Part 30

89 7 0
                                    

Jung Hoseok's story

"Hobie, dah siap ke belum?" Jerit seorang namja, Choi Seungchul dari tingkat bawah.

"Dah abeoji." Seorang kanak-kanak berumur 8 tahun berlari-lari anak menuruni tangga.

"Jung Hoseok, jangan lari. Nanti jatuh."  Seungchul bercekak pinggang di anak tangga paling bawah.

"Mianhae abeoji." Hoseok tersengih-sengih.

"Amboi happynya dia harini." Kata Seungchul tersenyum melihat wajah ceria Hoseok.

"Mestilah. Hari ni Hobie boleh jumpa appa dengan omma." Jerit Hoseok gembira.

"Aigoo. Kajja kita pergi." Seungchul memimpin tangan Hoseok ke kereta.

Selepas itu kereta yang dipandu Seungchul bergerak menuju ke rumah Jung Hyoshin, appa kandung kepada Hoseok.

"Abeoji, Hobie nak tanya boleh?" Soal Hoseok.

"Apa dia boy?" Seungchul mengerling sekilas ke arah anak angkatnya itu.

"Wae Hobie tak boleh tinggal dengan appa omma?" Soal Hoseok polos.

"Untuk keselamatan Hobie." Jawab Seungchul sambil tersenyum.

Hoseok hanya mengangguk walaupun tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Seungchul.

Semenjak lahir lagi Hoseok sudah tinggal bersama Seungchul yang merupakan orang kanan kepercayaan Jung Hyoshin. Hyoshin terpaksa menyerahkan putera tunggalnya itu kepada Seungchul bagi mengelakkan sesiapa mengetahui kewujudan Hoseok terutama sekali musuh perniagaannya. Namun, setiap bulan pasti Hoseok akan berkunjung ke rumah keluarga kandungnya. Hyoshin memperkenalkan Hoseok sebagai anak saudara Seungchul. Oleh itu, musuh-musuh Hyoshin tidak akan mengapa-apakan anaknya.

"Harini kita tidur kat rumah appa." Kata Seungchul membuatkan senyuman Hoseok makin melebar.

♥♥♥

Hoseok terjaga dari lenanya apabila rasa terlalu panas. Wajah dan tubuhnya sudah dibasahi peluh.

Dengan mata yang separuh terbuka Hoseok turun dari katil untuk keluar dari bilik yang berbahang. Sebaik sahaja membuka pintu Hoseok terkejut melihat api yang marak di dalam rumahnya. Kelihatan appa dan ommanya terbaring lemah di ruang tamu.

"Appa, omma!" Panggil Hoseok yang sudah menangis.

Hoseok mahu mendapatkkan ibu bapanya namun api yang semakin marak menghalangnya.

Hyoshin memandang Hoseok dengan pandangan sedih. Dia sedih kerana kebakaran itu berlaku ketika hari lahir Hoseok.

"Appa sayang Hobie." Kata Hyoshin dengan nafas yang makin sesak.

"Appa Hobie takut." Hoseok masih lagi menangis di hadapan pintu bilik.

Hoseok lihat appanya semakin lemah akibat asap tebal yang menyelumbungi rumah banglo itu manakala ommanya pula sudah tidak sedarkan diri.

"Hobie!"

Seungchul berlari mendapatkan Hoseok.

"Abeoji, Hobie takut tsk tsk." Hoseok terus memeluk erat tubuh Seungchul.

"Shuhh uljima. Abeoji ada. Sekarang kita kena keluar dari sini." Seungchul mendukung Hoseok untuk membawa anak kecil itu keluar dari rumah.

"Tapi appa omma." Hoseok memandang sayu ke arah appa dan ommanya.

"Kita keluar dulu, kejap lagi abeoji selamatkan appa and omma, arasso?" Pujuk Seungchul.

Hoseok memandang Hyoshin dan appanya mengangguk sambil tersenyum seperti menyuruh Hoseok mengikut Seungchul.

Seungchul tanpa membuang masa membawa Hoseok keluar dari situ melalui tingkap bilik, mujurlah bilik yang dihuni Hoseok berada di tingkat bawah.

"Neo gwenchanna?" Soal Seungchul selepas mereka berjaya keluar dari rumah yang hampir terbakar sepenuhnya.

"Abeoji, jebal selamatkan appa omma." Rayu Hoseok bersama esak tangisnya.

Seungchul mengelap air mata di pipi Hoseok sebelum mengangguk. Seungchul mengelurkan telefon bimbit lalu diberi kepada Hoseok.

"Hobie tahu kan nombor bomba? Dan tahu kan alamat rumah appa?" Soal Seungchul dan Hoseok mengangguk laju.

"Good boy." Seungchul mengusap rambut lebat Hoseok.

Seungchul bangun lalu memandang rumah banglo tersebut. Dia menarik nafas panjang sebelum masuk semula ke dalam untuk menyelamatkan majikannya.

Hoseok pula yang memang sudah diajar bagaimana untuk membuat panggilan kecemasan terus menelefon pihak bomba.

"Hello bomba..."

Pihak bomba sampai ke tempat kejadian 10 minit kemudian. Namun, appa, omma dan abeojinya tidak dapat diselamatkan. Mereka bertiga rentung di dalam kebakaran tersebut.

♥♥♥

"Appa, omma." Rintih Hoseok.

Hyorin yang kebetulan mahu ke dapur terhenti langkahnya di ruang tamu. Hyorin berjalan ke sofa dan terlihat Hoseok sedang tidur di situ.

"Aikk kenapa mamat ni tidur kat sini." Hyorin pelik.

"Appa, omma." Sekali lagi Hoseok memanggil kedua ibu bapanya dengan suara pilu.

"Seok, ireona." Hyorin menggoncang lembut bahu Hoseok bagi mengejutkan namja itu.

Hyorin sudah biasa melihat Hoseok begitu. Dia yakin pasti Hoseok bermimpi kejadian di mana dia kehilangan kedua ibu bapanya.

"Seokkie." Hyorin tidak putus asa mengejut Hoseok dari mimpi ngerinya. Akhirnya Hoseok tersedar juga.

"Gwenchanna?" Soal Hyorin sambil menatap wajah Hoseok yang berpeluh.

Hoseok memandang Hyorin seketika sebelum memeluk tubuh gadis itu.

"Rin, aku mimpi kejadian tu lagi." Kata Hoseok sambil air matanya mengalir deras di pipi.

"Shuhh uljima. Seok aku kuat kan." Pujuk Hyorin. Dia mengusap lembut belakang badan Hoseok.

Agak lama juga mereka berpelukan sebelum Hoseok akhirnya menjarakkan tubuh mereka.

"Dah okay sikit?" Soal Hyorin sambil tersenyum manis.

"Gomawo Rin. Dari kecik lagi kau selalu pujuk aku." Kata Hoseok terharu.

"Small matterlah Seok. Aku kan chingu kau." Hyorin tersengih lagi.

"Ni yang aku makin sayang kau." Kata Hoseok dan sekali lagi dia memeluk Hyorin.

"Yah yah ini ambil kesempatan ke apa." Gurau Hyorin walaupun hakikatnya dia suka dengan pelukan hangat Hoseok.

[H] Evil Mate •bts•Where stories live. Discover now