Part 27

86 8 0
                                    

"Jin hyung!" Jungkook menerjah masuk ke dalam kereta.

"Opocot mak kau meletup." Latah Seokjin, hampir-hampir phone di tangannya terlepas.

"Haha hyung lawak." Jungkook mengekek ketawa. Mudah terhibur betul budak sorang ni.

"Yah! Nasib tak tercabut jantung hyung." Marah Seokjin.

"Mianhaeyo hyung ku yang hensem." Jungkook mengelip-ngelipkan matanya acah comel.

"Kalau membodek ni adalah tu yang dia nak." Seokjin dah faham benar dengan Jungkook. Bahkan bukan Jungkook sahaja, gangnya yang lain kalau dah membodek mesti adalah tu muslihatnya.

"Ehh mana hyung tahu ni?" Jungkook menunjukkan wajah terkejut.

"Hmm Kook nak apa?" Seokjin menyoal malas kerana lebih menumpukan perhatian pada telefon bimbit.

"Hantar Kook boleh tak?" Pinta Jungkook.

"Pergi mana?" Seokjin bertanya kerana setahunya Jungkook bukan kaki merayau.

"Ada benda Kook nak siasat. Pasal mendiang appa Kook." Terus terang Jungkook memberirahu. Dia sangat yakin bahawa Seokjin takkan menghantarnya jika tidak tahu tujuan sebenarnya.

"Sekarang ke?"

"Eung." Jungkook menjawab laju.

"Tapi diaorang tak keluar lagi ni." Kata Seokjin sambil memandang ke dalam kawasan sekolah. Waktu persekolahan dah tamat 15 minit yang lepas tapi kawan-kawannya tak juga muncul-muncul. Penat dah Seokjin menanti.

"Diaorang ada meeting pebenda ntah." Beritahu Jungkook.

"Jeon Jungkook! Kenapa tak cakap dari tadi?!" Bulat mata Seokjin memandang Jungkook di sebelah.

"Hyung yang tak tanya." Balas Jungkook bersama sengih arnabnya.

"Ehh budak ni aku cepuk juga karang. Haa mana tempat kau nak pergi ni?" Seokjin menurunkan handbrek kereta dan mula memandu meninggalkan kawasan sekolah.

Jungkook pula mengsetkan gps di kereta agar memudahkan Seokjin untuk membawanya ke tempat yang ingin dituju.

"Here we are." Seokjin memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai makan kecil.

Jungkook melihat semula alamat yang disimpan di dalam telefon. Setelah yakin bahawa itu merupakan tempat yang betul barulah dia keluar.

"Hyung tunggu kejap tau. Kook pergi kejap je." Pesan Jungkook sebelum menutup pintu kereta.

Masuk sahaja ke dalam kedai tersebut dia disapa oleh seorang wanita berumur dalam lingkungan 30-an.

"Selamat datang ke Bongki Chicken." Ramah wanita itu menegur.

Jungkook menunduk sedikit kepala sebagai tanda hormat, "makcik dekat sini ada tak orang nama Lee Song Chul?"

"Err ada. Itu abeoji makcik." Balas wanita itu teragak-agak.

"Boleh saya jumpa dia kejap?" Pinta Jungkook.

"Kejap ya dik." Wanita itu masuk ke dalam sebuah bilik yang terdapat di situ. Mungkin bilik rehat.

Sementara menanti Lee Song Chul, Jungkook sempat lagi memerhati keadaan kedai makan itu. Dalam perkiraannya kedai itu tidak berapa maju.

"Kau ke yang nak jumpa aku?" Seorang lelaki lewat 50-an menegur Jungkook kasar.

"Ya saya."

"Kau nak apa? Aku sibuk." Kata lelaki itu.

"Encik ni Inspektor Lee Song Chul yang siasat kes Jeon Jaehyuk kan?" Jungkook bertanya inginkan kepastian.

Raut wajah Lee Song Chul berubah apabila mendengar kata-kata Jungkook.

"Seolma...kau ni anak Jaehyuk ke?" Song Chul memerhatikan Jungkook atas bawah.

"Betul tu encik." Laju Jungkook mengangguk.

"Jadi, ada apa kau cari aku?"

"Saya nak tahu pasal appa sa..."

"Kalau kau nak tahu pasal Jaehyuk kau silap orang sebab aku tak tau apa-apa. Yang aku tahu sebabkan mamat tu aku dengan team aku dibuang kerja." Belum sempat Jungkook menerangkan tujuannya ke situ, Song Chul sudah memotong pantas. Dia memandang jengkel kepada Jungkook. Sesungguhnya dia masih sakit hati kerana dipecat kerja. Tapi sebabnya langsung tidak diketahui apa, ketuanya tidak mahu memberi penjelasan.

"Err tapi encik..."

"Ka. Palli ka. Atau aku akan call polis." Ugut Song Chul membuatkan Jungkook cepat-cepat meminta diri untuk beredar.

"Nanti budak." Tiba-tiba Song Chul memanggil.

"Ya?" Jungkook yang sudah sampai di muka pintu kedai berpaling kembali.

"Cari Detektif Choi. Dia boleh bagi kau jawapan." Sebaik berkata begitu Song Chul terus masuk semula ke dalam bilik dibuntuti anak perempuannya.

"Abeoji, kenapa bagitau budak tu pasal Uncle Choi?" Anak perempuannya bertanya kepada si ayah yang sudah pun merehatkan tubuh di kerusi malas.

"Biarkan dia cari kebenaran pasal Jaehyuk." Song Chul membalas dengan mata terpejam.

"Tapi kalau orang-orang tu tahu habis kita." Bentak anaknya.

"Kalau kau tak buka mulut diaorang takkan tahu. Dah pergi call diaorang. Pastikan kita dapat duit yang diaorang janjikan tu." Arah Song Chul.

"Yelah."

Anak perempuannya mencapai telefon lalu nombor seseorang didail.

"Hello Secretary Ahn. Ni saya Somi. Tadi ada orang datang cari abeoji. Dia nak tahu pasal kes Jaehyuk."

Beberapa hari lepas Song Chul didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Secretary Ahn. Lelaki itu mahu dia laporkan kalau-kalau ada orang datang mencari maklumat pasal Jaehyuk, kes yang pernah dihandlenya 8 tahun lepas.  Sebagai ganjaran Secretary Ahn berjanji mahu memberi Song Chul wang atas kerjasamanya. Tapi tadi Song Chul sengaja memberitahu Jungkook mengenai Detektif Choi. Biarlah anak Jaehyuk siasat apa yang terjadi sebenarnya. Hanya itu yang mampu dibantunya.

[H] Evil Mate •bts•Where stories live. Discover now