Part 23

88 7 0
                                    

Baru sahaja Yoongi mahu menyuap kimbap ke dalam mulut tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring minta diangkat. Tertera nama Seokjin di skrin Iphonenya.

"Ishh time aku nak makan jugalah dia nak call." Bebel Yoongi geram kerana Seokjin selalu mengganggunya ketika makan.

"Yeobsaeyo." Sapa Yoongi dengan suara malas menunjukkan dia sedang tidak berpuas hati.

"Yoongi, kau kat mana?" Soal Seokjin sekaligus menghiraukan nada suara Yoongi.

"Aku kat luar ni." Balas Yoongi tanpa memberitahu lokasinya takut-takut Evil Mate datang menyerbu. Mereka kan penyibuk sikit. Eh tapi boleh je diaorang nak track Yoongi kat mana.

"Balik sekarang!" Arahan Seokjin bernada tegas.

"Alaaaa kenapa Jin hyung? Aku baru nak makan kimbap ni." Bentak Yoongi tidak puas hati kerana dipaksa untuk pulang walaupun baru setengah jam dia keluar.

"Uncle Yeojung cari kau." Beritahu Seokjin pantas.

"Haihh ada tugasan baru ke? Dia boleh je kan bagitau korang dulu apasal nak cari aku juga?" Nampaknya Yoongi masih berdolak dalik mahu pulang. Bukan apa kat rumah kan ada Eun Sung jadi...

Apabila teringatkan Eun Sung tubuh Yoongi tiba-tiba tegak.

"Jin hyung." Panggil Yoongi.

"Haa apa?"

"Uncle Yeojung tahu ke Eun Sung kat situ?" Soal Yoongi dengan hati yang berdebar-debar.

"Ya Yoongi. Baik kau balik sekarang." Lambat-lambat Seokjin menjawab.

"Shit." Carut Yoongi.

Tanpa membuang masa dia bertolak pulang ke rumah dengan segera.

♥♥♥

Suasana di ruang tamu villa milik Evil Mate terasa sangat bahang ketika itu. Masing-masing membisu kerana takut melihat muka bengis Lee Yeojung. Evil Mate tahu ketuanya sedang mengamuk kerana mereka tidak melaksanakan tugasan yang diberi.

"Aku tanya sekali lagi." Lee Yeojung bersuara setelah berdiam diri untuk seketika tadi. Ya, Lee Yeojung benar-benar naik angin apabila dia sudah membahasakan dirinya aku.

"Kenapa perempuan ni ada dekat sini?" Soal Lee Yeojung sambil menunding jari tepat ke arah Eun Sung membuatkan gadis itu menggigil takut.

Evil Mate membisu kerana tidak tahu mahu menjawab apa. Takkanlah nak cakap sebab perempuan ni first love Yoongi kot kan.

"Aku tanya tu jawablah! Dah takda mulut ke haa?!" Tengking Lee Yeojung lalu menghentak kuat meja makan dengan tangannya.

Terhinjut bahu mereka semua akibat terkejut.

"Ahjussi, kitaorang beli meja makan ni guna duit bukan kertas." Namjoon berkata bengang. Memang hanya Namjoon sahaja yang berani untuk berlawan kata dengan Lee Yeojung.

Jimin dan Taehyung yang mahu tergelak dengan jawapan Namjoon cepat-cepat menahan diri agar tawa mereka tidak meletus ketika itu. Haihh budak-budak ni tak pernah nak serius.

"Kau diam Kim Namjoon." Balas Lee Yeojung geram.

"Tadi suruh cakap sekarang suruh diam pula." Bebel Namjoon perlahan namun masih didengari oleh Lee Yeojung. Namjoon memang sengaja hendak menaikkan api kemarahan Lee Yeojung ke apa ni.

[H] Evil Mate •bts•Where stories live. Discover now