"Tsk tsk sedihnya cerita tadi." Seokjin mengelap sisa air mata di pipinya.
Hyera dah tergelak tengok Seokjin yang masih lagi tidak berhenti menangis mengalahkan yeoja. Sepanjang berada di dalam panggung wayang tadi Seokjin asyik menangis je. Kalau menangis senyap-senyap tak apalah juga, ini siap teresak-esak. Hyera dah tak tahu nak letak muka dekat mana bila semua yang ada dalam panggung memandang mereka semacam. Malu tak terkata Hyera jadinya.
"Dahlah oppa, malu orang tengok." Pujuk Hyera sambil dia mengheret Seokjin ke tempat yang tidak ramai orang.
"Kenapa anak dia mati? Wae wae?" Seokjin masih lagi beremosi sambil menghentak-hentak kaki.
Hyera dah tepuk dahi melihat perangai keanak-anakkan Seokjin. Patutlah semua tolak ketika Seokjin mengajak keluar tengok wayang tadi. Mereka tidak sanggup mahu melayan karenah pelik Seokjin lepas tengok cerita sedih. Tapi Hyera kisah apa, asal orang belanja dia on je. Rezeki jangan ditolak babe.
"Okaylah oppa jom balik." Ajak Hyera apabila melihat hari sudah lewat petang.
"Okay jom!"
Mereka bersama-sama melangkah ke lif untuk turun ke parkir bawah tanah di mana kereta Audi Seokjin terletak.
♥♥♥
"Oppa, nanti singgah kedai tau. Budak-budak kat rumah tu nak kirim snek." Kata Hyera kepada Seokjin yang sedang memandu tenang di sebelahnya.
"Ehh diaorang ni punya banyak stok makanan dekat rumah takkan tak cukup-cukup lagi." Bebel Seokjin.
'Oh no!" Hyera dah cuak bila Seokjin dah memanaskan enjin mulutnya untuk membebel. Konfem bernanah telinga dia kejap lagi.
"Diaorang tak tahu ke ini satu pembaziran, ramai lagi tahu tak yang kebulur tak cukup makan dekat negara lain tu tapi diaorang sedap-sedap je bla bla bla~"
'Kan dah cakap.' Hyera mengeluh dalam diam.
"Dahlah tu oppa tak penat ke asyik bercakap? Tadi kemain melalak ni membebel pula haihh." Omel Hyera tidak puas hati.
"Ehh biarlah ni mulut oppa. Tak kacau mulut Hyera pun kan." Seokjin menjawab sarkastik.
"Eeeee geramnya!!!" Hyera menarik kuat rambut blonde Seokjin. Dia dah panas hati dengan namja di sebelahnya itu.
"Arghhh jangan Raa jangan. Oppa tengah drive ni." Terjerit-jerit Seokjin kerana cengkaman Hyera agak kuat. Nak tercabut kulit kepala rasanya. Sebelah tangannya cuba melepaskan tangan Hyera dari rambutnya manakala sebelah tangan lagi sibuk mengawal stereng kereta.
"Oppa ada orang!!!!" Jerit Hyera kuat apabila ternampak seorang lelaki sedang melintas jalan.
Streettttt~~~
Seokjin menekan brek sekuat hatinya bagi mengelakkan pelanggaran berlaku.
"Op..oppa dah langgar dia ke?" Seokjin dah cuak tengok lelaki tadi dah terbaring dekat atas jalan.
"Molla. Pergila check oppa." Hyera menolak-nolak tubuh Seokjin menyuruh namja itu keluar.
"Taknaklah, oppa takut." Seokjin menggeleng laju membantah idea Hyera itu.
"Dahtu takkan Raa pula!" Hyera menjegilkan mata ke arah Seokjin.
"Yelah yelah." Seokjin mengalah kerana tidak mahu dituduh tidak gentleman. Tercalarlah maruah dia sebagai ahli Evil Mate yang paling tua.
