Dua minggu kemudian
Knock! Knock!
"Taehyungie! Dah bangun ke belum?" Jimin menjerit dari balik pintu bilik.
"Dah!"
Jimin terus menguak daun pintu setelah mendapat balasan daripada Taehyung.
"Morning Tae." Jimin menyapa Taehyung yang sedang duduk di katil.
"Morning chim. Awalnya kau bangun." Soal Taehyung pelik memandangkan cuti sekolah sudah bermula, rajin pula namja cute tu bangun awal pagi.
"Heh mana tak terjaganya kalau dah Jin hyung memasak sambil menyanyi kuat." Jimin menggulingkan matanya kerana geram pagi-pagi sudah perlu mendengar konsert Seokjin.
Taehyung tergelak melihat muka cemburut Jimin. Walaupun baru mengenali Jimin tetapi dia berasa seronok berkawan dengan namja itu, mungkin kerana umur mereka sama.
"Tae, kajja aku mandikan kau. Nanti kita boleh ambil angin dekat padang." Kata Jimin.
"Aku dah boleh keluar?" Wajah Taehyung kelihatan gembira.
Mana taknya sudah dua minggu dia terperap di dalam rumah sahaja. Semua itu atas arahan Namjoon yang mahu Taehyung betul-betul sihat baru boleh keluar.
"Eung. Namjoon hyung dah bagi permission." Jimin mengangguk laju.
"Finally. Kajja kita mandi, aku tak sabar nak keluar hirup udara pagi." Taehyung bersemangat.
Jimin membantu Taehyung duduk di kerusi roda sebelum menolak namja itu ke bilik mandi. Disebabkan kaki Taehyung masih lemah mereka perlu membantu Taehyung mandi. Yang selalu membantu Taehyung of course lah Jimin dan Jungkook. Tetapi kata Namjoon, Taehyung akan boleh berjalan seperti biasa tak lama lagi berkat dari terapi yang dijalaninya setiap hari.
Selesai mandi Jimin membawa Taehyung ke padang di luar villa. Kelihatan semua sedang berkumpul di padang tersebut.
"Taehyung, Jimin. Jomlah breakfast." Yein Ae melambai lambaikan tangannya.
Mereka semua sedang melepak di atas rumput yang menghijau sambil menikmati sarapan pagi air tangan Chef Seokjin.
"Berseri nampak muka Tae hari ni." Usik Hoseok sambil tersenyum lebar.
"Ehh mestilah. Dah lama tau Tae nak keluar. Asyik terperuk dalam rumah je." Taehyung menarik muncung panjang.
"Salah kan Namjoon." Yoongi menunding jari ke arah Namjoon yang sedang melantak sandwich tuna.
"Ehh aku cuma nak pastikan Tae betul2 sihat okay." Jawab Namjoon dengan makanan yang penuh di dalam mulut.
"Telan lah makanan tu dulu. Tak senonohlah." Hyorin menjegilkan mata kepada Namjoon yang berada di hadapannya.
"Hehe mian." Namjoon tersengih menampakkan lesung pipitnya.
"Ahhh kyeopta." Okay Hyera histeria jap.
"Woii gila ke?" Mirae menolak perlahan kepala Hyera yang berada di sebelahnya.
Taehyung tergelak melihat karenah rakan-rakannya. Sudah lama dia tidak merasakan suasana bahagia seperti itu.
"Korang!" Jerit Jungkook dari tengah padang.
"Apa?"
"Siapa nak lawan archery ngan Kook. Jom!" Ajak Jungkook.
Semua pun apalagi terus berlari ke tengah padang kecuali Hyorin dan Taehyung.
"Noona tak join diaorang?" Soal Taehyung apabila dilihat Hyorin tidak berganjak dari tempatnya.
"Noona nak teman dongsaeng noona ni." Hyorin tersenyum memandang Taehyung.
"Noona." Panggil Taehyung setelah masing-masing berdiam agak lama.
"Yes Tae."
"Noona taknak tanya ke macam mana Tae boleh ada dekat Korea Utara tu?" Soal Taehyung pelik kerana Hyorin tidak menyoal apa-apa mengenai kisah hidupnya sepanjang mereka terpisah.
"Benda tu tak penting Tae. Yang penting kita dah kembali bersama and yang paling penting noona taknak Tae ingat memori pahit tu lagi." Kata Hyorin.
"Tae dah lama ready nak ceritakan semuanya dekat noona. Nak dengar tak?" Taehyung tersengih.
"Noona tak kisah. Kalau Tae nak cerita noona sedia menadah telinga. Tapi jangan berjam jam pula ceritanya takut noona tertidur." Gurau Hyorin membuatkan Taehyung terkekeh. Apa yang lawak pun tak tahulah. Adik beradik Kim ni memang mudah terhibur kot.
"Lepas Tae diambil jadi anak angkat, kitaorang pindah ke Korea Utara sebab appa angkat Tae tu orang sana. Tae bahagia je duduk dengan diaorang sampailah anak lelaki diaorang lahir. Semenjak dari hari tu Tae diabaikan sebab diaorang lebih bagi perhatian kat anak kandung diaorang. Tae okaylah lagi sebab faham yang diaorang baru dapat anak tu yang teruja sampai terabaikan Tae. Tapi lama2 diaorang mula pukul Tae. Tiap2 hari Tae kena dera noona. Semua kesalahan anak diaorang semua Tae kena tanggung." Wajah Taehyung berubah suram.
Hyorin menggenggan tangan adiknya bagi memberi semangat.
Taehyung menarik nafas panjang sebelum menyambung, "and tiba-tiba satu hari appa angkat Tae bawa Tae pergi satu hospital ni. Tae tengok kat situ ramai yang pakai baju askar. Rupa-rupanya tempat tu tempat penyelidikan kerajaan Korea Utara. Tae dijual kat sana sebagai bahan uji kaji."
Hyorin menggosok gosok bahu Taehyung perlahan.
"Tae, selagi noona hidup noona janji Tae takkan alami benda tu lagi." Janji Hyorin membuatkan Taehyung tersenyum petak. Dia berasa selamat berada dengan Hyorin.
Dalam diam Hyorin bertekad mahu membalas dendam terhadap orang-orang yang membuatkan Taehyung menderita selama ini.
'Aku takkan lepaskan korang.' Detik hati kecil Hyorin.
Api dendamnya semakin membara.
YOU ARE READING
[H] Evil Mate •bts•
Mystery / ThrillerEvil Mate, Mereka mempunyai kisah silam masing-masing. Kisah silam yang mendorong mereka melakukan kerja yang tidak pernah dibayangkan mereka selama ini. Kerja apa? Siapa mereka sebenarnya?