Kring!!!!
"Weh Rin." Yein Ae memanggil Hyorin yang sedang sibuk mengemas buku dan alatan tulis.
"Waeyo Yein?" Hyorin memandang Yein Ae yang sudah pun siap menyimpan semua barang.
"Hari ni aku balik rumah appa aku tau." Beritahu Yein Ae kepada sahabatnya.
"Ohh arasso. Ni kau balik dengan siapa?" Soal Hyorin sambil bangun dari duduknya.
"Driver appa aku ambik. Aku balik dulu byeee Rin." Yein Ae berlalu dahulu keluar dari kelas meninggalkan Hyorin yang sedang menyimpan buku teks ke dalam locker di belakang kelas.
Setelah siap menyimpan buku-bukunya Hyorin pun berlalu keluar dari kelas. Dalam perjalanannya menuju ke tempat parking kereta, Hyorin ternampak Hoseok menuju ke pagar sekolah.
"Seok nak pergi mana tu?" Gumam Hyorin seorang diri sambil terus memerhatikan Hoseok.
Dengan hati yang penuh tanda tanya Hyorin mengikut Hoseok secara senyap dari belakang. Sebelum itu sempat dia menaip mesej kepada Seokjin menyuruh namja itu agar tidak menunggunya.
Hyorin terus mengikuti Hoseok sehinggalah namja itu berhenti di bus stop di hadapan sekolah. Tak lama kemudian sebuah bas berhenti di situ dan Hoseok masuk ke dalam bas. Hyorin terus berlari-lari anak bagi mengelakkannya tertinggal bas. Setelah membayar tambang Hyorin meliarkan mata mencari kelibat Hoseok. Kelihatan Hoseok sedang termenung melihat ke luar tingkap bas.
Kebetulan tempat duduk di sebelah Hoseok kosong maka Hyorin cepat-cepat melabuhkan punggungnya, risau ada orang lain yang duduk. Namun, Hoseok masih belum sedar siapa yang duduk di sebelahnya.
"Seokkie." Hyorin mencuit bahu Hoseok.
Hoseok berpaling ke sebelah. Pada mulanya dia nak marah orang yang mengganggunya tetapi bila mendapati itu adalah Hyorin terus amarahnya hilang.
"Rin? Kau buat apa dekat sini? Apasal tak balik dengan Jin hyung?" Soal Hoseok pelik.
"Aku ikut kau." Hyorin tersengih.
"Perghh stalker. Tahulah aku handsome." Hoseok mula membangga diri.
"Citt nyampah aku." Hyorin menolak perlahan kepala Hoseok. Hoseok hanya tertawa sahaja.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Hyorin kepada Hoseok yang kembali membisu.
"Jumpa omma, appa dengan abeoji." Jawab Hoseok sambil tersenyum pahit. Sesungguhnya dia amat merindui mereka bertiga.
Hyorin mengangguk faham. Dia mencapai tangan Hoseok lalu digenggam erat. Hyorin melemparkan senyuman manis kepada namja di sebelahnya itu yang bermaksud 'kuatkan semangat'. Hoseok membalas senyuman Hyorin. Dia bersyukur mendapat seorang sahabat seperti Hyorin, sentiasa ada di waktu dia perlukan seseorang.
♥♥♥
Charnel House
"Annyeong appa, omma, abeoji." Hoseok menundukkan badan sebagai tanda hormat, diikuti oleh Hyorin.
'Harini Hobie datang dengan orang yang paling Hobie sayang selepas appa, omma dengan abeoji.' Bisik hati kecil Hoseok, sesekali dia menjeling Hyorin di sebelah.
"Hoseok ah." Panggil Hyorin.
"Yes." Hoseok berkalih menghadap Hyorin.
"Kajja balik. Dah malam dah ni." Ajak Hyorin yang baru menyedari mereka berada di situ terlalu lama.
"Arasso, kajja." Hoseok dan Hyorin berjalan ke pintu keluar tetapi tiba-tiba Hoseok berhenti melangkah lalu berpaling ke belakang semula.
"Waeyo Seok?" Soal Hyorin terpinga-pinga.
Hoseok tidak menjawab pertanyaan Hyorin sebaliknya dia memerhati locker-locker(?) di situ. Di setiap locker terdapat nombornya yang tersendiri.
Hoseok mengeluarkan phonenya dan nombor Jungkook didail pantas. Hyorin hanya memerhati tindak tanduk chingunya dengan pelik.
"Kookie! Aku rasa aku tahu nombor apa yang Detektif Choi bagitahu hari tu. Cuba Kook check locker charnel house mendiang appa Kook." Bagitahu Hoseok sejurus Jungkook mengangkat panggilan.
"Arasso hyung." Balas Jungkook di hujung talian.
"Woah daebak lah kau. Aku tak terfikir pula macam tu." Hyorin kagum dengan pemikiran Hoseok.
"Aku harap benda ni betul."
YOU ARE READING
[H] Evil Mate •bts•
Mystery / ThrillerEvil Mate, Mereka mempunyai kisah silam masing-masing. Kisah silam yang mendorong mereka melakukan kerja yang tidak pernah dibayangkan mereka selama ini. Kerja apa? Siapa mereka sebenarnya?