Seokjin perlahan-lahan mendekati lelaki yang masih lagi terbaring di jalan itu.
"Encik, encik okay?" Soal Seokjin teragak-agak.
"Aduhhh." Lelaki itu mengaduh sakit sambil memegang sikunya yang berdarah.
Seokjin menarik nafas lega apabila kecederaan yang dialami lelaki itu tidak parah.
"Saya minta maaf encik." Seokjin tunduk berkali-kali.
"Heyyy bawa kereta tu elok-eloklah. Nasib baik aku tak mati tadi." Tengking lelaki itu sambil bangun dari jalan. Bila Seokjin nak membantu, lelaki itu laju menepis. Huh berlagak.
"Saya betul-betul tak sengaja. Sekali lagi saya minta maaf. Mari saya hantar encik pergi klinik." Ajak Seokjin bersungguh.
"Tak payah. Kau call kan je teksi untuk aku dan bagi duit untuk beli ubat." Balas lelaki itu sambil membelek sikunya.
"Baik encik!" Pantas Seokjin mengeluarkan telefon pintarnya.
Hyera yang sedari tadi melihat dari dalam kereta sudah kaku tidak bergerak. Bukan kerana terkejut dengan kemalangan kecil itu tetapi dia terkejut melihat wajah lelaki yang sangat familiar itu. Seluruh tubuhnya menjadi sejuk tiba-tiba apabila melihat lelaki itu sudah menghampiri ke arahnya.
'Ja..jangan de..dekat.' Rayu Hyera di dalam hati.
"Agashi, gwenchanna?" Tegur lelaki itu melihat wajah pucat Hyera.
"Pergi! Pergi!" Jerit Hyera sambil menekup wajahnya.
"Kenapa ni agashi?" Soal lelaki itu lalu menyentuh bahu Hyera dari tingkap yang terbuka.
"Jangan sentuh aku!" Jerit Hyera yang dah mula menangis.
Seokjin yang sedang sibuk bercakap di telefon terkejut mendengar jeritan Hyera. Laju langkahnya menghampiri kereta.
"Apa kau buat ni haa?!" Seokjin menolak kasar tangan lelaki itu yang masih lagi memegang bahu Hyera.
"Hyera kenapa ni?" Soal Seokjin lembut.
"Hyera nak balik." Suara Hyera dah separuh merayu.
"Arasso."
Seokjin mengeluarkan sejumlah wang lalu dicampak kepada lelaki tadi. Kemudian, Seokjin memecut laju keretanya menuju ke rumah mereka.
Sebaik Seokjin memberhentikan kereta, Hyera terus meluru masuk dan menuju ke biliknya. Semua yang berada di ruang tamu terpinga-pinga memandang Hyera.
"Hyung kenapa dengan Hyera?" Soal Namjoon sebaik sahaja Seokjin muncul di ruang tamu.
Seokjin hanya menggeleng kerana dia juga tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku sampaikan Hyera ketakutan begitu sekali. Namjoon yang risau terus mendapatkan yeochinnya.
"Hyera, what happen? Kenapa nangis macam ni?" Soal Namjoon sambil mengambil tempat di birai katil.
Hyera mengangkat wajah memandang Namjoon seketika sebelum tubuh namja itu dipeluk erat.
"Saya nampak dia." Kata Hyera diselangi esak tangisnya.
"Nugu?" Soal Namjoon sambil mengusap kepala Hyera.
"Pembunuh tu. Dia bunuh Jungwoo."
Namjoon dah membalas pandangan dengan ahli Evil Mate yang sedari tadi mengintai dari muka pintu bilik. Mereka juga menyibuk mahu tahu apa yang terjadi.
YOU ARE READING
[H] Evil Mate •bts•
Mystery / ThrillerEvil Mate, Mereka mempunyai kisah silam masing-masing. Kisah silam yang mendorong mereka melakukan kerja yang tidak pernah dibayangkan mereka selama ini. Kerja apa? Siapa mereka sebenarnya?