Part 28

97 7 0
                                    

Hyera terjaga dari lena apabila jam loceng di kepala katil berbunyi kuat. Dia menutup jam berwarna hitam itu sebelum memejamkan mata kembali. Hari Ahad adalah hari untuk tidur.

Kriuk~

"Aduh lapar pula." Gumam Hyera sambil memegang perutnya.

Hyera menolak Hyorin yang sedap memeluknya sebelum turun dari katil.

"Berat betul anak gajah ni." Bebel Hyera sambil memandang Hyorin yang langsung tidak terganggu dengan bunyi jam loceng. Minah tu kalau bom meletup pun belum tentu bangun. Sama je macam Yoongi.

Hyera terus turun ke bawah dan menuju ke dapur. Sampai je di dapur dia dikejutkan dengan satu figura berpakaian serba hitam sedang membongkok di hadapan peti ais yang terbuka.

"Nuguya?" Soal Hyera sambil berjaga-jaga. Dia dah aim batang penyapu yang berdekatan. Tanpa teragak Hyera akan libas tubuh orang itu jika dirinya terancam nanti.

"Ehh noona." Tersengih seorang namja yang cukup dikenali.

"Lah Jungkook ke. Ingatkan siapa. Buat apa duk depan fridge?" Soal Hyera.

"Cari makanan tapi tadaaa." Jungkook menunjukkan peti ais yang agak kosong.

Yang ada di dalam hanya beberapa kotak susu dan jus buah. Makanan langsung tak ada.

"Alohhhh." Terus murung Hyera jadinya. Punyalah semangat dia turun nak makan.

"Takpalah noona, Kook nak pergi jog kejap. Bye." Jungkook melambaikan tangan sebelum keluar.

♥♥♥

"Aigooo penatnya." Jungkook menghenyakkan punggung di bus stop bagi melepaskan penat berjoging.

Jungkook memerhati keadaan sekeliling. Sebenarnya dari tadi dia terasa dirinya diekori. Mata cekap Jungkook dapat menangkap sebuah mpv hitam di seberang jalan, dua orang lelaki yang berada di hujung jalan dan seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari bus stop. Lelaki-lelaki itu kelihatan mencurigakan.

Bagi memastikan perkara itu Jungkook bangun dan berdiri di bahu jalan untuk melintas. Setelah lampu isyarat bertukar merah, Jungkook terus melintas jalan dan seperti yang dijangka lelaki tadi juga mengekorinya. Sampai di pertengahan jalan, Jungkook membuat u-turn dan kembali ke bus stop semula. Lelaki tadi tanpa berfikir juga berpusing semula mengikut langkah Jungkook.

'Bodoh, nak follow tu janganlah obvious sangat.' Kutuk Jungkook dalam hati.

Jungkook mengeluarkan earpiece kecil miliknya dan disumbat ke telinga, butang on ditekan. Selepas itu Jungkook berpura-pura bermain telefon.

"Jim." Jungkook memanggil Jimin namun tiada sebarang balasan diterima. Dia yakin ahli Evil Mate masih terbongkang di atas katil.

"Jim oh Jim, where are you?" Soal Jungkook tidak berputus asa.

"Kook, budak pendek tu tidur lagilah." Suara Namjoon kedengaran.

"Joon hyung tolong kejut Jim. Suruh dia on earpiece." Kata Jungkook.

"Haa tunggu jap."

Lima minit kemudian Jimin pun muncul.

"Apa Kook, kacau aku nak tidur." Kedengaran suara Jimin masih mengantuk.

"Jim, nak minta tolong sikit ni." Jungkook berkata perlahan.

"Ehh kau. Panggil aku hyung! Mak tak ajar kurang ajar kan." Jimin berpura-pura marah.

"Gedik ah hyung. Selama ni okay je. Hyung, kau nak tolong ke tak ni?" Soal Jungkook. Dia malas mahu melayan Jimin sebab namja tu pagi-pagi memang suka merepek.

"Haa mendanya Kookieku sayang?" Soal Jimin.

"Kook rasa macam ada orang follow lah." Lapor Jungkook.

"Ehh serius ke?" Namjoon bertanya risau.

"Ya. Ada satu mpv ni nampak suspicious." Jungkook memerhati mpv di seberang jalan yang masih setia terparkir di situ.

"Ehh haahlah. Mpv tu dari tadi tak gerak." Sampuk Hyera pula.

"Hyera noona pun nampak? Noona kat mana ni?" Soal Jungkook tercari-cari kelibat Hyera.

"Pandang straight depan." Kata Hyera kepada Jungkook.

Jungkook memandang depan dan ternampak Hyera melambai-lambaikan tangan dari seven eleven. Gadis itu sedang makan ramen seorang diri. Maklumlah kat rumah stok makanan habis.

"So kau nak aku tolong apa Kook?" Tanya Jimin yang tak dapat menangkap apa bantuan yang Jungkook mahu.

"Boleh tak hyung check kan orang-orang yang follow Kook tu siapa." Jelas Jungkook.

"Of course boleh. Kau bawa tak spec?" Tanya Jimin lagi.

"Bawa bawa. Kenapa?" Pantas Jungkook bertanya.

"I need their picture."

Jungkook tergaru-garu kepalanya, bingung. Macam mana dia nak dapatkan gambar lelaki-lelaki di dalam kereta sedangkan tingkap mpv tersebut sangat gelap. Jungkook memerah otak untuk berfikir dan akhirnya dia mendapat idea.

"Hyera noona, i need your help."

Sebaik sahaja berkata begitu Jungkook terus menyeberang jalan untuk ke seven eleven. Ada benda perlu dia beli. Hyera cepat-cepat menghabiskan ramennya. Jungkook telah mesej rancangannya kepada Hyera. Selesai membuat bayaran Jungkook membuat isyarat mata dan mereka beriringan keluar dari 7e.

Sebaik sampai di hadapan mpv yang kebetulan diparkir di hadapan 7e Jungkook dan Hyera memberhentikan langkah. Hyera berpura-pura membetulkan rambutnya dengan melihat biasan dirinya di cermin mpv tersebut. Terpinga-pinga semua orang di dalam kereta itu. Jungkook pula menunduk dan berpura-pura mengikat tali kasut. Tapi sebenarnya Jungkook menabur paku tekan yang dibelinya sebentar tadi di tayar hadapan dan belakang mpv.

"Noona."

"Hmm?"

"Lari!"

Hyera terus berlari meninggalkan Jungkook. Jungkook pula bangun dan membuka pintu kereta.

"Picture." Gambar si pemandu ditangkap Jungkook menggunakan cermin mata.

"Picture."

"Picture."

"Picture."

"Picture."

Jungkook selesai mendapatkan gambar kelima-lima lelaki di dalam mpv.

"Kamsahamnida." Ucap Jungkook dan dia terus berlari dari situ.

Lelaki-lelaki itu keluar dari kereta untuk mengejar Jungkook tapi dihalang oleh si pemandu.

"Naik kereta lagi cepat." Kata si pemandu.

"Baik!" Jawab anak buahnya serentak.

"Ehh bos!"

"Apa lagi Eun Shik? Naik cepat." Gesa si pemandu apabila salah seorang anak buahnya masih tercegat di luar.

"Tengok ni." Eun Shik menunjuk tayar.

Semua keluar dari kereta dan masing-masing terkejut melihat berlambak paku tekan ditabur.

"Shit." Carut mereka.

[H] Evil Mate •bts•Where stories live. Discover now