"So macam mana sekarang?" Terus Mirae menyoal setelah semua Evil Mate telah berkumpul di meja perbincangan.
"Entahlah. Erghh apasal lah fail tu kosong." Seokjin masih bengang. Dia melonggarkan tali leher yang dipakai dengan geram.
"Ishh hyung janganlah tarik tie tu kasar-kasar. Tu Tae punya." Marah Taehyung melihat kelakuan Seokjin. Dahlah pinjam tie orang lepastu tak jaga elok-elok mana taknya Taehyung geram.
"Diamlah Tae, hyung tengah panas ni." Seokjin menunjukkan wajah garang namun sedikit pun tidak berjaya untuk menakutkan Taehyung.
"Pelik duhh kosong." Kata Hyorin sambil otaknya ligat memikirkan mengapa jadi seperti itu pula.
"Haahlah. Patutnya semua rekod mesti simpan kat situ." Sokong Hyera, dia juga pening memikirkan perkara tersebut.
"Betul lah macam yang uncle syak. Ada something wrong." Tutur Namjoon pula.
"Dahtu macam mana kita nak dapatkan rekod siasatan masa tu?" Jimin memicit dahinya, buntu untuk mencari jalan penyelesaian.
Semua diam tidak membalas soalan Hoseok kerana otak masing-masing tidak dapat berfungsi dengan baik ketika itu. Maklumlah ini kali pertama mereka menyiasat, lagi-lagi kes tersebut telah berlaku 8 tahun yang lepas.
Tiba-tiba Jungkook menjerit kerana mendapat satu idea bernas. Entah mengapa dia boleh menjadi bijak ketika itu. Mungkin kerana hal yang sedang mereka siasat ini mengenai mendiang ayahnya.
"Kenapa Kook?" Soal Yoongi yang hampir terkeluar jantungnya kerana terkejut dengan jeritan Jungkook.
"Kook ada satu idea." Jungkook tersenyum penuh makna.
"Idea apa?" Yein Ae bertanya pantas kerana sangat curious dengan Jungkook.
"Kalau ahli keluarga minta rekod siasatan tu mesti dia kena bagi juga kan?" Soal Jungkook sambil mengangkat-angkat keningnya.
"Ehh haahlah!"
Semua baru menyedari perkara tersebut. Nampaknya sel-sel otak Jungkook sangat berhubung. Mesti minum susu banyak ni.
"Bagus Jungkookie." Namjoon menepuk bahu Jungkook, dia bangga mendapat chingu yang berotak bernas. Chingunya yang lain semua otak tak boleh pakai.
"So Jungkook, apa plan penuhnya?" Tanya Yoongi yang terlalu teruja. Dia juga ingin tahu rahsia di sebalik pembunuhan Woo Tak.
Mereka mula berbincang plan seterusnya.
♥♥♥
Jungkook turun dari teksi yang berhenti betul-betul di hadapan Balai Polis Seoul. Tempat yang sama Seokjin pergi dua hari lepas.
"Terima kasih ahjussi." Selepas membayar tambang teksi, Jungkook terus melangkah ke dalam balai polis. Kakinya terus dihala ke kaunter informasi.
"Selamat datang, apa yang boleh saya bantu?" Sapa seorang wanita muda berseragam lengkap polis.
Matanya tak lepas memandang Jungkook yang bergaya hip-hop. Kawan-kawan wanita itu yang berada di kaunter bersebelahan turut galak melihat Jungkook yang kelihatan begitu tampan.
"Appa saya dulu pernah disiasat di sini. Saya nak dapatkan rekod siasatan dia." Pinta Jungkook.
"I need your IC kid." Kata wanita muda itu sambil tersenyum simpul.
"Hahahaha kid." Jimin dan Taehyung menggelakkan Jungkook.
Jungkook mengetap bibir menahan geram. Siaplah namja-namja itu apabila dia balik rumah nanti.
YOU ARE READING
[H] Evil Mate •bts•
Mystery / ThrillerEvil Mate, Mereka mempunyai kisah silam masing-masing. Kisah silam yang mendorong mereka melakukan kerja yang tidak pernah dibayangkan mereka selama ini. Kerja apa? Siapa mereka sebenarnya?