"Yah Yoongi jomlah main." Jerit Seokjin dari tengah gelanggang.
"Haah hyung jomlah." Ajak Jungkook pula.
"Korang mainlah dulu." Balas Yoongi memandangkan dia tiada mood untuk bermain basketball ketika itu. Fikirannya asyik memikirkan Cha Eun Sung.
"Alamak panjang umur dia." Yoongi cepat-cepat menarik mask menutupi mulut dan hidungnya apabila ternampak kelibat Eun Sung. Yoongi memandang tepat ke arah Eun Sung tanpa berkelip sehinggalah gadis itu hilang daripada pandangan.
"Haa tengok anak dara orang sampai tak berkelip mata!" Sergah seseorang yang tiba-tiba muncul di sebelah Yoongi.
"Ahh kamchagiya. Yah Namjoon, terkejut aku!" Jerit Yoongi serentak tangannya memukul bahu Namjoon.
"Arghh appo." Namjoon menggosok-gosok bahunya yang terasa perit.
"Lain kali jangan nak terkejutkan orang." Yoongi menjeling Namjoon yang berada di sisinya.
"Btw hyung kau nak buat apa sekarang?" Soal Namjoon tiba-tiba.
"Maksud kau?"
"You know, Cha Eun Sung." Balas Namjoon lalu memalingkan wajah untuk melihat reaksi Yoongi.
"Mollayo." Keluh Yoongi, dia benar-benar buntu ketika itu.
"Hyung, just follow your heart." Nasihat Namjoon. Namjoon menepuk perlahan bahu Yoongi sebelum dia ke tengah gelanggang basketball untuk bermain.
Yoongi tersenyum mendengar kata-kata Namjoon, "arasso, i will do that."
♥♥♥
"Jakkaman."
"Nae?"
Langkah Eun Sung terhenti di pintu pagar sekolah apabila seorang namja menahannya.
"Eun, aku balik dululah." Seul Bi cepat-cepat beredar apabila melihat Namjoon menegur Eun Sung.
"Kau Cha Eun Sung kan?" Namjoon sengaja bertanya walaupun sudah tahu identiti gadis itu.
"Ya saya." Jawab Eun Sung takut-takut.
"Ada orang nak jumpa kau." Namjoon menundingkan jari ke arah seorang namja yang sedang duduk di atas sebuah superbike.
Eun Sung berpaling mengikut arah jari Namjoon.
"Siapa tu?" Soal Eun Sung namun apabila berpaling ke belakang semula Namjoon sudah tiada.
"Haihh cepatnya menghilang." Gumam Eun Sung.
Eun Sung memandang semula namja yang hendak berjumpa dengannya itu. Setelah berkira-kira akhirnya Eun Sung mengambil keputusan untuk mendekati namja itu.
"Awak ke yang nak jumpa saya?" Tegur Eun Sung. Eun Sung tidak dapat melihat wajah namja itu kerana terlindung dengan helmet.
"Hati-hati." Kata namja itu.
"Haa?" Eun Sung terpinga-pinga tidak memahami bicara namja itu.
"Pandang belah kanan." Arah namja itu dan Eun Sung hanya menurut.
Eun Sung nampak sebuah Mercedes terparkir tidak jauh dari pagar sekolah.
"Kau mesti kenal kan owner kereta tu?"
Eun Sung mengangguk perlahan.
Seo Sae Jung.
"Hati-hati dengan dia." Pesan namja itu lagi.
"But wae?" Eun Sung masih keliru mengapa dia perlu berhati-hati dengan sepupunya sendiri.
"Dia nak kau dihapuskan." Kata namja itu agak perlahan.
"Maksud awak?" Tanya Eun Sung inginkan penjelasan.
"Kau akan dibunuh."
"Mwo?" Bulat mata Eun Sung dan dia terundur setapak ke belakang akibat terlampau terkejut.
"Ma..cam ma..na awak tahu?" Soal Eun Sung gagap.
"Kau tak perlu tahu." Mendatar sahaja ayat yang keluar dari mulut namja yang masih belum diketahui identitinya.
"Ke..kenapa saya perlu percayakan awak sedangkan saya tak tahu awak siapa." Kata Eun Sung memancing namja itu agar menunjukkan wajahnya.
"Kalau kau tahu aku siapa kau akan percayakan aku?" Soal namja itu.
"Well bergantung." Balas Eun Sung yang masih berharap agar dapat melihat wajah namja misteri itu.
Namja itu berdiam diri untuk seketika. Namja itu menyeluk poket jaket kulitnya sebelum menyerahkan sekeping gambar kepada Eun Sung. Selepas itu, dia terus memecut laju superbikenya untuk beredar.
Eun Sung melihat gambar di tangannya dan dia amat terkejut melihat gambar tersebut. Gambar zaman kanak-kanaknya bersama...
Min Yoongi.
YOU ARE READING
[H] Evil Mate •bts•
Mystery / ThrillerEvil Mate, Mereka mempunyai kisah silam masing-masing. Kisah silam yang mendorong mereka melakukan kerja yang tidak pernah dibayangkan mereka selama ini. Kerja apa? Siapa mereka sebenarnya?