Part 29

92 7 0
                                    

Tenenet~

"Eo, ada apa si pendek ni call?" Jungkook membebel dahulu sebelum mengangkat panggilan daripada Jimin.

"Kook, jumpa aku jap." Kata Jimin di hujung talian.

"Hiyong, Kook kat dalam toilet je pun tak payahlah call." Jungkook mencebikkan bibir walaupun dia tahu Jimin takkan nampak.

"Yang kau pun apasal bawa phone masuk toilet iyewww." Jimin bersuara kegelian dan terus mematikan talian.

Tak sampai lima minit Jungkook pun keluar dari tandas bersama poker facenya. Matanya menjeling Jimin yang sedang tersengih dari atas katil.

"Tak payah nak jeling-jeling sangat. Juling mata tu baru tahu." Kata Jimin yang rimas dengan pandangan membunuh Jungkook.

Jungkook menghempaskan tubuhnya di atas katil bersebelahan Jimin, "tadi hyung nak cakap apa?"

"Ohh ya jakkaman." Jimin mencapai laptop berwarna pink dari meja bersebelahan katil. Kenapa pink? Sebab itu hadiah daripada Seokjin muahehehe. Walaupun pada mulanya Jimin tak sudi mahu menggunakan laptop tersebut.

"Ini orang-orang yang follow Kook haritu." Jimin menunjukkan gambar-gambar yang ditangkap Jungkook tempoh hari sebelum menyambung, "diaorang semua orang suruhan Kim Moon Shik."

"Aku agak dah." Terangguk-angguk kepala Jungkook. Seperti yang dijangka semua itu ada kena mengena dengan teman rapat ayahnya suatu ketika dahulu.

"Pasal Detektif Choi ada apa-apa info tak?" Soal Jungkook yang sudah pun berada dalam posisi meniarap.

"Ada." Jimin mencari satu fail di dalam laptopnya sebelum ditunjuk kepada Jungkook.

"Nama penuh, Choi Man Soo. Berumur 55 tahun dan sekarang bekerja sebagai pemandu teksi." Jelas Jimin.

"Baiklah. Gomawo hyung." Jungkook menepuk perlahan bahu Jimin.

"No prob bro." Jimin tersengih

♥♥♥

Jungkook mendekati sekumpulan pemandu teksi yang sedang rancak berborak sesama sendiri.

"Ya dik, nak pergi mana?" Soal salah seorang pemandu teksi kepada Jungkook.

"Saya nak cari Choi Man Soo." Kata Jungkook sambil memerhati setiap seorang pemandu teksi yang berada di situ.

"Ada apa cari aku?" Tanya seorang lelaki.

"Pakcik ni Choi Man Soo ke?" Jungkook inginkan kepastian.

"Ya." Man Soo mengangguk.

"Saya ada benda nak tanya ni. Just two of us." Tutur Jungkook, dia perlukan privasi untuk berbincang.

"Okay."

"Ikut saya." Jungkook membawa Man Soo ke tempat yang agak tersorok.

"Apa yang kau nak tanya?" Soal Man Soo kepada Jungkook.

"Saya nak tahu pasal kes Jeon Jaehyuk yang pernah pakcik siasat dulu." Tanpa membuang masa Jungkook terus ke topik utama.

"Kau ni siapa?" Man Soo menatap Jungkook atas bawah.

"Saya anak Jeon Jaehyuk." Beritahu Jungkook.

Man Soo tergelak kecil sebelum bersuara, "berapa kau nak bagi aku?"

"Nae?" Jungkook terpinga-pinga dengan soalan Man Soo.

"Kalau kau boleh bagi duit lagi banyak dari orang hari tu tawar so aku akan bagitahu kau semuanya." Kata Man Soo.

"Maksudnya ada orang selain saya nak tahu pasal appa saya?" Jungkook mengerutkan dahinya. Pelik dengan kata-kata Man Soo sebentar tadi.

Man Soo mengangguk selamba.

"Nugu?"

"Kau tak perlu tahu siapa. Sekarang ni aku cuma nak tau boleh ke kau bayar aku?" Man Soo berpeluk tubuh menunggu jawapan Jungkook.

"Saya boleh bayar berapa pun pakcik. Jadi apa yang pakcik tahu?" Gesa Jungkook. Dia sudah tidak boleh bersabar.

"Aku nak duit dulu baru aku boleh bagitahu dekat mana aku simpan tape tu." Tegas Man Soo.

"Tape? Tape apa pakcik?" Soal Jungkook lagi.

"Give me the money first and you will get the answer." Man Soo tidak menjawab soalan Jungkook.

Jungkook menggenggam kedua belah tangannya menahan sabar dengan lelaki tua di hadapannya itu.

"Jebal pakcik bagitahu saya sekarang." Rayu Jungkook, dia benar-benar terdesak.

"Betul ke kau tak tipu aku?" Man Soo ragu-ragu.

"Betul pakcik." Jungkook mengangguk laju cuba meyakinkan Man Soo.

Man Soo berfikir sejenak. Perlu ke dia mempercayai remaja di hadapannya itu?

"Baiklah aku akan bagitahu." Akhirnya Man Soo bersetuju.

"Jinjja?" Jungkook excited.

"Tape tu ada dekat..."

Bang!

Terbeliak mata Jungkook melihat Man Soo ditembak tepat ke dadanya. Cepat-cepat Jungkook menyambut tubuh Man Soo sebelum lelaki itu rebah ke tanah.

"Pakcik pakcik." Jungkook menggoncang-goncang tubuh Man Soo yang berlumuran darah.

"Pakcik jangan mati dulu. Pakcik belum bagitahu saya lagi." Semakin kuat Jungkook menggoncang tubuh Man Soo yang makin lemah.

"3...6...1..." Kata Man Soo dengan suara yang amat perlahan.

"Apa pakcik?" Jungkook mendekatkan telinga ke mulut Man Soo.

"3...6...1..." Ulang Man Soo.

"361?"

Persoalan itu tidak dapat dirungkaikan oleh Jungkook memandangkan Man Soo sudah menghembus nafas terakhir.

[H] Evil Mate •bts•Where stories live. Discover now