ini merupakan peluang keemasannya kerana selalunya pasti ada sahaja yeoja di sisi namja itu.

"Haii." Yein Ae menegur lelaki itu.

"Yes?"

"Are you Seo Sae Jung right?" Soal Yein Ae.

"Yes and who are you?" Sae Jung memandang Yein Ae atas bawah.

'Not bad.' Matanya galak memerhatikan Yein Ae.

"Ohh im Lee Yien Ae." Yein Ae memperkenalkan dirinya.

Tak salah kot nak bagitahu identiti sebenar kepada Sae Jung sebab lepas ni bukan lelaki itu boleh berjumpanya lagi.

"Are you free now?" Soal Yein Ae dengan gaya yang penuh menggoda.

Sae Jung melihat jam tangan seketika.

"I free for 1 hour." Balas Sae Jung selepas beberapa ketika.

"Lebih dari cukup Sae Jung cause I just need 1 minute." Kata Yein Ae tersenyum penuh makna.

"Maksud you?"

"Jom ikut I." Yein Ae memaut lengan Sae Jung dan membawa lelaki itu ke sebuah bilik.

Yein Ae menolak Sae Jung sehingga namja itu terduduk di katil.

"Sae Jung, kau tahu aku siapa?" Soal Yein Ae, bahasanya sudah tidak lembut seperti tadi.

Sae Jung memandang lama Yein Ae sebelum menggeleng.

"Aku salah seorang ahli Evil Mate." Bagitahu Yein Ae tanpa teragak-agak.

"Evil Mate?" Sae Jung terperanjat besar.

"Yes man."

"Tapi bukan ke Evil Mate tak dedahkan identiti diaorang dekat client?" Sae Jung bertanya dengan wajah keliru.

Hal ini kerana mereka hanya berurusan melalui email. Identiti Evil Mate tidak akan diberitahu kepada client.

"Betul tu. Tapi kau bukan lagi client kitaorang tapi target." Yein Ae tersenyum lagi. Senyuman yang menyeramkan.

"Maksud kau?" Terkebil-kebil Sae Jung, cuba untuk menghadam kata-kata Yein Ae.

"No more talking. Just say bye to this world Mr Sae Jung."

Yein Ae mengeluarkan pisau yang disorok di dalam handbag dan zapp!

Leher Sae Jung dikelarnya. Melihatkan Sae Jung yang nyawa-nyawa ikan Yein Ae menikam pula dada Sae Jung bertubi-tubi dan akhirnya badan lelaki itu kaku tidak bergerak serta nafasnya juga terhenti.

[H] Evil Mate •bts•Where stories live. Discover now