Part 3

122 6 0
                                    

Para pelajar sudah beratur panjang di luar gym untuk menghadiri ujibakat Club Bangtan. Sementara menunggu giliran, mereka berbual sesama sendiri.

Sementara di dalam gym,

"Apa nama kau?" Tanya Hoseok dengan muka yang tidak berperasaan.

"Jieun."

Jieun melemparkan senyuman manis kepada Seokjin, crushnya membuatkan Hoseok rasa meluat.

"So what your talent?" Soal Seokjin membuatkan Jieun hampir pengsan. Dia terkaku sekejap. Ohh my oppa~

Hoseok menghentak meja membuatkan Jieun terkejut. Fuhh kus semangat.

"Jangan sampai aku tanya untuk kali kedua." Amaran keras diberi oleh Hoseok.

"Saya pandai memasak, kemas rumah, bla~ bla~"

Hoseok sudah rasa hendak meletup mendengar jawapan merapu Jieun. This girl so erghh~

"Kau ingat ni audition cari calon isteri?! Get out!" Tengking Hoseok kuat sehingga kedengaran ke luar. Semua kecut perut.

"Tapi..."

"Keluar!"

Dengan menangis teresak-esak Jieun berlari keluar. Hoseok menyerabutkan rambutnya. Stress betul gayanya.

"Asal kau tak terima je dia? Boleh buat maid dekat villa."

Tiba-tiba seorang namja menyampuk dari muka pintu. Hoseok hanya menjeling pelajar berambut serabut itu. Malas nak melayan.

"Mana Yoongi?" Tanya Seokjin pula.

"Well hyung taulah dia mana nak join benda-benda camni." Pelajar berambut serabut itu menjulingkan matanya.

"Yah Namjoon ah, kalau Yoongi tau habislah kau." Kata Seokjin.

"Tak takut." Namjoon membalas selamba lalu mengambil tempat di sebelah kanan Seokjin.

Next!" Jerit Namjoon lantang lalu membuat muka ketat.

Seorang namja berambut perang coklat menapak ke dalam dengan penuh bergaya. Pelajar namja berwajah tampan itu menunduk sedikit sebagai tanda hormat.

Hensemlah siaa mamat ni tapi tak pernah nampak pun. Namjoon merenung tajam ke arahnya atau lebih tepat lagi merenung rambut pelajar itu yang smart.

Tak boleh jadi ni nanti King of Hair jatuh dekat mamat ni. Oh no! Tercalarlah maruah aku nanti. Namjoon nekad ingin mempertahankan gelaran yang diberikan kepadanya oleh semua peminatnya di sekolah itu.

"Budak baru?" Tanya Seokjin.

Angguk!

"Nama? Umur? Apa kelebihan kau?" Tanya Hoseok tak menyempat kerana mahu menghabiskan sesi audition itu dengan pantas. Dia sudah bosan melayan kerenah junior.

"Jeon Jungkook, 15 tahun, pandai main football, bola tampar & basketball. Pandai bermacam seni mempertahankan diri." Teragak-agak Jungkook menjawab apabila melihat eksperesi muka senior yang garang itu kecuali yang duduk di tengah. Siapa lagi kalau bukan si flower boy, Seokjin.

Namjoon tersentak apabila mengetahui yang Jungkook pandai bermain basketball. Arghhh apasal mamat ni curi aku punya favourite sport jugak. Tak gunalah. Namjoon menyerabutkan rambutnya seperti Hoseok sebentar tadi.

Jungkook terpegun melihat gaya cool Namjoon yang menyerabutkan rambutnya. Smartnya rambut hyung ni. I like~ opss jangan salah faham Jungkook bukannya gay atau apa, dia cuma jatuh cinta dengan rambut Namjoon yang tersangatlah smart di matanya.

"Hoii kau tak dengar ke apa yang aku tanya? Yang kau tenung-tenung Namjoon tu apahal?"

Hentakan meja yang kuat daripada Hoseok mengejutkan Jungkook dari lamunannya.

"Hoi boleh tak jangan hempuk meja tu? Karang aku patah-patahkan tangan kau." Marah Seokjin sambil menjeling Hoseok tajam.

"Cubalah kalau berani." Hoseok memberi senyuman sinis.

"Kau ingat hyung takut? Itu kan kepakaran hyung. Kau pun tau kan." Seokjin membalas dengan sinis juga.

Hoseok mendengus geram.

"Diam sebelum aku hempuk kepala korang dekat dinding!" Marah Namjoon.

Jungkook dah naik pening melihat senior-seniornya bertengkar sesama sendiri. Lagi-lagi bila mendengar ayat Seokjin. Apa maksud dia?

"Aku tak habis lagi dengan hyung." Hoseok menunding jari kepada Seokjin lalu memeluk tubuh.

Seokjin hanya melemparkan pandangan maut.

"Sorry Jungkook shii. Berbalik kepada tadi, Jungkook pandai guna senjata api? Pistol, sniper or apa-apa je?" Seokjin bertanya serius.

"Err tapi kenapa?" Jungkook mengerutkan dahinya.

"Kalau orang tanya tu jawab jelah. Hishh."

Jungkook memandang Namjoon yang bersuara dingin. Dah berjangkit dengan Yoongi kot tapi Yoongi tetap the number one Ice Prince.

"Saya pandai guna pistol and pandai lawan pedang. Time sekolah lama dulu saya wakil~"

"Stop talking. Kau datang ahad ni dekat alamat tu pukul 10 pagi. Jangan lambat!"

Hoseok memotong percakapan Jungkook. Melebih pula mamat tu nak jawab. Tak faham soalan betul.

Jungkook mencapai kad yang dicampak oleh Hoseok tadi dan melihat nama tempatnya. Villa de Corta. Omg! My dream house. Jungkook terlebih teruja.

Namjoon mengecilkan matanya melihat Jungkook. Dah kenapa mamat ni? Betul ke tidak?

"Saya balik dulu."

Jungkook ingin berjalan keluar dan tiba-tiba...

"Wait wait." Jerit Namjoon.

"Ada apa?" Jungkook memusingkan badannya kembali.

"Kalau nak join club ni ada syaratnya." Kata Namjoon.

"Apa dia?" Jungkook rasa tidak sedap hati.

"Colour rambut kau jadi warna hitam. Kalau tak ubah esok kau tak boleh masuk."

What!? Mata Jungkook terbuntang.

"A..apa?"

"Aku rasa kau tak pekak lagi." Namjoon bersuara sinis.

"Ta..ta..pi."

"Kalau taknak esok tak payah datang." Namjoon buat muka tak bersalah.

Jungkook hanya mengangguk faham. Hahahahaha padan muka kau. Namjoon tergelak-gelak. Sengaja dia ingin mengenakan Jungkook yang agak cute...

Erk cute? Dah tak betul agaknya Namjoon ni. (Sekali lagi jangan cakap dioarang gay ya.)

[H] Evil Mate •bts•Where stories live. Discover now